Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

“Tak Percaya Sekalipun Tak Merugikan Saya” – Kim Seri Bidas Netizen Dakwa Dirinya Show Off Tiada Rekod Jenayah

by Aphit J.
August 17, 2025
Share on Facebook

Nama Kim Seri sekali lagi jadi sebutan hangat netizen apabila pempengaruh kontroversi itu memuat naik Certificate of Good Conduct (Sijil Kelakuan Baik) dari Kerajaan Malaysia di Instagram Story.

Tiada Rekod Jenayah Di Malaysia

via Instagram Kim Seri

Menerusi hantaran tersebut, dokumen rasmi itu menyatakan bahawa Seri Azlina Mohamed Sani, nama sebenar Kim Seri, tidak mempunyai sebarang rekod jenayah di Malaysia.

Alhamdulillah. Hello Korea.

Penulisan tersebut dipercayai sebagai sindiran kepada mereka yang sebelum ini mempertikaikan kelayakannya untuk memohon status Penduduk Tetap (PR) di Korea Selatan.

Menurut Kim Seri, sijil itu adalah untuk kegunaan rasmi di Republik Korea dan dia berkongsinya kerana ramai netizen pernah menyuruhnya semak rekod jenayah.

Menipu Rakyat Malaysia

Namun, bukan netizen Malaysia namanya kalau tak cepat ‘menyiasat’. Ramai kembali mengungkit kontroversi lama yang melibatkan Kim Seri pada tahun lalu, di mana dia dakwa menipu lebih RM500,000 menerusi pakej pelancongan ke Korea.

Lebih 20 laporan polis dilaporkan dibuat terhadapnya kerana perkhidmatan yang dijanjikan seperti tiket penerbangan dan penginapan yang tidak ditunaikan seperti dipromosikan.

Kini, walaupun Kim Seri tampil menunjukkan sijil rasmi, ramai masih tidak puas hati. Ada yang persoalkan dengan kes penipuannya sebelum ini.

Bukan Niat Nak “Show Off”

via Instagram Kim Seri

Menjawab persoalan itu, Kim Seri tampil sekali lagi di Instagram Story dan berkata, dia bukan nak ‘show off’, tapi hanya mahu buktikan bahawa dia telah melakukan apa yang netizen minta dengan menyemak rekod jenayah secara sah.

Malah, dia dengan jujur mengakui bahawa hutangnya masih banyak, bukan sekadar “keliling pinggang”, tapi “keliling badan”.

Ada juga netizen mendakwa sijil itu mungkin diperolehnya sebelum melanjutkan pelajaran ke Korea, namun Kim Seri tampil menunjukkan email pengesahan bertarikh 14 Ogos 2025, sebagai bukti ianya baru sahaja diluluskan.

Tapi kalau tak percaya sekalipun tak merugikan saya sebab saya yang nak apply bukan mereka.

Walaupun dihimpit kecaman dan skeptikal orang ramai, Kim Seri nampaknya tetap yakin meneruskan langkah ke Korea.

Sama ada masyarakat memaafkan atau tidak, masa sahaja yang akan menentukan. Tapi satu yang pasti – Kim Seri pandai mencuri tumpuan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
kim seri
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

  5. 5

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara