Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Tambah Koleksi Dengan 6 Wangian Yang Super Ekstra Wangi, Mewah & Unik Ini!

by Soph Azz
March 24, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

Percayalah semua orang nak badannya berbau lebih wangi daripada orang lain. Dan kalau boleh, rasa nak sembur je satu botol minyak wangi supaya kekal wangi sepanjang hari; hinggakan tak ada bau badan yang berpeluh atau busuk.

Bagi menjimatkan wang dan semburan minyak wangi, supaya kamu tak ‘mandi’ wangian, Miss Murai cadangkan supaya kamu beli beberapa wangian berikut. Kata orang yang sudah guna, wangian ini sangat-sangat wangi, berbau mewah dan sangat unik.

Nak tahu yang mana satu? Baca perkongsian di bawah;

GUCCI Flora 

Foto – Pinterest

Wangian GUCCI Flora ini mempunyai nota atas peony, mandarin dan bunga mawar; menjadikan ia wangian yang sangat manis dan membuatkan si pemakai rasa lebih berkeyakinan, manis dan anggun.

DIOR J’Adore 

Foto – Pinterest

Campuran bau bunga jasmin dan bunga putih dalam satu botol wangian, membuatkan kamu rasa lebih mahal, eksklusif dan sangat feminin!

LANCÔME Idôle 

Foto – Pinterest

Bauan yang sangat mewah dan moden ini memberikan si pemakaian bauan daripada nota sitrus, mawar, melati dan kasturi putih dengan sedikit hint vanila. Sembur 1-2 kali sahaja, wangiannya tahan sehingga malam tau!

YSL Black Opium EDP 

Foto – Pinterest

Apabila kopi dan vanila digabungkan bersama bunga oren, melati dan pir; wangian ini khasnya memberikan kamu aroma yang menggoda kepada si pemakai.

MARC JACOBS Perfect EDT

Foto – Pinterest

Wangian terbaru daripada Marc Jacobs ini memberikan si pemakai satu bauan yang baru, lebih segar dan fruity. Dilengkapi dengan nota pink peppercorn, daffodil putih dan kayu cedar, wangian ini tak terlalu keras baunya serta sesuai kalau nak pakai hari-hari.

CHANEL Coco Mademoiselle 

Foto – Pinterest

Bagi mereka yang sukakan wangian yang klasik dan moden, Coco Mademoiselle dapat berikan kamu wangian daripada campuran oren, melati, mawar dan vanila. Pakai saja wangian ini, confirm ramai yang pandang kamu berulang kali.

Selepas ini sembur wangian di titik nadi badan (pergelangan tangan dan belakang telinga) untuk jadikan minyak wangi tahan bauannya sehingga 12 jam. Selamat mencuba!

marc jacobs perfectperfume paling wangiwangian terbaik
https://lomp.at/1pfur
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @missfazura (IG)
Kecantikan

Tak Perlu ‘Over’ Kontur, Ini Cara Paling Senang & Cepat Capai Hidung Mancung Sebelum Raya!

by Nurul A.
March 12, 2026

Apabila menyentuh mengenai ciri wajah, bahagian yang sering menjadi kebimbangan para wanita adalah hidung. Bukan apa, MURAI dapati ramai juga...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

  4. 4

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

  5. 5

    Pesta Songkran Di Petaling Jaya Cetus Tanda Tanya, Kelakuan Pengunjung Tak Senonoh- “Bau Arak Bacin”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara