Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Terima Berita Tamat Kontrak Beberapa Hari Selepas Kehilangan Bapa, Suraya Borhan Berhenti Khidmat di Suria FM

by Aphit J.
August 2, 2025
Share on Facebook

Penyampai radio popular, Suraya Borhan, mengumumkan bahawa kontraknya bersama stesen radio Suria FM telah tamat pada Jumaat lalu, sekali gus menandakan berakhirnya hampir 10 tahun perkhidmatannya di stesen tersebut.

Berita ini datang pada saat yang cukup mencabar buat kerana ia berlaku tidak lama selepas beliau kehilangan ayah tercinta pada bulan Julai.

Selepas Ayah Meninggal Dunia

Suraya juga berkongsi bahawa dirinya telah dimaklumkan mengenai penamatan kontrak hanya lima hari selepas bapanya meninggal dunia.

“Saya simpan perkara ini selama dua minggu. Memang sukar, sebab ayah baru saja pergi. Tapi saya tahu, ini realiti kehidupan… orang datang dan pergi. Saya reda, cuma ambil masa untuk sesuaikan diri,” kata Suraya dengan nada penuh emosi.

Tambah Suraya, sebelum pemergian ayahnya, arwah ada menyatakan kebimbangan terhadap masa depan anak-anak, terutama berkaitan pekerjaan. “Beberapa hari sebelum ayah meninggal, dia ada tanya ibu tentang keadaan saya. Dia risau kalau anak-anak tak ada kerja. Tapi ketika itu ibu cuma tenangkan dia,” kongsinya lagi.

Pengalaman Kerja Yang Sangat Berharga

via Instagram Chiwan Chilok

Mengimbas kembali perjalanan kariernya di Suria FM, Suraya mengakui ia adalah pengalaman kerja yang sangat berharga. Hubungannya dengan rakan penyampai dan staf lain menjadi antara kenangan paling manis sepanjang berada di sana.

“Hari-hari kami jumpa, hubungan kami rapat. Soal makan, tak pernah berkira. Sama ada di pejabat atau di luar, kami selalu lepak dan bercuti bersama. Saya tak dapat pengalaman macam ni di stesen sebelum ini,” ujarnya dengan penuh penghargaan.

Topik Berkaitan Fizz Fairuz Umum Tinggalkan Suria FM, Luahan Isteri Cetus Tanda Tanya - “Dijauhi Dengan Orang Yang Hati Busuk"

Walaupun kontraknya telah tamat, Suraya tidak melihatnya sebagai satu penamat mutlak dalam dunia radio. Sebaliknya, beliau menyatakan hasrat untuk meneruskan kerjaya sebagai penyampai radio di platform baharu. “Saya memang suka kerja ni. Jadi saya terbuka untuk cari pengalaman di tempat lain,” katanya.

Suraya dikenali ramai bukan sahaja kerana gaya penyampaian yang bersahaja dan menghiburkan, tetapi juga kerana keperibadiannya yang mesra dan profesional. Pengunduran beliau pastinya dirasai oleh peminat setia Suria FM dan rakan sekerja yang telah menjadi sebahagian daripada keluarga keduanya.

Dengan semangat dan pengalaman hampir sedekad, Suraya kini bersedia melangkah ke fasa baharu dalam kariernya, dan para peminat pasti menantikan ke mana arah tuju beliau seterusnya.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Suraya Borhansuria fm
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  3. 3

    Apa Istimewanya Griya Hingga Berjaya Duduki No.1 Netflix Malaysia? iQIYI Dedah Kekuatan Drama Ini

  4. 4

    Tahniah! Fattah Amin & Amira Othman Timang Anak Lelaki- “Sedap Namanya”

  5. 5

    Air Dah Berasap, Tapi Masih Kata Tak Panas! Kisah Pelanggan Cerewet Buat Ramai Geleng Kepala

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara