• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Tanda-Tanda Kamu Dah Lupakan Bekas Kekasih

by Lisa Ghani
January 27, 2023
Foto - Getty

Foto - Getty

Share on Facebook

Kagumnya melihat orang yang boleh berkawan dan bergurau senda dengan bekas kekasih. Bagi sesetengah orang adalah sukar untuk melupakan si dia apabila sudah berpisah. Kalau boleh tak nak ingat dan bercakap langsung. Kamu anggap si dia macam dah tak wujud di muka bumi ini lagi.

Tapi kita sebagai wanita yang kuat tentu tahu bahawa kita tidak boleh membiarkan kesedihan mengawal kehidupan. Sampai bila nak bermusuhan.

Berikut tanda-tanda mengesahkan kamu akhirnya betul-betul telah melupakan atau tiada rasa cinta lagi pada bekas kekasih. Kamu telah MOVE ON!

Langsung tak rasa apa-apa bila lihat si dia bersama wanita lain

Kamu tidak lagi merasa menyampah atau jelik melihat update si dia di media sosial (ini pun jika kamu masih berkawan dengannya).

Foto – Getty

Apabila perasaan benci atau cinta digantikan dengan sikap tidak peduli dan sikap acuh tak acuh, ia menunjukkan bahawa dia kembali menjadi orang yang tidak dikenali.

Tidak keberatan menjadi rakannya kembali

Kamu telah mencapai tahap di mana anda langsung tidak merasa apa-apa perasaan atau permusuhan dengannya dan tidak keberatan untuk berinteraksi dalam talian atau menjadi kawan semula.

Telah kembali aktif berkawan atau berkenalan dengan orang lain

Tanda yang paling menonjol setelah move on adalah kamu mula mencari pasangan baru. Walaubagaimanapun, jangan gunakan ini sebagai muslihat untuk rebound atau saja membuatkan bekas kekasih cemburu kerana kamu bakal sakitkan hati pasangan baru.

Tidak mengelak pergi ke tempat yang ada memori kenangan bersama

Mungkin selepas berpisah, masing-masing mengelak untuk pergi ke tempat yang menjadi kenangan bersama si dia. Kononnya takutlah kalau-kalau mengimbau kembali kenangan manis bersama.

Foto – Getty

Tetapi kalau sudah move on, kamu tak kisah pun untuk pergi ke semua tempat walaupun ia memberi kenangan buruk. Kamu telah menyedari kenapa kamu harus berhenti hidup gembira hanya kerana seorang manusia seperti dia.

Kamu tidak lagi mengharapkan perdamaian

Pertunjuk terbesar setelah move on daripada hubungan yang gagal adalah kamu tidak lagi berharap untuk berdamai atau kembali kepada bekas kekasih.

Kamu juga tidak akan menunggu di telefon dan menjangkakan dia akan menghantar mesej atau menelefon dan meminta kamu kembali semula. Sekarang kamu telah menjadi lebih rasional, praktikal dan realistik.

Lepas ini kalau ‘bertembung’ dengan si dia tak perlu kelam-kabut nak lari.

tanda move ontips percintaan
https://lomp.at/3qnlx
Share2Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Inspirasi

‘Happy Wife, Happy Life’, Netizen Cair Tengok Suami Jannah Nick Pandai Jahitkan Topi Isteri

by Ayu Kamaruddin
December 25, 2025

Detik kecil yang penuh makna nyata mampu mencuri perhatian ramai. Itulah yang berlaku apabila suami kepada pelakon dan penyanyi Nurul...

Read moreDetails
Inspirasi

Kenali Pearly Tan & M. Thinaah, Beregu Wanita Galas Emas Untuk Negara

by Ayu Kamaruddin
December 17, 2025

Nama Pearly Tan Koong Le, 25 dan M. Thinaah Muralitharan, 27 kini bukan lagi asing dalam dunia badminton antarabangsa. Detik...

Read moreDetails
Inspirasi

Norman Hakim Bangga, Anak Perempuan Tapau Anugerah

by Ayu Kamaruddin
December 22, 2025

Nama Mohamed Norhakim bin Zaidon atau Norman Hakim dan Arbaiyah Abdul Manan atau Abby Abadi sekali  lagi mencuri perhatian warganet, kali...

Read moreDetails
Inspirasi

Siti Nurhaliza Terima Anugerah Hebat Bersama Yayasan Nurjiwa

by Phic ARMAN
December 24, 2025

Penyanyi tersohor negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza, sekali lagi mencuri perhatian apabila Yayasan miliknya, Yayasan Nurjiwa, menerima Anugerah Yayasan Terbaik...

Read moreDetails
Berita

Cinnamon Roll Hasil Tangan Qadejah Dipuji,- ‘Bab Bakery Dia Menang’

by Ayu Kamaruddin
December 23, 2025

Video masakan Cinnamon Roll  oleh Qadejah El Zahra Aliff Syukri atau lebih mesra dipanggil Qadejah, anak kepada pasangan Datuk Seri...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  3. 3

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  4. 4

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  5. 5

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore