Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Tak Sengaja Atau Tunjuk Kuat? Ini Tips Cegah Artis Tampar Orang Lagi

by Phic ARMAN
January 16, 2018
Share on Facebook

Menampar orang kerana tidak puas hati kini menjadi norma baharu di Malaysia!

Sejak akhir-akhir ini kes tampar orang sudah menjadi berleluasa, bukan dikalangan orang biasa tetapi dikalangan selebriti juga ahli politik turut terpalit dengan isu sebegini.

Adakah dengan cara melempang orang dapat menyelesaikan masalah antara dua pihak?

Isu tampar ini bukan isu kecil dalam negara kita, sejak beberapa tahun sebelum ini, terlalu banyak kes tampar orang, sehingga memaksa pihak polis campur tangan. Selain kes-kes besar seperti rompakan, penculikan, penyeludupan dadah dan lain-lain lagi, kes tampar orang juga antara isu sensasi yang mendapat liputan media secara meluas.

Berikut antara beberapa kes tampar orang yang pernah heboh di Malaysia sebelum ini dikalangan artis tempatan.

‘Mat Over’ Tampar David Teoh

Kes ini berlaku pada pertengahan tahun  2017. Tragedi ini telah membuatkan pihak polis membuka kertas siasatan  berhubung kekecohan ketika ‘Sesi Dialog Tranformasi Nasional 2050 (TN50) bersama Penggiat Seni’ di Seri Perdana semalam.

https://www.youtube.com/watch?v=cd93gkZbxko

Kekecohan itu membabitkan pelawak Sulaiman Yassin atau Mat Over, menampar penerbit filem, David Teo, di depan Datuk Seri Najib Razak, tetapi berakhir dengan baik apabila kedua-dua penggiat seni tanah air itu berdamai.

Sepertimana yang kita ketahui, selain membawa watak sebagai pelakon komedi, Mat Over juga sering membawa watak antagonis dalam drama. Mungkinkah kerana terbawa-bawa karakter dalam drama yang dilakonkan, dia bersikap yang sama seperti di dunia realiti?

Farid Kamil Tampar Anggota Polis

Kes terbaru yang melibatkan selebriti Datuk Farid Kamil ditahan kerana menampar anggota polis bertugas dan orang awam di Balai Polis Kota Damansara. Tanpa diduga, kes sebegini telah mendapat liputan media yang luas sehingga ramai peminat tertunggu-tunggu keputusan dari Mahkamah.

“Saya Jaga Jarak, Biar Semua Tenang Dulu” – Diana Danielle Akui Elak Berkomunikasi Dengan Farid Kamil Lepas Bercerai

Lebih mengejutkan, menurut laporan Harian Metro, pelakon veteran Ridzuan Hashim terlebih dulu menjadi mangsa penampar pelakon dan pengarah terkenal itu.

Rata-rata ramai yang mengetahui, Farid Kamil sering memegang watak antagonis seperti menjadi seorang samseng yang mengganas. Adakah impak dari drama yang dilakonkan, Farid Kamil masih dalam karakter ketika di dalam dunia realiti? Husnuzon.. hanya sekadar andaian penulis.

Bimbang Lebih Ramai Akan Ditahan Kerana Menampar. Ini Tips Mudah Untuk Cegah!

YouTube video

Jika melihat pada kes-kes seumpama ini yang dianggap serius, rakyat Malaysia seharusnya menghentikan budaya tampar-menampar kerna bimbang akan ditahan polis.

Sebagai seorang aktor atau aktres pula jangan terbawa-bawa watak di luar set penggambaran. Ikut tips ini untuk cegah diri dari mudah tampar orang.

Guna Alternatif Lain

Jika anda tidak berpuas hati dengan orang, jangan terlalu mudah untuk menghayun tangan menampar orang. Lebih baik tembak jer dengan senapang gajah! Oppss gurau jerr..

Sebenarnya anda boleh berbincang dengan baik. Guna akal dan kebijaksanaan anda untuk selesaikan masalah.

Minta Izin

Atau lebih mudah, sebelum anda terasa mahu menampar orang, mohon keizinan terlebih dahulu dari penerima tamparan. Jika mangsa tidak mahu, anda harus akur dan jangan tampar. Kan Budi Bahasa Budaya Kita?

Baca Doa

Sebelum rasa dan tampar orang baca doa ini dahulu. Doa ini pernah dibacakan oleh Nabi Musa untuk menlembutkan hati Firaun:-

“Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, agar mereka mengerti perkataanku”.

Kawal Suara

Sesiapa pun, terutamanya wanita, pasti tak suka apabila ditegur dengan nada yang tinggi.  Jika anda rasa marah, kawal suara anda dengan baik. Kalau anda tak mampu boleh guna Whatsapp jika berdepan dengan mangsa penampar. Kadang-kadang disebabkan suara tinggi ketika bergadug, kita mudah untuk menampar orang. Ringan je tangan tu kan?

Farid Kamil Akui Tak Pernah Sunyi Lepas Cerai, Pintu Hati Masih Terbuka Untuk Wanita Baru

Tampar Menampar Bukan Budaya Kita

Kecenderungan untuk menggunakan kekerasan dalam menyelesaikan perselisihan pendapat, khususnya membabitkan isu-isu umum, perlu diberikan perhatian yang serius.

Jika budaya tampar menambar ini berterusan, bimbang akan mendorong ramai untuk meneruskan kelakuan agresif tersebut. Jika kelakuan ini dibiarkan berleluasa, ia akan dilihat sebagai suatu kebiasan dan menggalakkan golongan muda untuk menirunya.

david teohfarid kamilmat overSulaiman Yassintampar
https://lomp.at/nbj9s
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Aida Aris Buat ‘Live’ Di Sebelah Jenazah Anak Amyza Aznan, Undang Teguran Netizen!-“Tolong Hormat…”

by Naddy Joe
February 24, 2026

Baru-baru ini industri seni dikejutkan dengan berita pemergian putera sulung kepada pelakon dan pelawak, Amyza Aznan iaitu Allahyarham Andre Mikhail...

Read moreDetails
Foto - @badgalriri (IG)
Hollywood

[VIDEO] Penampilan Terkini Rihanna Buat Peminat Tergamam- “Mengandung Lagi?!”

by Nurul A.
January 28, 2026

Kecoh di media sosial, apabila peminat mendakwa penyanyi dan usahawan Rihanna sedang hamil anak keempat! Khabar angin itu tercetus selepas...

Read moreDetails
Foto - @princeandprincessofwales (IG)
Hollywood

Putera Andrew Terpalit Skandal Epstein, Putera William Larang 2 Puteri Ini Dekati Keluarga

by Nurul A.
March 2, 2026

Dua anak perempuan Putera Andrew, Puteri Beatrice dan Puteri Eugenie, dilaporkan telah dilarang daripada menghadiri acara perlumbaan kuda Royal Ascot...

Read moreDetails
Lokal

Chot Dihencap Netizen, Nur Fazura Beri Amaran- “Hati-Hati Jangan Sampai Makan Diri Pula”

by Nurul A.
March 11, 2026

Pelakon dan usahawan, Nur Fazura kembali mencuri perhatian ramai selepas tampil mempertahankan rakan baiknya, seorang lelaki yang dikenali dengan nama...

Read moreDetails
Foto - @syed.ishak.731 (FB)
Lokal

“Yang Perlu Dibersihkan Adalah Orang Bawa Nama Syed”- PU Syed

by Nurul A.
January 27, 2026

Pendakwah bebas, PU Syed atau nama penuhnya, Syed Mohd Bakri, dengan tegasnya tampil menjelaskan bahawa individu yang memiliki gelaran "Syed"...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara