Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

Taslima Nasreen Persoal Aurat Isteri Pemain Bola Sepak Morocco?

by Puteri Alia
December 12, 2022
via Twitter Taslima Nasreen

via Twitter Taslima Nasreen

Share on Facebook

Ciapan milik penulis buku, aktivis kemanusiaan dan pengkritik agama terkenal, Taslima Nasreen, di laman Twitter baru ini mencetuskan bualan panas di kalangan warganet seantero dunia.

Persoal Aurat Isteri Pemain Bola Sepak

Melihat ciapan yang dikongsikan di laman Twitter penulis ini, Taslima memuatnaik tangkap layar gambar pemain bola sepak Morocco iaitu Achraf Hakimi bersama isterinya, Hiba Abouk ketika menghadiri Festival Filem Cannes 2022.

Dalam ciapan tersebut, Taslima menyentuh tentang cara pemakaian isteri kepada pemain bola sepak terkenal Morocco itu yang tidak menutup aurat.

“Bintang bola sepak Morocco, Achraf Hakimi dan isterinya. Mereka Muslim dan mereka tidak memakai burqa atau hijab.” Ciapnya

via Twitter Taslima Nasreen

Respon Panas Seantero Dunia

Ciapan Taslima di media sosial mencetuskan kontroversi dan perdebatan panas dikalangan warganet, masing-masing berkongsi pandangan serta pendapat yang berbeza mengenai isu yang dibangkitkan oleh Taslima.

“Lahir sebagai orang Muslim satu perkara dan gaya hidup pula satu hal yang lain. Lihat pada diri anda sendiri sekarang ini.”

“Puan Taslima kenapa anda menyibuk, sekurangnya dia memakai pakaian yang terbaik mengikut stail fesyen dia.”

“Dia patut lihat diri dia dulu sebelum mengata orang lain..”

“Ia seperti orang hindu yang makan daging, bebas untuk memakannya. Tapi sesetengah orang menolaknya.” Ciap warganet

via Twitter Taslima Nasreen

“Ok apa maksud anda di sini.. Siapa yang menghalang anda dari memakai bikini. Pergilah memakainya.”

“Kata kuncinya di sini adalah ‘Pilihan’. Jika seseorang mahu memakainya tak jadi masalah, jika seseorang tidak mahu memakainya juga ok. Masalah orang seperti anda, suka menghakimi.”

“Pilihan dia jika dia mahu mengikuti segala ajaran agama dia atau tidak.”

“Siapa melarang anda memakainya? Anda boleh memakai apa saja yang anda mahu, itu pilihan anda.” Ciap mereka

via Twitter Taslima Nasreen

Apa pandangan anda tentang isu ini?

Achraf HakimiHiba AboukPemain Bola Sepak MoroccoTaslima Nasreen
https://lomp.at/coxn1
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

No Content Available
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore