• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Tak Puas Hati Selebriti Yang Bersikap ‘Play Safe’Isu Palestin, Ramona Zam Zam Perli Artis Yang Tak Ikhlas

by Puteri Alia
June 21, 2024
Share on Facebook

Pelakon Ramona Zam Zam baru-baru ini membuat kenyataan kontroversi di Instagram Story (IGs) yang menyelar tindakan selebriti yang didakwa tidak ikhlas dalam membuat perkongsian mengenai isu Palestin.

Ramona mengakui bahawa tindakannya itu didorong oleh rasa muak terhadap sikap berpura-pura golongan tersebut.

Tanpa menamakan individu tertentu, Ramona tidak peduli jika ada selebriti yang terasa dengan hantaran tersebut.

“Saya tidak tujukan kepada sesiapa status itu. Kalau ada sesiapa terasa, saya tidak boleh cakap apa-apa dan teruskanlah dengan perasaan itu. Siapa yang makan cili, dialah yang rasa pedas. Tetapi, setakat ini, tiada siapa jumpa saya berhubung hantaran itu,” jelas Ramona.

Ramona menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap mereka yang bersikap ‘play safe’ atau mengambil jalan neutral dalam isu ini. Baginya, adalah tidak adil untuk menyokong Palestin tetapi pada masa yang sama, berpihak kepada Israel.

“Apabila sudah kena boikot, barulah nak cakap pasal Palestin. Saya faham dalam industri seni, ramai yang berpura-pura. Tetapi apabila bercakap pasal kemanusiaan, bayi yang dibunuh dan kekejaman yang berlaku di Palestin, kita kena lebih tegas dengan pendirian kita, apatah lagi, kita artis Melayu dan beragama Islam.

“Takkanlah kita tidak mahu sokong saudara seagama kita,” katanya.

Drama terbitan Skop Productions itu turut dibintangi oleh Shah Iskandar, Puteri Sarah Liyana, Raja Afiq, Soffwany Yusof, dan ramai lagi.

Sebagai isteri kepada warga Palestin, Ramona mengaku lebih memahami konflik yang berlaku di negara itu.

“Kesan isu Israel-Palestin ini sangat kuat dalam diri saya. Saya sudah berkahwin selama sembilan tahun. Sepanjang tempoh itu, macam-macam cerita saya dengar daripada suami dan keluarganya. Mereka melaluinya sudah lama, iaitu sebelum insiden 7 Oktober lalu. Impaknya sangat kuat dalam diri saya,” luahnya.

Ramona berkahwin dengan Rami Alashkar, seorang jejaka berasal dari Palestin pada tahun 2015. Kecewa dengan apa yang berlaku, Ramona berharap selebriti dapat memanfaatkan pengaruh mereka dalam isu yang meraih perhatian antarabangsa ini.

“Tidak terfikir langsung pada 2023 akan berlaku perkara seperti ini. Lebih menyedihkan tiada siapa yang berjaya menolong mereka. Selebriti ada pengaruh yang besar dan ramai pengikut. Takkanlah mereka tidak mampu beri sumbangan melalui platform media sosial mereka,” katanya.

Sebelum ini, kira-kira 20 selebriti tanah air dinamakan dalam gerakan Blackout 2024 selepas didakwa masih menjalin kerjasama dengan jenama penyokong Israel.

[VIDEO] Yusuf Bahrin Bimbang Keselamatan Zizi Kirana- "Saya Dah Try Mesej Call Dia"

Antara selebriti Malaysia yang disenaraikan adalah Nadhir Nasar, Nabila Razali, Mira Filzah, Siti Saleha, Neelofa, Daiyan Trisya, Scha Al-Yahya, dan Awal Ashaari. Susulan itu, netizen mula menyahikut dan menyekat media sosial selebriti terbabit.

palestinRamona Zam Zam
https://lomp.at/zc3aq
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Kredit Gambar: Wikimedia Commons
Korea

KATSEYE Manon Perjelas Video Tular, Nafi Dakwaan Bergaduh Sesama Ahli

by Iffah Najwa
December 8, 2025

Ahli kumpulan KATSEYE, Manon, tampil menjernihkan salah faham yang tercetus selepas sebuah video pendek dari sesi hi-touch dan autograf mereka...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Anzalna Nasir ‘Usik’ Suami Tak Pandang Model Wanita, Curi Perhatian Netizen!

by Naddy Joe
November 26, 2025

Perkongsian pelakon, Anzalna Nasir mencuri perhatian selepas berkongsi gelagat suaminya, Hanif Zaki  yang sangat menjaga pandangan ketika menghadiri sebuah majlis...

Read moreDetails
via TikTok
Lokal

[VIDEO] Leona Curi Tumpuan Di Pasar Malam Kota Kinabalu, Aksi Spontan Undang Tawa Ramai

by Iffah Najwa
December 17, 2025

Pempengaruh medial sosial, Kasih Iris Leona atau lebih dikenali sebagai Leona, kembali mencuri perhatian warganet menerusi satu rakaman video yang...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Hael Husaini ‘Call’ Afwa Suruh Simpan Telefon Siti Nurhaliza

by Noah Ab
November 26, 2025

Baru baru ini, tular satu video yang memaparkan Hael Husaini yang sedang membuat live dan kemudian Siti Nurhaliza memasuki livenya...

Read moreDetails
Foto - @hamishdw (IG)
Indonesia

Peminat Bengang, Bekas Suami Raisa Didakwa Curang Melalui Aplikasi Pinterest

by Nurul A.
November 4, 2025

Prosiding penceraian pelakon Hamish Daud dan penyanyi Indonesia, Raisa Andriana kini menjadi tumpuan terutamanya selepas peminat mengesyaki  penceraian pasangan ini...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Engku Imran Titip Penghargaan Buat Soraya Ann, Anak Aisyah Sinclair

  2. 2

    ‘Happy Wife, Happy Life’, Netizen Cair Tengok Suami Jannah Nick Pandai Jahitkan Topi Isteri

  3. 3

    Dato’ Onn Hafiz Tinjau Taman Awam Teluk Danga, Bakal Dibuka Februari 2026 – Tempat Baharu Santai di Johor Bahru

  4. 4

    Norman Hakim Bangga, Anak Perempuan Tapau Anugerah

  5. 5

    [VIDEO] Ifa Raziah Redha Terpaksa Berpisah Dengan Pembantu Rumah-“16 Tahun Bukan Masa Yang Singkat..”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore