Sunday, August 17, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Tak Perlu Lagi Berkongsi Atau Berselindung, Ira Kazar Kini Muat Naik Foto Suami Tercinta, Syamsul Yusof

by Puteri Alia
June 23, 2023
1.6k
KONGSIAN
Share on Facebook

Bergambar tidak salah. Ada yang bergambar untuk berkongsi kisah dan ada juga bergambar sebagai simpanan kenangan. Asas penampilan bergambar di media sosial sama sahaja sebagaimana asas penampilan secara bersemuka atau dunia realiti.

Maka penampilan itu adalah diharuskan sebagaimana di atas. Cuma bezanya jika dalam ruangan media sosial ia lebih luas rangkaiannya yang tidak terhad pada ruang sekeliling sahaja. Semakin luas, maka semakin besar impaknya jika tidak dipelihara.

Sebab itu, penjagaan penampilan sangat penting kerana ia boleh dimanipulasi apatah lagi zaman moden yang memiliki aplikasi pelbagai yang boleh mengundang negatif jika berlaku penyalahgunaan.

Berbahas soal ini baru-baru ini, selepas sekian lama berdiam diri, akhirnya isteri pengarah sensasi Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar hari ini mencuri perhatian ramai apabila memuat naik foto suaminya dalam InstaStorynya.

Ira atau nama penuhnya Faghirah Fatini Kazaruddin dalam perkongsian tersebut memuat naik foto yang sebelum ini dimuat naik Syamsul dalam Instagramnya.

Anak kepada pelakon senior Kazar Saisi itu bagaimanapun tidak meletakkan sebarang kapsyen sebaliknya menggunakan lagu Nasty nyanyian Tyga dan Chris Brown sebagai muzik latar.

Difahamkan, itu merupakan perkongsian pertama dia memuat naik wajah Syamsul sejak suaminya disahkan bercerai dengan Sarah pada 14 Jun lalu.

Mengimbau semula, Ira pada 5 Januari lalu sah bergelar isteri kepada Syamsul dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Thailand.

Perkara itu disahkan oleh Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram pada Januari lalu.

Rentetan daripada itu, Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi minggu lalu

Ira Kazar Akui Bukan Senang Bangkit Selepas Cerai Dengan Bekas Suami Tercinta Syamsul Yusof
Ira KazarSyamsul Yusof
https://lomp.at/7i6k5
Share624Tweet390SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!

  2. 2

    Anak Bongsu Rosyam Nor Curi Perhatian Netizen-“Bapak Mentua Ku”

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Rina Petah Nyanyi Lagu Melayu, Netizen Terhibur!-“Sumpah Ni Je Yang Tak Cringe..”

  4. 4

    MyLesen B2 JPJ Fasa 2: Rebut Peluang Ambil Lesen Motor Tanpa Bayar Satu Sen

  5. 5

    [VIDEO] Kekasih Ameera Khan Dikecam, Jefri Nichol Akui Makan Bab* Untuk Lawan Tinju

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem