• Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Indonesia

Terharu Diajak Berduet, Datuk Seri Siti Nurhaliza Mahu Putri Ariani Berpegang Teguh Kepada Jati Diri Dan Agama

by Puteri Alia
June 13, 2023
415
KONGSIAN
Share on Facebook

Bangga dan teruja pasti dirasai oleh setiap ibu bapa apabila melihat kejayaan anak meraih setiap kejayaan anak-anak yang telah tercapai.

Bagi si anak pula ia adalah satu hadiah yang cukup bermakna buat mereka. Segala perit jerih keringat ibu bapa mereka dapat dihadiahkan dengan kejayaan.

Bahkan mengikut ajaran agama Islam, hukum berbuat baik kepada kedua ibu bapa adalah wajib. Kewajipan berbakti kepada ibu bapa diletak di tangga kedua selepas kewajipan beribadah kepada ALLAH SWT.

Berbahas soal ini, baru-baru ini penyanyi kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza terharu dan memberi kata-kata semangat kepada peserta program realiti America’s Got Talent 2023 dari Indonesia, Putri Ariani, yang berhasrat ingin berduet dengannya.

Menerusi Instagram Story  rasmi TokTi, dia turut menitipkan pesan kepada Putri Ariani agar terus berusaha untuk membanggakan ibu bapanya serta negara termasuk berpegang teguh pada agama dan jati diri.

“Masya Allah adik Putri Ariani, teruslah berjaya dan terbang tinggi, banggakan ibu bapa mu dan negara mu, serta terus menjaga agama dan jati dirimu,” tulisnya.

Coretan ingatan ikhlas daripada Siti itu mendapat maklum balas daripada Putri Ariani yang berterima kasih dan menyatakan impiannya untuk bertemu sekali gus dapat berduet dengan penghibur nombor satu tanah air itu.

“Terima kasih banyak. Putri suka sangat lagu-lagu Siti, semoga boleh berjumpa, nak sangat berduet,” balasnya yang mendapat respon seterusnya daripada Siti.

Terdahulu, memetik laporan berita, nama Putri Ariani menjadi tular dan menarik perhatian netizen di media sosial selepas mendapatkan ‘Golden Buzzer’ daripada juri America’s Got Talent 2023, Simon Cowell pada sesi uji bakat disertainya.

Menariknya mengenai gadis istimewa ini, dia disifatkan Cowell sebagai antara peserta terbaik pernah terbabit dalam America’s Got Talent yang layak mendapatkan ‘Golden Buzzer’ itu kerana bakat dimiliki.

"Muak Dengar Penyanyi Kata Sound Teruk, Siti Nyanyi Ok Je"- Atilia Harun

Mengenali Cowell yang tidak mudah menekan butang ‘Golden Buzzer’ untuk diberikan kepada peserta, Putri Ariani berjaya mencetuskan kejutan ramai.

Apatah lagi, Putri Ariani yang cacat penglihatan tampil berani mempertaruhkan lagu ciptaannya sendiri dalam uji bakat itu, sebelum menyahut cabaran Cowell menghiburkan tetamu dengan lagu Sorry Seems to Be the Hardest Word nyanyian asal, Sir Elton John.

Tidak hanya Siti, gadis ini juga sangat kagum dan meminati penyanyi terkenal kelahiran negaranya iaitu Datuk Seri Rossa yang disifatkan memiliki vokal lunak dan mantap.

Sehubungan itu, video persembahan uji bakat Putri Ariani yang ‘trending’ nombor tiga di YouTube hingga kini sudah mencatat 26 juta tontonan dalam tempoh enam hari dimuat naik sejak 7 Jun lalu.

America's Got Talentdatuk seri siti nurhalizaPutri Ariani
https://lomp.at/pb2ks
Share166Tweet104SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Nora Ariffin Hanya Mampu Berdoa, Anak Perempuan Pilih Buka Tudung

by Puteri Alia
September 23, 2025

Tampil bersuara selepas anak perempuannya, Putri Dahlia, terpalit kontroversi kerana membuka hijab, Datuk Nora Ariffin menegaskan dirinya sentiasa memberikan nasihat...

Read more
Lokal

[VIDEO] Ammar Ahyan Memasak Di Dapur, Lain Pula Yang Netizen Terhibur!-“Kemain Tunggu, Sekali..”

Anak lelaki kepada pasangan usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida iaitu Ammar Ahyan mencetuskan rasa...

Read more
by Naddy Joe
August 13, 2025
Lokal

Sambut Hari Lahir di Hotel, Yazmin Aziz Dikecam Netizen Gara-Gara Pergaulan dengan Kekasih!

Nama penyanyi dan pempengaruh sensasi, Yazmin Aziz kembali menjadi perhatian ramai apabila kekasihnya, Simon Joseph Javier merancang satu kejutan istimewa...

Read more
by Aphit J.
September 13, 2025
Lokal

[VIDEO] “Bila Nak Dapat Baby?”- Aksi Spontan Fattah Amin Nyanyi Buat Ramai Teruja!

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Fattah Amin dan Amira Othman yang membaca komen netizen mengenai 'bilakah mahu mendapatkan...

Read more
by Noah Ab
October 7, 2025
Lokal

Erra Fazira Larang Anak Miliki Telefon Sebelum 16 Tahun, Siap Mahu Tahu ‘Password’ Anak Tunggal

Penyanyi dan pelakon terkenal, Erra Fazira mendedahkan bahawa beliau tidak membenarkan anak tunggalnya, Engku Aleesya memiliki telefon bimbit seawal usia...

Read more
by Puteri Alia
August 6, 2025
Lokal

“Wayang” Konon! Individu Pertikai Misi GSF Dikecam, Aqasha ‘Sound’ Pedas: “Cakap Pandai, Usaha Tak Ada!”

Kebelakangan ini, kecoh di media sosial apabila seorang individu secara terbuka mempertikaikan misi Global Sumud Flotilla (GSF), sebuah usaha kemanusiaan...

Read more
by Aphit J.
October 11, 2025
Foto - @kareenakapoorkhan (IG)
Bollywood

Buat Pertama Kalinya, Saif Ali Khan Dedah Kronologi Rompakan Yang Hampir Ragut Nyawanya

Aktor Bollywood dan suami Kareena Kapoor, Saif Ali Khan akhirnya bersuara mengapa dia berjalan seperti tiada apa-apa selepas menjalani pembedahan...

Read more
by Nurul A.
October 10, 2025
Lokal

[VIDEO] Bella Park Kongsi Gelagat Suami Kena Alahan Hamil, Netizen Terhibur!-“Untung Kak Bella..”

Perkongsian personaliti media sosial, Bella Park mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat suaminya, Haikal Anuar yang mengalami alahan atau...

Read more
by Naddy Joe
October 24, 2025
Lokal

“Anda Jawab di Akhirat”: Video Temu Bual Disalah Tafsir? Aaron Aziz Tampil Bersuara

Sebelum ini Datuk Aaron Aziz kembali hangat diperkatakan apabila dikatakan tidak peka dengan isu yang melibatkan Gaza. Tiada Kaitan Dengan...

Read more
by Aphit J.
October 6, 2025
Lokal

Dato’ Sri Siti Nurhaliza Ikon Muzik Malaysia dalam Buku Teks Filipina

Dato’ Sri Siti Nurhaliza, seorang ikon muzik Malaysia, telah mencapai pengiktirafan antarabangsa yang luar biasa, termasuk menjadi sebahagian daripada buku...

Read more
by Noah Ab
August 22, 2025
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Peminat Puji Sikap Nelydia Senrose-“Tak Pernah Cerita Masalah Di Media Sosial”

  2. 2

    4 Golongan Terima MyKad RM200 Pada Oktober Ini- Jom Semak Nama Anda Tersenarai Tak?

  3. 3

    Shah Rukh Khan Umum Tiada Pesta Deepavali, Peminat Luah Rasa Kecewa

  4. 4

    [VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”

  5. 5

    [VIDEO] Ammar Ahyan ‘Prank’ Qadejah Buatkan Netizen Terhibur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem