Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Tak Cucuk Atau Bedah Muka, Rahsia Ini Yang Buatkan Datuk Syafinaz Nampak Awet Muda

by Soph Azz
February 22, 2023
Foto - Tatler Asia

Foto - Tatler Asia

Share on Facebook

Kerap kali muncul di rancangan realiti, tak dinafikan Miss Murai sejujurnya memang terpaku dan kagum dengan Datuk Syafinaz Selamat. Sejak dari zaman remaja lagi, Miss Murai perasan penyanyi dan guru vokal ini langsung tak nampak tua. Malah makin lama makin cantik serta awet muda!

Kadang kala tertanya-tanya juga apa yang beliau lakukan untuk  kekalkan kecantikannya sehingga sekarang walaupun sudah berusia 49 tahun. Cari punya cari dan buat sedikit research, rupanya Datuk Syafinaz ada rahsia kecantikan yang beliau sendiri amalkan sejak usianya 16 tahun lagi.

Nak tahu?

View this post on Instagram

A post shared by Syafinaz Selamat (@datuksyafinazofficial)

Memiliki jenis kulit yang sangat sensitif, Datuk Syafinaz ada berkongsi yang beliau sangat menitikberatkan penjagaan kulit dan badan. Untuk kedua-duanya, guru vokal ini sanggup menghabiskan wang dan masa  bagi mencapai kulit yang bersih serta sihat.

Selain itu, Datuk Syafinaz turut mengamalkan pemakain sheet mask setiap hari. Penggunaan sheet mask ini penting untuknya, memandangkan kulit sensitifnya memerlukan kelembapan yang cukup dan lama.

Dalam masa sehari, Datuk Syafinaz akan guna 2 sheet mask. Sama ada harga mahal atau murah, guru vokal ini ada lebih daripada 10 jenis sheet mask yang berbeza jenisnya.

View this post on Instagram

A post shared by Syafinaz Selamat (@datuksyafinazofficial)

Pada masa yang sama, Datuk Syafinaz akan pastikan dirinya sentiasa terhidrat dengan minum dua gelas air kosong setiap pagi. Dedahnya, itu salah satu rahsia kecantikan dan sihat yang diamalkan sehingga sekarang.

Sekadar info, minum air pada waktu pagi terutamanya selepas bangun tidur dapat ‘mencuci’ perut dan mengimbangkan sistem limfa. Bila sistem limfa stabil dan seimbang, badan akan memiliki sistem imun yang kuat, boleh elak badan daripada jatuh sakit dengan kerap.

Tak complicated dan mudah saja kan rutinnya?

Datuk Syafinaz Selamatrahsia kecantikan syafinaz selamattips cantik datuk syafinaz selamat
https://lomp.at/esut6
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @missfazura (IG)
Kecantikan

Tak Perlu ‘Over’ Kontur, Ini Cara Paling Senang & Cepat Capai Hidung Mancung Sebelum Raya!

by Nurul A.
March 12, 2026

Apabila menyentuh mengenai ciri wajah, bahagian yang sering menjadi kebimbangan para wanita adalah hidung. Bukan apa, MURAI dapati ramai juga...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

  4. 4

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

  5. 5

    Pesta Songkran Di Petaling Jaya Cetus Tanda Tanya, Kelakuan Pengunjung Tak Senonoh- “Bau Arak Bacin”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara