Monday, August 11, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Tak Pernah Gemuk, Ini Rahsia Kurus Langsing Nia Ramadhani

by Soph Azz
December 19, 2022
Foto - Nia Ramadhani Bakrie (FB)

Foto - Nia Ramadhani Bakrie (FB)

54
KONGSIAN
Share on Facebook

Mungkin ada di antara kita tak kenal dengan aktres seberang seperti Nia Ramadhani; pasti akan katakan wanita ini belum lagi berkahwin atau belum mempunyai anak.

Bukan apa dengan bentuk badannya yang tinggi dan langsing itu membuatkan Nia nampak seperti anak dara lagi. Tetapi sebenarnya aktres ini sudah pun memiliki tiga orang anak tau.

Psst… Sebelum ini Nia pernah beritahu yang berat badannya naik hampir 30kg ketika mengandungkan anak ketiganya. Disebabkan itu, Nia tekad untuk turunkan berat badan ‘kaw-kaw’.

Memandangkan NIa juga pernah naik berat badan, dia berjaya mendapatkan semula  bentuk badannya seperti asal. Hanya dalam masa 7 bulan saja, ini antara rahsia kurus langsing Nia yang kamu boleh ikut…

‘Selamat tinggal’ nasi 

Foto – Dream.co.id

Bagi sesetengah orang, ada yang boleh makan nasi ketika diet tetapi bagi Nia, dia cuba elak daripada makan nasi. Sebagai gantian kepada nasi, ibu kepada tiga anak ini akan mengambil makanan berdaging pada waktu tengahari. Antara pilihannya adalah ayam atau daging.

Wajib makan telur setiap pagi 

Kalau sebelum ini bersarapan bijirin, roti, nasi goreng dan sebagainya; kali ini kamu perlu tukar menu kepada telur. Tak kiralah telur rebus, dadar atau hancur sekali pun, Nia hanya akan makan telur sebagai sarapan paginya. Ini kerana telur mempunyai sumber protein yang mencukupi untuk badan di mana kamu akan menjadi kenyang dalam jangka masa yang panjang.

Bakar lemak dengan berenang 

Foto – Nia Ramadhani Bakrie (FB)

Kalau kamu nak tahu dalam banyak-banyak aktiviti, tak dinafikan berenang dapat membakar lemak dengan cepat. Seperti Nia, dia sangat gemar lakukan aktiviti ini sekiranya ada masa lapang. Tetapi sekarang, aktiviti ini menjadi rutin setiap hujung minggunya.

Pantang makanan bergoreng dan ringan 

Keinginan untuk memakan makanan bergoreng dan ringan ketika waktu petang memang tak boleh ditolak. Tetapi Nia, cuba elakkan makan makanan tersebut dan menggantikannya dengan beberapa makanan sihat lain seperti kekacang dan buah-buahan.

Foto – Nia Ramadhani Bakrie (FB)

Dikongsi oleh Nia, kadang kala dia teringin nak makan makanan bergoreng pada waktu malam. Mengingatkan dirinya sedang menjalani diet, Nia akan makan alpukat untuk hilangkan rasa craving tersebut.

Kalau nak kurus langsing macam Nia, ada pinggang kerengga, kamu perlu tekad dan berdisplin okay?

cara kurus cepatnia ramadhanitips kurus nia ramadhani
https://lomp.at/hgiz0
Share22Tweet14SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Abby Abadi Kongsi Momen Makan Malam Di Rumah Marissa Dania, Netizen Terharu!

  2. 2

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  3. 3

    Wajah Ibunda Tengku Amir Shah Dalam Majalah Lama Buat Netizen Terpukau

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Terhibur Aliff Syukri ‘Kalah’ Dengan Pujukan Qadejah- “Abah Belikan Amayan Jam”

  5. 5

    [VIDEO] Amira Othman Beri Kek Kepada Fattah Amin, Lain Pula Yang Netizen Dengar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem