Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Tak Halang Anak Lelaki Jalin Hubungan Baik Dengan Rakan Wanita, Misha Omar Kini Beri Tumpuan Terhadap Keluarga

by Puteri Alia
July 18, 2023
Share on Facebook

Penyanyi Misha Omar mengakui bahawa dia tidak menghalang anak lelakinya, Muhammad Adam Emir, 17, berkawan rapat dengan rakan perempuan di sekolahnya walaupun masih dalam usia remaja.

Misha atau nama sebenarnya, Samihah @ Aisah Omar berkata, sebagai ibu dia cuba memahami jiwa remaja anak muda sekarang yang semestinya pada usia itu sudah mula ada perasaan meminati seorang gadis.

“Saya dulu pun pernah remaja seperti Adam sekarang. Pada usia itu (remaja), saya tahu kebanyakannya mula nak mengenal kehidupan dan mestilah ada perasaan meminati seseorang. Jadi, Adam kini melaluinya dan saya harus terima hakikat itu.

“Anak lelaki saya dah besar sekarang. Cepatnya masa berlalu dan Adam pun tak lama lagi akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Doa saya agar dia berjaya,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Penyanyi lagu Bunga-Bunga Cinta ini berkata, dia juga bertindak memperlahankan karier seninya pada tahun ini kerana mahu memberi fokus pada aktiviti pembelajaran anak sulungnya yang harus mengikuti kelas tuisyen dan sebagainya.

“Saya pun tiada pembantu rumah. Sejak dulu, semua urusan anak-anak saya urus sendiri bersama suami. Alhamdulillah, saya selesa menghantar dan mengambil anak dari sekolah setiap hari. Ia menjadi rutin harian yang membahagiakan.

“Malah, hubungan dengan anak juga rapat dan itu yang paling penting. Walaupun saya memberi kebebasan kepada anak untuk berkawan, tapi saya mengenali siapa rakan-rakannya. Begitu juga, gadis yang diminati Adam,” katanya.

Misha mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Firros Ezzwan Rosly pada 2 Mei 2014. Hasil perkongsian hidup itu, mereka juga dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Idris Ezzwa, kini berusia tujuh tahun.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
misha omar
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @khairulaming (IG)
Spotlight

‘Leak’ Maklumat Peribadi Khairul Aming, Netizen Gesa Peminat Fanatik Disaman

by Nurul A.
July 21, 2026

Usahawan Khairul Aming, atau mesra disapa sebagai KA, sekali lagi menjadi perhatian ramai kerana seorang wanita didakwa peminat fanatiknya telah...

Read moreDetails
PU Amin
Spotlight

PU Amin Gesa Boikot Drama-Filem Berunsur Cinta Songsang- “Tunggu Azab Baru Nak Sedar?”

by Nurul A.
September 2, 2026

Pendakwah bebas, PU (Pencetus Ummah) Amin mencuri perhatian apabila menyuarakan kebimbangannya terhadap lambakan drama dan filem yang cuba mengetengahkan unsur...

Read moreDetails
Foto - HBO Max
Spotlight

HBO Max Tayang Lebih 10 Filem & Siri Drama Pada Ogos Ini!

by Nurul A.
July 31, 2026

Berita baik untuk anda semua! Ogos ini, strim siri DC Studios yang akan datang, 'Lanterns', yang dibintangi oleh Kyle Chandler...

Read moreDetails
Borneo Rising
Spotlight

Borneo Rising: CelcomDigi, Astro Ketengahkan Bakat Muzik Dari Sabah & Sarawak

by Nurul A.
August 27, 2026

CelcomDigi Berhad ("CelcomDigi"), dengan kerjasama Astro, bakal membuka lembaran baharu dalam landskap hiburan Malaysia menerusi pelancaran Borneo Rising. Sebagai pertandingan...

Read moreDetails
Miss World, Miss World Paraguay
Spotlight

[VIDEO] Buat Isyarat Tangan Semasa Miss World 2026, Sikap Miss World Paraguay Tuai Kontroversi

by Nurul A.
September 8, 2026

Walaupun Miss World 2026 sudah pun berakhir, namun drama yang berlaku di acara akhir pentas berprestij itu masih lagi menjadi...

Read moreDetails
Spotlight

“Kau Ni Bertuhankan Messi Ek?”- Zila Bakarin Naik Angin Dengan Tuduhan Netizen

by Phic ARMAN
July 9, 2026

Pelakon Zila Bakarin tampil membalas dakwaan seorang pengguna Threads yang mengaitkan dirinya dengan pemain bola sepak terkenal, Lionel Messi sehingga...

Read moreDetails
Foto - @abbyabadi_112 (Threads)
Spotlight

Netizen Dakwa Kena ‘Game’ Dengan Abby Abadi?- “Saya Tak Gaduh Dengan Anak Saya”

by Nurul A.
July 9, 2026

Pelakon Abby Abadi sekali lagi menjadi tumpuan umum apabila Instagram Stories anak keduanya, Marissa Dania Hakim memaparkan dua beranak itu...

Read moreDetails
Foto - Astro
Spotlight

‘Comeback’ Selepas 7 Tahun, Azar Azmi Kembali Dalam ‘Bulan Henti Bicara’

by Nurul A.
July 28, 2026

Selepas tujuh tahun menyepi daripada dunia lakonan, pelakon popular Azar Azmi akhirnya kembali menghiasi kaca televisyen menerusi drama bersiri Bulan...

Read moreDetails
Puteri Jalila, anak saudara Raja Abdullah II
Spotlight

Berwajah Cantik & Gemar Sukan Berkuda, Anak Saudara Raja Abdullah II Curi Tumpuan

by Nurul A.
August 6, 2026

Puteri Jalila binti Ali, iaitu anak saudara Raja Abdullah II dan Ratu Rania, yang berusia 20 tahun telah mencuri perhatian...

Read moreDetails
Spotlight

Bukan Sekadar Filem Aksi, CHELOT Tawar Pengalaman ‘Real’ Di Layar Perak

by Phic ARMAN
August 27, 2026

Dah bersedia untuk aksi yang lebih real, intense dan penuh debaran? CHELOT akhirnya bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bella Astillah ‘Kerja’ Jadi Barista, Lebih 500 Orang Serbu Kedai

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Di Sebalik Mahkota Taanusiya Chetty, Ada Kisah Yang Tak Ramai Tahu

  4. 4

    Lelaki Ini Kongsi Detik Cemas Jam Tangan Pintar Fitbit Terbakar di Pergelangan Tangan

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara