Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Automotif

Tengku Amir Buat Kejutan Untuk Sultan Selangor Dengan Kereta Vintaj 73 Tahun, Nak Tahu Jenamanya?

by Phic ARMAN
December 16, 2025
38
KONGSIAN
Share on Facebook

DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, bersama isteri Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Binti Dato’ Abdul Aziz, baru-baru ini mencuri tumpuan ramai apabila menghadiahkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, sebuah kereta vintaj berusia 73 tahun! Turut mengiringi baginda adalah Tengku Permaisuri Selangor, Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.

Kereta Klasik, Harganya Boleh Cecah RM246,000!

Kereta klasik ini adalah Citroën Traction Avant yang diimport khas dari Perancis. Menurut sumber kereta yang popular pada era 50an ini mengekalkan enjin 1911cc 4 silinder dengan gear manual, sesuai untuk peminat kereta vintaj dan hobiist. Kombinasi cat hitam dengan dalaman fabrik beige memberi sentuhan klasik yang elegan.

Harga pasaran kereta ini boleh mencecah £40,672 atau lebih kurang RM246,000. Memang hadiah yang bukan main-main!

VIA Facebook

Video Kejutan Jadi Perhatian

Sebuah video yang dikongsikan oleh TikTok @friendsof.rms menunjukkan detik manis ketika Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, menyerahkan kereta vintaj ini kepada Sultan Selangor. Dalam rakaman itu, kelihatan Raja Muda Selangor tersenyum manis sambil menjelaskan sedikit mengenai kereta klasik ini, manakala Sultan Selangor kelihatan teruja menerima kejutan tersebut.

Apa yang menarik, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, turut hadir dan berdiri di sisi baginda ketika menerima kereta tersebut, memberi aura kehangatan dan penuh hormat dalam majlis ringkas tapi penuh bermakna ini. Isteri Raja Muda, Datin Paduka Seri Afzaa Fadini, juga kelihatan turut sama berkongsi kegembiraan, menjadikan detik tersebut lebih intim dan manis.

Rakaman ini mendapat perhatian ramai netizen, yang kagum dengan cara Raja Muda Selangor menunjukkan penghargaan dan kasih sayang kepada Sultan Selangor. Beberapa komen menyatakan mereka tersentuh melihat hubungan mesra antara ahli keluarga diraja, manakala yang lain pula berseloroh, cadangkan Tuanku membawa kereta tersebut jalan-jalan di Klang, Kapar dan Meru supaya rakyat boleh melihat kereta klasik ini secara dekat.

@friendsof.rms

RMS surprisekan Sultan Selangor dengan hadiah kereta Citroen vintaj berusia 73 tahun, diimport khas dari Perancis. #rms #friendsofrms #rajamudaselangor #sultanselangor #forms

♬ original sound – Ringtones.Hub

Rakyat Teruja, Sampai Suruh Jalan-jalan

Rakyat Selangor juga tak melepaskan peluang untuk berseloroh dengan hadiah istimewa ini. Ada yang siap cadang,

“Tuanku bawak kereta baru jalan-jalan kat Klang, Kapar, Meru, tau boleh la tengok keadaan jalan macam mana, ajak sekali MB Selangor tu!”

Memang nampak rakyat seronok tengok kebahagiaan Sultan dan kejutan Raja Muda mereka.

Kereta klasik ini bukan saja hadiah, tapi juga simbol penghargaan dan kasih sayang. Dengan nilai sejarah lebih 70 tahun, Citroën Traction Avant ini pastinya akan jadi perbualan hangat di Selangor untuk masa yang lama.

[VIDEO] British Accent Tengku Amir Shah Buat Rakyat Terlupa Apa Yang Baginda Sebenarnya Cakap
Afzaa FadiniCitroën Traction AvantTengku Amir Shah
https://lomp.at/0hrtq
Share15Tweet10SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Jom Terjah Bazar Ramadan Selangor: Syurga Juadah Berbuka Yang Wajib Singgah!

by Farah Fatihah
March 7, 2026

Menjelang bulan Ramadan, pasti kalian mencari di mana bazar Ramadan Selangor yang tersohor dengan suasana semakin meriah dengan deretan bazar...

Read moreDetails
Kesihatan

6 Jenis Buah-Buahan Pilihan MURAI, Bagus Untuk Kurangkan Dahaga Ketika Bulan Puasa!

by Nurul A.
March 4, 2026

Secara peribadi, MURAI rasakan masalah biasa yang ramai orang hadapi ketika bulan puasa adalah dehidrasi. Bayangkan lebih daripada 10 jam...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

[VIDEO] Healing Bersama Keluarga di D’Kelulut Campsite, Port Tenang Yang Ramai Tak Tahu!

by Farah Fatihah
January 18, 2026

Kalau sebut Selangor, ramai terus bayangkan kesibukan bandar dan trafik yang sesak. Tapi siapa sangka, di Batangsi, Semenyih, tersembunyi sebuah...

Read moreDetails
Gambar: AI Generated
LifeXplore

1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

by Farah Fatihah
February 27, 2026

Bagi mereka yang mencari aktiviti hujung minggu penuh cabaran, memandu go-kart sering menjadi pilihan untuk melepaskan tekanan sambil menguji keberanian...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Vietjet Perkenal Diskaun Istimewa! Masa Terbaik Rakyat Malaysia ‘Lock’ Percutian 2026

by Phic ARMAN
January 27, 2026

Cuti panjang dan musim perayaan 2026 makin dekat,  memang waktu paling ideal untuk rakyat Malaysia mula ‘lock’ percutian. Lagi best,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara