• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

Tak Cukur Tidur, Badan Kamu Akan Berdepan Dengan 4 Masalah Kesihatan Ini

by Lisa Ghani
March 1, 2023
Foto - Pinkvilla

Foto - Pinkvilla

Share on Facebook

“Lemahnya kau. Kau tidur ke tak malam tadi?”

Tidur yang cukup dan berkualiti sangat penting untuk mengekmalkan kesihatan tubuh badan. Rata-rata orang dewasa memerlukan 6 ke 7 jam tidur pada waktu malam.

Semasa tidur, badan akan pulih dan membaiki diri supaya sistem dapat berfungsi dengan baik. Jadi, badan akan rasa segar dan bertenaga setiap kali bangun tidur kerana sistem endokrin berfungsi dengan baik.

“Sistem endokrin ialah sistem kelenjar yang menghasilkan hormon yang membolehkan sel-sel badan ‘berkomunikasi’ antara satu sama lain. Ia bertanggungjawab untuk hampir setiap sel, organ dan fungsi dalam badan.”

Jika kamu tak cukup tidur, ini masalah kesihatan yang kamu akan alami.

Peningkatan Tahap Tekanan

Foto – iStock

Kurang tidur akan meningkatkan hormon kortisol yang boleh mencetuskan tekanan. Apabila hormon tekanan ini terus meningkat, ia akan meletakkan badan dalam keadaan katabolik, di mana terdapat penurunan jisim otot dan kemusnahan gentian otot.

Kerosakan Tisu Otot

Kortisol akan merosakkan tisu otot, yang mencetuskan badan menggunakan glukosa dan asid amino yang tugasnya membina otot. Asid lemak adalah seperti blok bangunan yang membentuk tisu otot. Kemudian badan akan menjadi lebih sukar untuk membina otot apabila kekurangan asid lemak.

Mood Tak Stabil

Foto – iStock

Perubahan emosi apabila kamu keletihan akibat kurang tidur adalah perkara biasa. Apabila kamu benar-benar letih, perubahan drastik seperti mudah menangis atau marah mungkin berlaku. Penyelidikan menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya 50% orang yang mengalami kemurungan mempunyai beberapa jenis masalah tidur, biasanya insomnia.

Sukar Beri Tumpuan

Apabila kamu sukar untuk menumpukan perhatian atau berfikir, terutamanya semasa bekerja di pejabat, ia adalah disebabkan oleh kesan negatif kurang tidur. Keadaan ini akan menjejaskan keupayaan seseorang untuk belajar dan mengingati maklumat baharu.

Walaupun sukar, tapi cuba dapatkan tidur secukupnya agar tiada perkara memudaratkan berlaku pada kesihatan kamu.

masalah tidurtak cukup tidurtidur
https://lomp.at/esns7
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Langkah Tenang Putera Diraja Tunku Sulaiman Ini Buat Ramai Terpukau

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Social Buzz kembali lagi dengan video yang menjadi buala hangat di laman TikTok. Penampilan YTM Tunku Sulaiman Badlishah, putera kepada...

Read moreDetails
Filem

Kisah Lama Yusof Haslam: ‘Arwah Menangis Minta Saya Buat Kerja Lain’

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Setiap kejayaan yang kita lihat hari ini pasti ada cerita di sebaliknya, dan bagi Datuk Yusof Haslam, legenda industri hiburan...

Read moreDetails
via AI Generated
Destinasi

Dato’ Onn Hafiz Tinjau Taman Awam Teluk Danga, Bakal Dibuka Februari 2026 – Tempat Baharu Santai di Johor Bahru

by Farah Fatihah
December 31, 2025

Kalau Johor sering jadi pilihan untuk short getaway, lepas ini satu lagi lokasi santai boleh masuk dalam senarai. Johor Bahru...

Read moreDetails
Berita

Penampilan Sabronzo Dalam Dres Singkat Undang Pelbagai Reaksi Netizen

by Naddy Joe
January 2, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan DOLLA, iaitu Sabronzo sentiasa menjadi tumpuan netizen disebabkan penampilannya yang seksi. Terkini, dia kembali mengundang...

Read moreDetails
Lokal

Chazynash Bersuara Selepas Dituduh Gagal Beri Nafkah

by Naddy Joe
January 2, 2026

Personaliti media sosial, Chazynash tampil bersuara selepas dituduh gagal memberikan nafkah dan mengabaikan tanggungjawab terhadap bekas isteri, Fatin Morat dan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Langkah Tenang Putera Diraja Tunku Sulaiman Ini Buat Ramai Terpukau

  2. 2

    Kisah Lama Yusof Haslam: ‘Arwah Menangis Minta Saya Buat Kerja Lain’

  3. 3

    Dato’ Onn Hafiz Tinjau Taman Awam Teluk Danga, Bakal Dibuka Februari 2026 – Tempat Baharu Santai di Johor Bahru

  4. 4

    Penampilan Sabronzo Dalam Dres Singkat Undang Pelbagai Reaksi Netizen

  5. 5

    Chazynash Bersuara Selepas Dituduh Gagal Beri Nafkah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore