Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

[TEMUBUAL EKSKLUSIF] Kelly Azman Mahu Contohi Allahyarham Sudirman, Jadi Penghibur

Ketika ini, kongsi Kelly dia turut aktif mengacara,berlakon, menyanyi serta menghiburkan peminat-peminat di pelbagai acara mahupun di media sosial.

by Khai Azfar
April 21, 2021
Share on Facebook

Di kalangan media dan penggiat industri,pelakon dan penyanyi Kelly Azman bukanlah satu nama yang asing.Bagaimanapun, bagi pengikutnya di media sosial ramai yang tertanya mengenai siapakah Kelly sebenarnya.

Contohi Sudirman

https://www.instagram.com/p/CNscFdRgEk4/

Menjelaskan lebih lanjut, Kelly berkata kerjaya sepenuh masanya adalah sebagai seorang wartawan hiburan. Namun dalam masa yang sama dia ingin mencontohi Allahyarham Sudirman Hj Arshad yang bergelar penghibur serba boleh.

View this post on Instagram

A post shared by K E L L Y A Z M A N (@kellyazman)

Ketika ini, kongsi Kelly dia turut aktif mengacara,berlakon, menyanyi serta menghiburkan peminat-peminat di pelbagai acara mahupun di media sosial.

“Sebenarnya, saya adalah penghibur. Bidang kewartawanan adalah profesion saya sepenuh masa. Saya ingin contohi Allahyarham Sudirman, dia pun salah seorang wartawan dan juga penghibur suatu ketika dahulu. Saya pun mengikut jejak langkahnya. Kalau ditanya saya, itulah saya seorang penghibur dan semua cabang seni saya akan lakukan selagi ada”- jelas Kelly kepada Murai.my

Bakal Tampil Dengan Lagu Baharu

Bercakap mengenai perkembangan terkini, menurut pelantun No No No ini dia bakal tampil dengan sebuah lagu baharu tidak lama lagi. Menariknya mengenai lagu ini, selain dibantu oleh rakan-rakan seindustri sebagai penulis lirik, lagu ini juga mendapat sentuhan komposer terkenal, Mohariz Yaakob.

“Sebenarnya saya ada sebuah lagu baru untuk dikongsikan buat para pendengar tetapi lagu tersebut tidak dapat disiapkan awal kerana beberapa halangan”

“Lagu itu telah dicipta oleh Mohariz Yaakob liriknya pula ditulis oleh kawan-kawan saya, Padin dan Najiy.Bukan senang nak dapat lagu ciptaan Mohariz. Bila dah dapat saya macam ‘Allahuakhbar untungnya dapat lagu ini’. Sepatutnya keluar lebih awal sebelum puasa, namun disebabkan PKP dan sebagainya lagu tersebut saya akan rakam pada Ramadan ini dan dilancarkan pada bulan Julai nanti” katanya lagi

Konsert Mega 4.0 Selepas Aidilfitri 

Selain itu, Kelly turut terharu kerana konsert virtual nya sebelum ini mendapat sambutan yang cukup menggalakkan. Bukan sahaja ditonton oleh pengikut di media sosial dan rakan-rakannya, malah selebriti-selebriti popular turut memberi sokongan. Di kesempatan itu, Kelly turut berharap konsert virtual nya yang bakal memasuki edisi keempat penganjurannya tidak lama lagi akan turut mendapat sambutan yang sama.

“Saya pun terkejut sebab daripada konsert pertama, yang tonton ramai rakan-rakan serta artis yang ‘blue tick’ antaranya Awal Ashaari, Scha Al-Yahya, Rozita Che Wan, Zizan Razak dan Siti Nurhaliza sendiri membuat ucapan. Saya macam ‘wow’ dan terharu sangat mereka memberikan sokongan.” kongsi Kelly

Kelly ditemui Murai.my di majlis berbuka puasa Indigital Music bersama media di 10gramgourmet, Puchong Selangor pada petang Selasa. Selain Kelly, majlis tersebut turut dihadiri selebriti terkenal lain seperti Siti Sarah,Shuib Haiza, Nomad, Syahmi Irfan, Killa Driz, Ryan Deedat dan ramai lagi.

Kelly Azman
https://lomp.at/sehlt
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Berita

Zara Zya Nafi Ada Hubungan Peribadi Dengan Usahawan, Peminat Lega!-“Pusing-Pusing Dulu Sis..”

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelakon, Zara Zya menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang hubungan peribadi dengan bekas tunang kepada pelakon, Zarina Anjoulie iaitu usahawan...

Read moreDetails
Lokal

Mimie Haris Umum Telah Bercerai-“Untuk Elak Fitnah & Salah Faham…”

by Naddy Joe
February 12, 2026

Penyanyi dan pengacara, Mimie Haris memberi makluman mengenai dirinya yang telah berpisah dengan ahli perniagaan, Khairril Anuar Md. Dahilin setelah...

Read moreDetails
Foto - @mfmirafilzah (IG)
Lokal

Mira Filzah Ambil Tindakan Selepas Wajah Disalah Guna AI

by Nurul A.
January 16, 2026

Pelakon Mira Filzah mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan kandungan yang dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Bapa Mentua Kongsi Momen Kamal Adli & Hawra, Netizen Terharu!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Baru-baru ini tular satu video di Threads yang memaparkan pelakon, Kamal Adli sedang meluangkan masa bersama anak perempuannya iaitu Hawra...

Read moreDetails
Lokal

Adriana Adnan Pernah Diminta Cipta Kontroversi Untuk Kekal Relevan-“Maruah Diri & Keluarga Lebih Penting..”

by Naddy Joe
January 8, 2026

Pelakon dan pengacara, Adriana Adnan mempersoalkan tindakan pihak terlibat dalam industri seni tempatan yang kadangkala seolah-olah cuba menjatuhkan dan membuatnya...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore