Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Insentif

Tarik Minat Belia, Insentif & Ganjaran Angkatan Sukarela ATM Bakal Dilaksanakan

by Ayu Kamaruddin
January 26, 2026
11
KONGSIAN
Share on Facebook

Usaha memperkasa Angkatan Sukarela Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal memasuki fasa baharu apabila kajian menyeluruh berkaitan penambahbaikan insentif dan ganjaran kepada anggota sukarela yang aktif menyertai latihan akan dilaksanakan.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali, berkata langkah itu bertujuan menyuntik semangat baharu serta menarik minat lebih ramai orang awam untuk menyertai Angkatan Sukarela ATM, selain memperkukuh penglibatan anggota sedia ada.

Kumpulan Pengurusan - Kementerian
Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali

Menurutnya, kajian itu juga melibatkan kriteria pencalonan tauliah kehormat, bagi memastikan individu yang dilantik benar-benar memberi sumbangan strategik dan impak bermakna kepada ATM, bukan sekadar simbolik.

Struktur, Dasar & Latihan Turut Disemak

Dalam perkembangan sama, Sidang Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Pendukung (SPJP) Angkatan Sukarela Se-Malaysia ke-19 turut bersetuju agar bengkel penyelarasan khas dilaksanakan bagi menstruktur semula dasar, polisi dan peraturan melibatkan peruntukan, pentadbiran, latihan serta mobilisasi Angkatan Sukarela ATM.

Kajian insentif, ganjaran untuk Angkatan Sukarela ATM bakal dilaksana | Utusan Borneo Online
Via Facebook rasmi Angkatan Sukarela Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

Pendekatan ini dilihat sebagai langkah penting untuk memastikan pasukan berkenaan kekal relevan dan bersedia menghadapi keperluan semasa.

Sasar Golongan Belia, Promosi Ikut Zaman

Menariknya, sidang turut menekankan keperluan mempelbagaikan kaedah promosi yang lebih efektif dan efisien, termasuk penggunaan media arus perdana dan pendekatan selari dengan pemikiran moden, khususnya bagi menarik minat golongan belia.

Ringkasnya, naratif Angkatan Sukarela ATM bukan lagi hanya bersifat konvensional, tetapi bergerak seiring perubahan zaman. Old school values, new school delivery.

MKN Dicadang Jadi Ahli Tetap

Sidang berkenaan juga melihat keperluan melibatkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagai ahli tetap SPJP bagi menyokong konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) melalui pendekatan Keseluruhan Kerajaan dan Keseluruhan Masyarakat (WoGoS).

Langkah ini dijangka dapat memperkukuh hubungan strategik antara kerajaan negeri dan ATM dalam pengurusan keselamatan negara.

Jiwa MADANI Sentuh Komuniti, ATM Laksana 17 Projek Dengan Peruntukan RM850,000 MINDEF

Sekadar info tambahan, SPJP Angkatan Sukarela ke-19 menghimpunkan 23 ahli terdiri daripada pengerusi jawatankuasa pendukung negeri atau wakil masing-masing, dan diadakan semula selepas kali terakhir dianjurkan pada 2015.

Pendek kata, dengan insentif yang lebih menarik, promosi lebih segar dan struktur yang diperkasa, Angkatan Sukarela ATM kini bersedia untuk ‘level up’.

ATMinsentif dan ganjaran
https://lomp.at/99jym
Share4Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Nak Cuba Nasib Mendulang Emas? Ini Garis Panduan & Lokasi Rasmi Di Kelantan

by Ayu Kamaruddin
January 15, 2026

Aktiviti mendulang emas yang bakal dibuka secara rasmi di Kelantan minggu depan mula menarik perhatian ramai, terutama apabila ratusan permohonan...

Read moreDetails
Insentif

STR Fasa 1 2026 Dikreditkan Bermula Esok, Ini Perkara Penting Penerima Perlu Tahu

by Ayu Kamaruddin
January 19, 2026

Berita baik buat jutaan rakyat Malaysia apabila Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 Tahun 2026 bakal mula disalurkan bermula esok...

Read moreDetails
Insentif

Bantuan Kanak-Kanak JKM Hingga RM1,000 Sebulan, Ini Cara Mohon & Syarat Kelayakan

by Ayu Kamaruddin
March 11, 2026

Golongan ibu bapa atau penjaga yang menjaga anak-anak di bawah umur 18 tahun kini boleh mendapatkan bantuan kewangan melalui Bantuan...

Read moreDetails
Insentif

Boleh Beli Ayam & Ikan. SARA Kini Diperluas, Makanan Sejuk Beku Masuk Dalam Senarai

by Ayu Kamaruddin
February 10, 2026

Kerajaan bersetuju untuk meluaskan kategori barangan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan memasukkan makanan sejuk beku, satu langkah yang dilihat lebih...

Read moreDetails
Insentif

Ramadan Jadi Lebih Bermakna, MAIWP Agih RM17.44 Juta Untuk Asnaf di KL, Putrajaya Dan Labuan

by Ayu Kamaruddin
February 12, 2026

Menjelang ketibaan Ramadan yang dinanti-nantikan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sekali lagi tampil dengan inisiatif bermakna apabila menyalurkan Insentif...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    Tamatkan 18 Tahun Perkahwinan Dengan Anak Rosmah, Fazley Yaakob Umum Perceraian Dengan Isteri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara