Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Tak Mahu Seksa Jiwa Anak-Anak, Bekas Madu Miera Liyana Akur Keputusan Anak Pilih Duduk Dengan Ibu Atau Ayah

by Puteri Alia
September 4, 2023
Share on Facebook

Bekas madu pelakon Miera Liyana iaitu Adibah Abdul Mutalib enggan merumitkan kes tuntutan hadanah bersama bekas suaminya, Rosland Othman demi kebaikan anak-anak mereka.

Adibah, 50, berkata, dia memang bersedia dengan keputusan anak-anak untuk tinggal dengannya atau Rosland selepas ini.

“Mereka berhak untuk memilih sama ada hendak tinggal dengan ibu atau bapa. Tinggal dengan siapa pun, tetap ibu bapa mereka.

“Bila jadi depan mata, anak-anak mungkin menyedari dan terimbas kenangan manis dulu-dulu. Agak sedihlah bila mereka terpaksa berpisah. Memanglah nak anak-anak pilih saya tapi emosi mereka kena ambil kira juga.

“Anak-anak stabil kat rumah. Tapi sebab mungkin bila depan hakim, tersentak dengan realitilah. Kami sentiasa tenangkan mereka, apa pun jadi, kami masih lagi satu keluarga,” katanya ditemui selepas perbincangan dibuat secara tertutup di Mahkamah Tingga Syariah, di sini, hari ini.

Perbincangan itu dibuat di hadapan Hakim Syariah, Tuan Shamsuddin Hussain bersama tiga anak mereka iaitu Nur Liyana, 18; Nur Anisa, 12; dan Nurin Tasnim, 11.

Peguam mewakili Adibah, Junid Ramali ketika ditemui berkata, untuk hadanah kekal masih di peringkat meletakkan dokumentasi di mana keputusan akan ditetapkan pada Oktober depan.

“Untuk interim, sudah temubual anak-anak. Jadi, adalah direkod pilihan anak-anak. Keputusan akan dibuat berdasarkan pilihan itu. Hakim akan maklumkan kepada kami pada 2 Oktober depan.

“Maknanya kalau kami tak setuju dengan hadanah kekal, hakim akan bagi keputusan untuk interim itu. Rosland menuntut dua, tapi hakim mahu mendengar daripada Nur Liyana yang berusia 18 tahun itu.

“Pihak saya dan anak guam Adibah, sejak awal lagi kami tak rasa nak monopoli anak-anak itu, dia nak jaga seorang. Memang dia sudah bagi anak-anak tinggal dengan bapanya. Jadi, apa juga keputusan, dia sedia terima pilihan anak sebab mereka pun sudah besar,” katanya.

Pada perbincangan itu, Rosland hadir ditemani anak keempat, Nur Anisa dan ibu Miera, Aisah Abdullah. Adibah pula ditemani adik-beradiknya dan empat anaknya.

Terdahulu, Rosland memfailkan memfailkan hadanah terhadap dua anaknya yang berusia 12 dan 11 tahun itu di Mahkamah Rendah Syariah.

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995. Pada 7 April lalu, Rosland memfailkan cerai terhadap Adibah di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Miera Liyana
https://lomp.at/xpzba
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @badgalriri (IG)
Hollywood

[VIDEO] Penampilan Terkini Rihanna Buat Peminat Tergamam- “Mengandung Lagi?!”

by Nurul A.
January 28, 2026

Kecoh di media sosial, apabila peminat mendakwa penyanyi dan usahawan Rihanna sedang hamil anak keempat! Khabar angin itu tercetus selepas...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Terharu!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Baru-baru ini tular satu video di Threads yang memaparkan pelakon, Kamal Adli sedang meluangkan masa bersama anak perempuannya iaitu Hawra...

Read moreDetails
Spotlight

“Nampak Macam Abang Muda, Rupanya 59 Tahun”- Rahsia ‘Atuk’ Ini Buat Ramai Terkejut

by Phic ARMAN
February 24, 2026

Kalau MURAI tak tengok sendiri, memang susah nak percaya. Siapa sangka lelaki berusia 59 tahun ini masih nampak seperti model...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Uyaina Arshad Berdebar Tunggu Detik Bersalin-“Adakah Nyawa Akan Terus Hidup Atau…”

by Naddy Joe
January 29, 2026

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mengakui rasa takut apabila dia bakal menjalani pembedahan Caesarean (C-Section) cahaya mata ketiganya. "Takut Yang...

Read moreDetails
Spotlight

Siti Nurhaliza Tak Sangka Peminat Masih Angau- ‘Abang Bagi Spray Muka Dia Sket’

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Kalau dah nama Dato’ Sri Siti Nurhaliza, atau lebih mesra dipanggil TokTi, memang lain macam impaknya. Bukan setakat lagu masih...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore