Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Filem ‘SAYANG SAYANG’ Sambar 5 Pencalonan Di Festival Filem Golden Horse Ke-63

by Nurul A.
October 2, 2026
Filem 'SAYANG SAYANG'

Filem 'SAYANG SAYANG'

Share on Facebook

Filem hasil kerjasama produksi Malaysia dan Taiwan iaitu ‘SAYANG SAYANG’, arahan oleh Tang Hsiang-Chu serta Penerbit Eksekutif oleh Yeh Jufeng dan Jin Ong yang merupakan pengarah filem ‘Abang Adik’, menerima lima pencalonan di Anugerah Festival Filem Golden Horse ke-63.

‘SAYANG SAYANG’ Sambar 5 Pencalonan Festival Filem Golden Horse 

Pencalonan tersebut adalah bagi kategori Lakon Layar Asal Terbaik oleh Tang Hsiang-Chu, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Mhia Firdaus), Pelakon Baharu Terbaik (Nandagopall Mohan), Kesan Bunyi Terbaik (Wu Shu-Yao, Hsu Chiao-Han dan Liu Pei-Min), serta Kesan Visual Terbaik (Tomi Kuo, Ivan Lin dan Hannah Han).

Mhia Firdaus & Sasha Tang

Lebih membanggakan, pencalonan ini turut mencipta sejarah apabila Mhia Firdaus menjadi pelakon Melayu pertama dan Nandagopall Mohan muncul sebagai pelakon India Malaysia pertama yang menerima pencalonan di festival filem berprestij tersebut. Pengiktirafan ini mencerminkan kekuatan filem tersebut secara menyeluruh, daripada aspek penceritaan dan lakonan sehinggalah kepada pencapaian teknikal di belakang tabir.

Filem ‘SAYANG SAYANG’

Berlatarkan Pantai Timur Malaysia, ‘SAYANG SAYANG’ mengisahkan perjalanan tiga anak muda pekak dan bisu daripada latar belakang berbeza, Ajay, Mina dan San San, yang sedang mencari identiti, impian dan tempat mereka dalam dunia. Ikatan keluarga mereka turut terjalin menerusi laut, daratan, dan kasih sayang sesama mereka, sekali gus mengarang sebuah simfoni kehidupan yang menyentuh hati.

View this post on Instagram

Melalui kisah penuh emosi ini, filem tersebut mengangkat tema kasih sayang, penerimaan dan pemahaman merentasi perbezaan budaya, bahasa serta cara hidup.

Filem ini menghimpunkan lebih seratus pelakon dan penggiat filem dari Malaysia, Taiwan dan India, termasuk pelakon Taiwan Lee Lee-Zen, pelakon meningkat naik Sasha Tang, serta pelakon Malaysia seperti Jo Kukathas, Mhia Firdaus, Nandagopall Mohan, Ong Ai Leng, Farah Ahmad, Amir Ahnaf, Vemanna Appannah, Khir Rahman, Mia Tan Shu Man, Jonathan Lee dan Tan Li Yang.

Lakon layar bagi filem SAYANG SAYANG pernah memenangi Anugerah Outstanding Award di Anugerah Excellent Screenplay ke-44, yang disampaikan oleh Biro Pembangunan Industri Audiovisual dan Muzik, Kementerian Kebudayaan Taiwan, serta terpilih untuk Golden Horse Film Project Promotion (FPP).

Filem SAYANG SAYANG akan ditayangkan di Taiwan pada 16 Oktober 2026 dan di Malaysia pada 5 November 2026.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
4
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
5
Star
Star
4
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
filem sayang sayanggolden horse awards
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Erling Haaland
Spotlight

[FOTO] Peminat Puji Gaya Rambut Terbaru Erling Haaland- “Nampak Muda & Lebih Kacak!”

by Nurul A.
August 24, 2026

Pemain bola sepak Norway, Erling Haaland kembali mencuri perhatian ramai selepas memuat naik beberapa gambar gaya rambut terbarunya. Sebelum ini,...

Read moreDetails
Netflix
Spotlight

17 Tayangan Baharu Bakal Temui Anda Di Netflix Pada Oktober Ini!

by Nurul A.
September 28, 2026

Khas untuk bulan Oktober ini, Netflix bakal menayangkan pelbagai kandungan menarik untuk peminat anime. Selain daripada itu, kamu boleh nantikan...

Read moreDetails
Foto - Utusan Tun Dr Siti Hasmah
Spotlight

Tun Dr. Siti Hasmah Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

by Nurul A.
September 28, 2026

Pagi ini, seluruh Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian tokoh wanita negara, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali. Berita tersebut disahkan oleh...

Read moreDetails
Anjing Aamir Khan
Spotlight

Tuai Kontroversi, Aamir Khan Pernah Namakan Anjingnya Sebagai “Shah Rukh Khan”

by Nurul A.
August 8, 2026

Ketika mempromosikan filem 'Sitaare Zameen Par', Aamir Khan telah berkongsi pandangan mengenai pelbagai fasa dalam kehidupannya. Kongsiannya itu termasuklah fasa...

Read moreDetails
Spotlight

Selepas 19 Tahun, Apa Yang 3DIVA Mahu Dari Peminat Malaysia?

by Phic ARMAN
September 12, 2026

Ada lagu yang bila dimainkan semula, terus membawa kita kembali ke satu memori. Zaman sekolah, cinta pertama atau mungkin seseorang...

Read moreDetails
Yobe Crafted x ALPHA
Spotlight

Beraksi Di Cawangan Tuah 1895 BBC, Peminat Teruja ALPHA Jadi Duta Pertama Yobe Crafted

by Nurul A.
September 4, 2026

Yobe (Yoghurt Beku) Malaysia, jenama yogurt sejuk beku dan pencuci mulut tempatan baru-baru ini melancarkan Yobe Crafted, cawangan berkonsep baharu...

Read moreDetails
Spotlight

JessC Gegar Amerika! Bawa Pulang Gelaran World Artist of the Year

by Phic ARMAN
September 27, 2026

Kalau selama ini kita biasa dengar nama artis tempatan beraksi di pentas Malaysia, JessC pula nampaknya semakin selesa membawa muziknya...

Read moreDetails
Spotlight

Lebih 300,000 Tonton Aksi Shila Amzah Di China, Tapi Kisah Di Sebaliknya Lagi Menarik

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Apa yang akan anda buat kalau tiba-tiba diminta menyanyi bersama kumpulan muzik tradisional yang bahasanya mungkin asing di telinga? Bagi...

Read moreDetails
Pemuja Syaitan
Filem

Zul Ariffin, Elizabeth Tan & Nadhir Nasar Hidupkan Misteri “Pemuja Syaitan” Di Layar Perak

by Nurul A.
September 18, 2026

Sesuatu yang mengerikan bakal menanti penonton menerusi filem horror terbaharu, "Pemuja Syaitan", arahan Liyana Jasmay yang diperkenalkan secara rasmi kepada...

Read moreDetails
Putera William
Spotlight

Putera William Berang Apabila Isteri Diminta Tukar Ejaan Nama Kerana Ibu Tiri

by Nurul A.
August 12, 2026

Putera Wales, Putera William dilaporkan berang apabila ayahandanya, Raja Charles III dan ibu tirinya, Raja Permaisuri Camilla meminta isterinya, Kate...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  2. 2

    8 Ahli Kerabat Diraja Pilih Orang Biasa Sebagai Pasangan Hidup

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Baru Dibuka! Oakwood Cameron Highlands Tawar Keselesaan Moden & Permandangan Indah

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara