Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

“Tak Salahkan Mencuba Sesuatu Yang Baru?” – Muna Shahirah Hadir Dengan Genre Dangdut!

by Aphit J.
January 18, 2025
Share on Facebook

Penyanyi Muna Shahirah Munadi, yang baru berusia 31 tahun, mencuri perhatian ramai apabila melancarkan single terbarunya berjudul Datanglah Sayang yang bergenre dangdut pada Disember lalu.

Tidak Mempunyai Masalah Mencuba Genre Baru

Muna, yang ditemubual mengenai keputusannya mencuba genre ini menyatakan tidak salah sekiranya dia mahu mencuba sesuatu yang baharu.

Menurut Muna, sebagai penyanyi, beliau tidak mempunyai masalah untuk membawa pelbagai genre lagu, termasuk tradisional dan dangdut.

Baginya seorang penyanyi perlu berani dan versatile. Barulah dapat bertahan lama dalam industri.

Kalau hanya mampu nyanyi satu genre sahaja, agak sukar apabila ada tawaran yang memerlukan menyanyikan pelbagai jenis lagu.

Suami Sentiasa Menyokong

via Instagram Muna Shahirah

Selain dari kerjaya seni, kehidupan peribadi Muna turut menjadi perhatian. Pada Mei 2023, Muna mendirikan rumah tangga dengan Sean Tee Yeu Terng Abdullah, seorang lelaki berbangsa Cina Muslim berusia 27 tahun.

Muna sangat selesa dengan kehidupan barunya sebagai seorang isteri, di samping masih aktif dalam bidang muzik.

Menurut Muna lagi, Sean tidak pernah melarang saya untuk menyanyi. Bahkan, dia selalu memberi sokongan.

Dengan kemunculan single terbaru Datanglah Sayang, yang merupakan hasil ciptaan Mas Dewangga, Jova Devito, dan Sabbala, Muna berharap agar lagu ini diterima dengan baik oleh pendengar.

Beliau juga merancang untuk kembali dengan lagu bergenre leman (kampung) selepas ini, dengan harapan ia turut diterima peminat.

Single Datanglah Sayang ini dicipta oleh Mas Dewangga dan Jova Devito, dengan lirik ditulis bersama Mas Dewangga, Jova Devito, dan Sabbala. Muna berharap karya terbarunya ini mampu memberi impak positif dalam industri muzik tempatan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Muna Shahirah
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara