Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Insentif

Nak Cuba Nasib Mendulang Emas? Ini Garis Panduan & Lokasi Rasmi Di Kelantan

by Ayu Kamaruddin
January 15, 2026
19
KONGSIAN
Share on Facebook

Aktiviti mendulang emas yang bakal dibuka secara rasmi di Kelantan minggu depan mula menarik perhatian ramai, terutama apabila ratusan permohonan diterima dalam tempoh singkat. Namun sebelum orang ramai teruja turun ke sungai, ada beberapa perkara penting yang perlu difahami terlebih dahulu.

Sambutan Tinggi, Tapi Bukan Semua Terus Dapat Lesen

Menurut Berita Harian, Kelantan setakat ini menerima 332 permohonan bagi aktiviti mendulang emas untuk fasa pertama. Daripada jumlah itu, 178 pemohon telah membuat pembayaran, manakala selebihnya masih dalam proses penelitian.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, lesen kelulusan akan mula dikeluarkan pada Rabu depan dan hanya pendulang yang mendapat kelulusan dibenarkan memulakan aktiviti.

“Alhamdulillah sambutan untuk aktiviti mendulang adalah baik dengan 332 permohonan diterima ini bagi fasa pertama.”

Mohamed Fadzli Hassan
Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan

Ini bermakna, bukan semua pemohon akan terus boleh mendulang, sebaliknya tertakluk kepada kelulusan dan pematuhan syarat.

Hanya Empat Sungai Dibenarkan Untuk Fasa Pertama

Bagi mengawal aktiviti dan memastikan kelestarian alam sekitar, kerajaan negeri hanya membenarkan mendulang di lokasi tertentu.

“Memandangkan aktiviti mendulang boleh dimulakan minggu depan, kita kini dalam proses mewartakan empat sungai yang dibenarkan bagi aktiviti berkenaan.

Empat sungai yang diwartakan adalah:

  • Sungai Tadoh
  • Sungai Pergau di Jeli
  • Sungai Gentian di Kuala Krai
  • Sungai Galas di Gua Musang dan Sungai Bertam di Tanah Merah.

“Hanya Sungai Tadoh membabitkan kebenaran mendulang sepanjang empat kilometer (km) manakala tiga sungai lain hanya dua km sahaja,” katanya.

@fdgold198791

alhamdulillah semua berjalan lancar.. 2hari 1malam kursus mendulang emas..terima kasih kpd 12 peserta kita yg sanggup hadir dari jauh,semata2 untuk menimba ilmu dari sahabat sy.. terima kasih jg kpd saudara firki kerana sudi meluangkan masa untuk menggajar pewaris anak bangsa kita untuk meneruskan seni warisan ini… datang untuk bawa pulang ilmu,bukan berharap untuk segunung emas.. adailmuadahasil..

♬ Cidro Vs Kluthuk – Waru Leaf

Mendulang Tanpa Lesen Akan Diambil Tindakan

Kerajaan negeri turut menegaskan aktiviti mendulang emas tanpa lesen selepas tarikh pelaksanaan akan dikenakan tindakan tegas.

“Justeru kita berharap pendulang ini mematuhi peraturan yang ditetapkan dan mereka yang melakukan aktiviti mendulang tanpa lesen bermula Rabu depan akan dikenakan tindakan.

Pihak penguat kuasa akan melakukan pemantauan di kawasan yang diwartakan itu,” katanya.

Ini sekali gus memberi isyarat jelas bahawa aktiviti ini bukan sekadar hobi bebas, sebaliknya perlu dilakukan secara sah dan terkawal.

Fasa Percubaan Tentukan Masa Depan Aktiviti Mendulang

Menurut beliau, kejayaan fasa pertama ini akan menjadi penentu kepada perluasan kawasan mendulang pada masa hadapan.

“Sekiranya fasa pertama berjaya dengan pendulang mematuhi peraturan dan sambutan diterima lebih menggalakkan, pihaknya akan memperluaskan kawasan mendulang.”

Ringkasnya, kelancaran fasa pertama akan menentukan sama ada lebih banyak sungai dibuka atau sebaliknya.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
kelantankesen mendulang emasmendulang emas
Share8Tweet5SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Cari Kerja Sambil Berhibur? Khai Bahar Bakal Gegarkan Kuantan & Lebih 500 Peluang Kerja Menanti

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Kalau anda ingat Karnival Kerjaya cuma tempat berjalan dari satu booth ke satu booth sambil pegang resume, kali ini lain...

Read moreDetails
Insentif

Ramai Tak Tahu, Waris Boleh Tuntut Khairat Kematian RM1,000 Jika Penerima STR Meninggal Dunia

by Phic ARMAN
August 27, 2026

Bila bercakap tentang bantuan kerajaan, ramai mungkin lebih familiar dengan STR atau SARA. Tapi tahukah anda, ada satu lagi bantuan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  2. 2

    Tren ECRL Bawa Penumpang ‘Explore’ Rasa Pantai Timur!

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara