• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

Ingat Lagi ‘Rrama’ Dalam Cicak Man 2? Kini Tamara Berusia 46 Tahun & Bakal Terima Menantu

by Zaidin Albert
March 3, 2021
Share on Facebook

Masih ingat lagi dengan pelakon sinetron popular di era 90an, Tamara Bleszynski? Kalau anda tak ingat, dulu aktres cantik ini pernah muncul dalam filem Cicak Man 2 pada tahun 2008. Tamara memegang watak sebagai Rrama, yang diupah oleh Professor Klon lakonan Datuk Aznil Nawawi untuk menjadi pembunuh.

Selain itu, Tamara terkenal menerusi sinetron berjudul Hikmah yang bersiaran pada bulan Ramadan. Di Malaysia, drama  ini ditayangkan di Astro Ria dan musim 2-3 di Astro Prima dan Astro Oasis pada tahun 2004-2006.

Siapa sangka, wanita ini kini sudah mencecah usia 46 tahun namun wajahnya seperti tak di mamah usia. Masih cantik dan jelita, ini beberapa foto terkini Tamara.

malah Tamara kini bakal menerima menantu.

Foto: Instagram Tamara Bleszynski
Foto: Instagram Tamara Bleszynski
Foto: Instagram Tamara Bleszynski
Foto: Instagram Tamara Bleszynski

Bakal Terima Menantu

Baru-baru ini, anak lelakinya, Teuku Rassya, 22, terbuka mengenai kisah cintanya. Diketahui bahawa Rassya memuat naik foto kekasihnya secara terbuka dia akaun Instagram @clecleisln.

https://www.instagram.com/p/CLTEnwxjy6N/

Rassya mendedahkan reaksi ibunya ketika dia menjalinkan dengan wanita pilihannya. Malah, Rassya mengakui bahawa dia serius dan ingin berkahwin dengan segera.

Namun, dia masih memikirkan beberapa aspek lain seperti karier hingga hal kewangan.

“Ya, saya menginginkannya secepat mungkin. Tetapi, tentu kita mesti bersedia dari semua aspek, bukan? Contohnya kerja, kewangan, mental juga. “Saya pasti ingin memastikan kami berdua bersedia,” sambung Teuku Rassya.

Pelakon dan penyanyi itu mendedahkan bahawa dia sering berkongsi perasaan kepada ayah dan ibunya. Keluarga juga selalu menyokong keputusan Rassya dalam memilih wanita untuk menemani hidupnya. Ditanya mengenai nasihat ibu bapa, Rassya mengatakan bahawa keluarga sering mengingatkannya akan hal-hal baik.

Rassya merupakan anak hasil daripada perkahwinan Tamara dengan  Teuku Rafly Pasya namun bercerai pada tahun 2007. Kemudian Tamara menjalin hubungan dengan Mike Lewis pada tahun 2009 dan berkahwin pada tahun 2010. Malangnya, perkahwinan mereka berakhir pada tahun kedua. Hingga akhirnya bercerai secara rasmi pada 28 Mei 2012.

Cicak Man 2Tamara BleszynskiTeuku Rassya
https://lomp.at/4k0ys
Share3Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

by Farah Fatihah
January 17, 2026

Kalau kalian nak tahu, untuk rasa suasana macam melihat "sakura Jepun", sebenarnya tak perlu pun pergi jauh sampai ke Jepun....

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

by Iffah Najwa
January 14, 2026

Satu perkongsian di Reddit baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila seorang pengguna mendakwa menemui serpihan seperti logam di dalam makanan...

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Taman Botani Shah Alam: Ini 9 Aktiviti & Spot Unik Yang Anda Wajib Singgah

by Farah Fatihah
January 11, 2026

Taman Botani Shah Alam merupakan salah satu destinasi rekreasi yang popular di Selangor. Terletak di tengah bandar, taman ini menawarkan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

  2. 2

    Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

  3. 3

    “Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

  4. 4

    Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

  5. 5

    Taman Botani Shah Alam: Ini 9 Aktiviti & Spot Unik Yang Anda Wajib Singgah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore