Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

Tak Dijemput Ke Majlis Kahwin, Ini Luahan Penderma Buah Pinggang Selena Gomez

by Nurul A.
October 9, 2025
Foto - @selenagomez (IG)

Foto - @selenagomez (IG)

Share on Facebook

Francia Raisa, aktres yang mendermakan buah pinggangnya kepada penyanyi-pelakon Selena Gomez akhirnya membuka mulut mengenai perselisihan faham antara mereka.

Dalam temu bual di sebuah acara buku baru-baru ini, Raisa menafikan laporan bahawa hubungannya dengan Selena tidak pernah baik.

“Semuanya khabar angin sahaja.”

View this post on Instagram

A post shared by Selena Gomez (@selenagomez)

Francia yang pernah membintangi drama ‘The Secret Life of American Teenager’ turut bercakap mengenai perkahwinan Selena dan Benny Blanco yang baru sahaja berlangsung dan mengapa dia tidak menghadirinya.

“Saya tahu dia akan berkahwin dan saya sangat gembira untuknya. Dia mempunyai kehidupannya sendiri, dia seorang bilionair dan saya bersyukur dapat melakukan sesuatu yang bermakna untuknya.”

View this post on Instagram

A post shared by Selena Gomez (@selenagomez)

Apabila ditanya mengenai pandangannya tentang pendermaan organ, Francia menjelaskan perbuatan itu bukan bertujuan mewujudkan ikatan istimewa dengan penerima, sebaliknya bertujuan menyelamatkan nyawa.

Sekadar info, Francia Raisa mendermakan buah pinggangnya kepada Selena pada tahun 2017 selepas penyanyi-pelakon itu disahkan menghidapi penyakit lupus. Pemindahan itu hampir meragut nyawa Selena kerana arteri utamanya hampir pecah semasa pembedahan.

View this post on Instagram

A post shared by Selena Gomez (@selenagomez)

Hubungan Francia dan Selena menjadi renggang pada tahun 2022 selepas Selena mendedahkan dalam temu bual bahawa satu-satunya kawan rapatnya ialah Taylor Swift. Francia yang kecewa dengan kenyataan itu, telah menyiarkan komen pendek, “Menarik” dan Selena pula meminta maaf kerana tidak dapat menyebut kesemua nama orang yang dia kenali.

View this post on Instagram

A post shared by Selena Gomez (@selenagomez)

Walau bagaimanapun, Selena secara ringkasnya menyebut nama Francia menerusi dokumentari Apple TV+ “Dear…”, mengakui bahawa aktres itu adalah pengaruh besar dalam hidupnya.

View this post on Instagram

A post shared by Francia Raísa (@franciaraisa)

Meskipun sudah beberapa tahun tidak bertegur sapa, Francia tampil mendedahkan mereka telah berdamai beberapa tahun lepas.

“Kami tidak banyak bercakao selama enam tahun terutamanya pada tahun lepas. Tetapi kami berbaik semula sekitar hari jadi saya yang ke-35.”

Jisoo Dinobat Sebagai Wanita Tercantik Dunia 2025, Terkejut Tengok Siapa Yang Bersaing
Benny Blancofrancia raisaSelena GomezTaylor Swift
https://lomp.at/id4dr
Share4Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

“Jangan Bazir Duit Buat Lagu Raya!”- Eric Fuzi

by Phic ARMAN
February 27, 2026

Isu strategi artis baru keluarkan lagu raya kembali jadi perbincangan hangat selepas satu kenyataan pedas daripada Eric atau nama sebenarnya...

Read moreDetails
Musik

Hip Hop Tamizha Gegarkan Stadium Merdeka Dengan Pertunjukan Drone Mega

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Selepas kejayaan besar konsert U1 sebelum ini, Don’t Run Away Asia (DRA) sekali lagi membuktikan kemampuan mereka sebagai penganjur konsert...

Read moreDetails
Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
Foto - @therealmiasara (IG)
Lokal

Niat Baik Disalah Tafsir, Mia Sara Hadapi Anxiety Sehingga Cederakan Diri

by Nurul A.
January 30, 2026

Nampaknya konflik antara pelakon Mia Sara Nasuha dan Puteri Balqis Ashikin tak berpenghujung. Dan kali ini, MIa menjadi tumpuan ramai...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

  5. 5

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore