Thursday, August 21, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Korea

Tak Sangka Pula! SNSD Seohyun & 9 Selebriti Korea Ini Pernah Pegang Watak LGBT

by Soph Azz
October 19, 2021
92
KONGSIAN
Share on Facebook

Setiap pelakon perlu menggambarkan watak yang diberikan dengan baik. Bukan hanya perlu membawa watak biasa, tetapi mereka juga perlu mengambil watak yang mencabar seperti pencinta sesama jenis.

Kalau kamu nak tahu, sebenarnya ada beberapa selebriti Korea berjaya membawa watak LGBT dengan baik tanpa mengira orientasi seksual mereka dalam kehidupan sebenar. Nak tahu siapakah mereka, jom baca di bawah!

Kim Tae Ri 

Membuat debut pertama sebagai pelakon menerusi filem “The Handmaiden“, aktres ini memegang watak Seok Hee iaitu seorang lesbian. Dia merupakan seorang pencuri yang hidup ketika pendudukan Jepun pada tahun 1930 dan jatuh cinta dengan seorang wanita.

YouTube video

Membawa watak ini dengan berjaya, Kim Tae Ri telah memenangi pelbagai anugerah termasuklah Pelakon Baru Terbaik di 2016 Blue Dragon Film Awards.

Lee Ho Jung 

Menerusi drama “Nevertheless“, Lee Ho Jung memegang watak sebagai Yoon Sol iaitu seorang gadis tomboi yang mempunyai perasaan terhadap rakannya, Seo Ji Wan (Yoon Seo A). Dalam drama ini, Yoon Sol tidak mengaku dirinya seorang lesbian secara terbuka tetapi ada pelbagai situasi yang menunjukkan dia seorang LGBT secara jelas.

YouTube video

Lee Ho Won 

Jika sebelum ini dikenali sebagai INFINITE Hoya, penyanyi memulai debutnya sebagai seorang aktor dengan watak yang mencabar. Dalam drama “Reply 1997“, dia memegang watak Kang Joon Hee iaitu seorang gay yang jatuh cinta dengan kawan karibnya, Yoon Yoon Jae (Seo In Guk).

YouTube video

Lee Je Hoon 

Watak Seok Yi dalam filem “Just Friends?” dimainkan oleh Lee Je Hoon. Dia telah bertemu dengan Min Soo (Yeon Woo Jin) ketika menjalani ketenteraan. Selepas hubungan mereka tidak direstu oleh ibu Min Soo, mereka akhirnya terpaksa mengaku yang mereka hanyalah berkawan sahaja.

"13 Tahun Tak Mampu Layan Isteri"-Nazrief Nazri Dedah Derita Watak Homoseksual Dalam ‘Seribu Tahun’
YouTube video

Lee Jong Suk 

Lee Jong Suk pernah menarik perhatian penonton melalui drama “Secret Garden” apabila memegang watak gay iaitu Han Tae Sun. Dia merupakan seorang pemuzik muda yang genius ditemui oleh Oska di Pulau Jeju.

YouTube video

Kim Jae Wook 

Menerusi drama “Coffee Prince“, aktor ini memgang watak Sun Woo iaitu seorang pembuat pastri yang berbakat. Dia menyukai rakannya sejak sekolah menengah lagi iaitu Kim Jin Hyuk (Joo Ji Hoon).

YouTube video

Lee Kyu Hyung

Memegang watak sebagai pembunuh bersiri yang memiliki banyak personaliti dalam drama “Prison Playbook“, Lee Kyu Hyung menjadi seorang tawanan gay yang memiliki kepribadian seperti orang bodoh yang bernama Yoo Han Yang. Lakonannya ini memang mendapat pujian orang ramai!

https://youtu.be/2XlMOLqZCLY

SNSD Seohyun

Memulakan karier sebagai pelakon di bawah Namoo Actors, Seohyun pernah memegang watak sebagai seorang lesbian dalam drama pendek “Hello Dracula“. Dalam drama tersebut, aktres ini memegang watak Annna yang menjalin hubungan sejenis bersama rakannya tetapi ditentang oleh ibunya.

YouTube video

Kim Seo Hyung 

Memegang watak sebagai Jung Seo Hyun dalam drama “Mine“, aktres ini telah melakonkan watak seorang lesbian. Dia cuba menyembunyikan orientasi seksualnya melalui status sebagai menantu pertama keluarga yang memiliki banyak syarikat terkemuka.

YouTube video

AFTER SCHOOL Nana

Nana memainkan watakn Kim Dan dalam drama “The Good Wife“. Menerusi drama ini, dia merupakan seorang penyiasat di firma undang-undang yang mempunyai perasaan terhadap rakannya. Walaupun ramai yang tak percaya akan wataknya, tetapi lakonannya berjaya memukau penonton.

YouTube video

Kamu pernah tengok beberapa drama dan filem yang dimainkan oleh selebriti ini?

kim jae wookkim seo hyungkim tae rilee ho junglee ho wonlee je hoonlee jong suklee kyu hyungLGBTnanaseohyun snsd
https://lomp.at/bl455
Share37Tweet23SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Waris Selar Kenyataan Saifuddin Nasution, Dakwa “Tipu & Fitnah” Ibu Zara Qairina

  2. 2

    Anak Bongsu Rosyam Nor Curi Perhatian Netizen-“Bapak Mentua Ku”

  3. 3

    [VIDEO] Fazura ‘Packing’ Pakaian Fatima Untuk Melancong Dengan Fattah Amin, Netizen Tersentuh!

  4. 4

    Ramai Batal Pesanan Rendang, Ini Respons Khairul Aming- “Saya Taknak Aniaya Masa Orang…”

  5. 5

    MyLesen B2 JPJ Fasa 2: Rebut Peluang Ambil Lesen Motor Tanpa Bayar Satu Sen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem