Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Dituduh Terlibat Isu ‘Bapa Ayam’, Tauke Mahu Saman Penyebar Fitnah

Dia menyerahkan perihal tersebut kepada peguamnya untuk tindakan susulan

by Khai Azfar
August 19, 2021
Share on Facebook

Pelawak Zamatul Amri Zakaria, 45 atau lebih dikenali sebagai Tauke menerusi hantaran Insta-story nya pada Rabu berkata, dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang telah menyebarkan fitnah dan berita palsu terhadapnya sebelum ini.

Serahkan Pada Peguam 

Menurut Tauke, dia menyerahkan perihal tersebut kepada peguamnya untuk tindakan susulan berikutan dia menerima pelbagai tuduhan dan kecaman melibatkan isu baru-baru ini. Jelas Tauke, dia berasa kesal kerana kerjasama yang diberikannya kepada pihak polis telah disalah erti ramai pihak dan menyebarkan perkara yang tidak benar.

“Harap maklum kepada semua, tindakan undang-undang akan diambil oleh pihak peguam saya susulan daripada pelbagai kenyataan tidak berasas, fitnah, cacian serta penyebaran berita palsu berkaitan dengan saya baru-baru ini.

“Kerjasama yang telah saya berikan kepada pihak PDRM telah disalah anggap dan banyak pihak telah memilih untuk menghukum sebelum menilai” tulisnya

Mahu Jadikan Pengajaran 

Dalam pada itu, Tauke berharap agar tindakan yang diambilnya ini dapat menjadi pengajaran kepada orang ramai sebelum menyebarkan sesuatu berita kepada umum.

“Saya berharap melalui tindakan undang-undang ini dapat menghentikan sebarang penyebaran berita palsu di media sosial yang menjadi norma di kalangan masyarakat kini. Sekian,” kongsinya lagi

Via Instagram Tauke Jambu

Terdahulu, nama Tauke hangat diperkatakan selepas dituduh terpalit dengan isu seorang pelawak lelaki telah ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan pemerdagangan manusia untuk eksploitasi seks yang berlaku di sekitar Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Selain berjaya menyelamatkan seorang wanita daripada menjadi mangsa, pihak polis turut menemui bungkusan kondom. Bagaimanapun, Tauke menafikan tuduhan tersebut dan akui ditahan polis bagi tujuan membantu siasatan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Tauke Jambu
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  3. 3

    6 Destinasi Pantai Timur Yang Berbaloi Diterokai Apabila ECRL Beroperasi

  4. 4

    Patutlah Jadi Pilihan Ramai! Wyndham Suites KLCC Ada Suite Seluas Rumah Di Tengah Kuala Lumpur

  5. 5

    Ramai Tak Tahu! Kebun Rimba Private Estate Di Janda Baik Ini Ada Vila Mewah Tengah Hutan & Rumah Kampung Tradisional

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara