Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Tawaran Terhad ‘Taiwan PASS’: Beli Satu, Percuma Satu, Jelajahi Keindahan Taiwan dengan Mudah!

by Aphit J.
November 2, 2024
Share on Facebook

Biro Pelancongan Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi Taiwan telah memperkenalkan ‘Taiwan PASS’, tiket perjalanan elektronik khusus untuk pelancong antarabangsa.

Tawaran Beli Satu Percuma Satu

Pass ini boleh didapati dengan dua versi – Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) dan Kereta Api Taiwan – menggabungkan pengangkutan utama di seluruh negara bagi memudahkan perjalanan, menjimatkan masa, dan lebih berbaloi untuk pelancong bebas.

Bagi menggalakkan lebih ramai pelancong antarabangsa menikmati keindahan alam semula jadi dan kepelbagaian budaya Taiwan, promosi terhad “Beli Satu, Percuma Satu” kini sedang dilancarkan.

Tawaran ini direka khas untuk pelancong jangka pendek, memberikan pengalaman perjalanan yang lebih mudah dan penuh nilai.

Sama ada kunjungan pertama atau lawatan seterusnya, dengan Taiwan PASS, pelancong boleh menikmati perjalanan tanpa halangan dan menerokai tarikan utama Taiwan dengan selesa.

Dalam Indeks Pelancongan Muslim Global (GMTI) 2024, Taiwan menduduki tempat ke-3 di kalangan destinasi bukan OIC (Organisasi Kerjasama Islam), di belakang Singapura dan UK.

Pilihan Terbaik untuk Pelancong Muslim

via Hexa Communications

Taipei juga buat pertama kali dianugerahkan gelaran “Bandar Destinasi Mesra-Muslim Paling Berpotensi.”

Ketika ini, Taipei menawarkan lebih daripada 60 hotel dan restoran mesra-Muslim serta lebih 30 lokasi pelancongan dan ruang awam yang dilengkapi dengan surau dan kemudahan wuduk.

Promosi ‘Taiwan PASS’ bukan sahaja membolehkan pelancong menikmati sistem pengangkutan Taiwan yang cekap, tetapi juga memberi peluang untuk menerokai keindahan alam dan budaya Taiwan tanpa perlu risau tentang keperluan makanan halal atau kemudahan beribadah.

Promosi ‘Taiwan PASS’ ini khusus untuk pelawat antarabangsa jangka pendek dan ditawarkan dengan jumlah yang terhad.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pentadbiran Pelancongan Taiwan di Kuala Lumpur di +603-20706789 atau e-mel tourism@taiwan.net.my.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Taiwan pass
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Cipta Sejarah Di Moto3, Hakim Danish Terima Lamaran Genting SkyWorlds

  2. 2

    ‘Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Infinity Castle’ Kini Tayang Di Netflix

  3. 3

    Tak Perlu Lagi Keluarkan Kad! Merchantrade Money Kini Boleh Tap Guna Telefon

  4. 4

    Satu Pulau, Dua Resort Marriott- Ini Cara Terbaik Untuk Teroka Pulau Bintan

  5. 5

    Skrin Gergasi Sampai 300 Inci, Hisense Tarik Perhatian Peminat Hiburan Rumah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara