Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Terima Kasih Kerana Pilih Saya Jadi Ibu”-Ucapan Hari Lahir Watie Buat Anak Perempuan Shuib Bikin Peminat Terharu Dan Rasa Bersalah

by Puteri Alia
May 17, 2023
Share on Facebook

‘Letih’ Watie jadi bahan kecaman netizen, akhirnya peminat mula akui bakal isteri Shuib ini sebenarnya ikhlas orangnya.

Terbaru, ucapan yang ditulis Watie Hanifah sempena ulang tahun kelahiran anak kepada pelawak dan penyampai radio Shuib, Dzakira Talita Zahra menyentuh hati ramai pengikutnya di Instagram.

Dalam hantaran itu, Watie berkongsi mengenai kebaikan anak kedua Shuib dan Allahyarham Siti Sarah yang digelar sebagai Doctor Love (Doktor Cinta) itu kepadanya.

“Selamat hari jadi, Doctor Love Aunty. Terima kasih selalu menjadi penghibur dan peneman Aunty ke mana pergi.

“Terima kasih selalu membela dan menangis apabila Daddy (Shuib) bertukar menjadi garang,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, Watie turut mengucapkan terima kasih kepada Talita kerana menerimanya untuk menjadi ibu.

“Terima kasih atas kebaikan dan kasih sayang kamu. Aunty sayang kamu sangat dan terima kasih kerana memilih Aunty untuk menjadi ibu,” tulisnya.

Hantaran itu turut disertakan dengan kompilasi gambar Watie dan Talita yang sangat manis serta akrab seperti ibu dan anak.

Memetik sumber laporan sebuah laman portal, Watie ada membuat pengakuan bahawa dia sering menangis apabila membaca sindiran dan komen pedas daripada warganet mengenai dirinya.

Pernah saya sekali menangis baca komen netizen yang kecam saya. Masa awal-awal orang tahu saya berkawan dengan Shuib.

Itu sahaja pertama dan terakhir, kemudian saya tiada lagi menangis. Saya tidak layankan sangat komen-komen tersebut.

Dalam masa sama, usahawan berusia 35 itu berkata, bakal suaminya itu antara individu yang banyak memberi sokongan setiap kali dirinya menerima kecaman daripada warganet.

Jelas Watie lagi, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 38, turut menasihati dirinya agar tidak mengambil pusing mengenai perkara tersebut.

Watie Hanifiah Akui Bukan Ibu Tiri Sempurna, Tapi Kasih Sayang Buat Anak-Anak Shuib Terima Seperti Ibu Kandung

Watie dan Shuib bertunang pada 6 Mei lalu dan dijangka melangsungkan perkahwinan pada 23 Jun depan.

shuibwatie hanifiah
https://lomp.at/1rsf1
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Uyaina Arshad Pernah Disahkan Tak Boleh Hamil Kerana Ambil Ubat Untuk 2 Masalah Jantung?

by Naddy Joe
January 14, 2026

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mengimbas kembali momennya apabila pihak doktor memaklumkan bahawa dia berkemungkinan tidak dapat hamil disebabkan masalah...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Mekyun Perjelas Sebab Dia & Keluarga Tidak Lafaz Doa Di Bulan Ramadan

by Naddy Joe
February 26, 2026

Pempengaruh media sosial, Mekyunn tampil memberi respon terhadap salah seorang netizen yang mempersoalkan dia dan keluarga yang tidak melafazkan Bismillah...

Read moreDetails
Foto - @elyanaofficial1 (IG)
Lokal

“Jangan Ejek Rasa Sakit Yang Belum Pernah Kau Rasakan”- Elyana Emrizal

by Nurul A.
February 5, 2026

Bersempena dengan sambutan Hari Kanser Sedunia semalam. penyanyi Elyana Emrizal telah mencuri perhatian orang ramai apabila berkongsi hantaran penuh makna...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Ragam Watie Hanifiah ‘Food Hunting’ Ketika Sarat Hamil, Curi Perhatian Netizen!-“Seronok Tengok..”

by Naddy Joe
January 5, 2026

Isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen 'me time' di Indonesia,...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Sajat Menari Seksi, Undang Teguran Netizen!-“Bulan Puasa Ni, Kamu Tu Islam…”

by Naddy Joe
March 3, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat kembali mencetuskan pelbagai reaksi selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru ini. Menerusi video...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore