Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

Terlantar Koma Di Australia, Lelaki Ini Respons Selepas Dengar ‘Voice Note’ Siti Nurhaliza

by Nurul A.
July 31, 2025
Foto - @aimimiloma (IG)

Foto - @aimimiloma (IG)

Share on Facebook

Berkat kesabaran dan tanpa putus asa daripada keluarga serta rakan, lelaki Malaysia ini, dikenali sebagai Aimi Nasiruddin, akhirnya telah sedarkan diri selepas lima hari terlantar koma.

Aimi yang berkongsi kisah mengejutkan dan mengharukan itu di Instagram miliknya, bercerita bagaimana dia telah terlantar koma selama lima hari di Australia ketika bercuti.

View this post on Instagram

A post shared by Aimi Nasruddin (@aimimiloma)

Kongsi Aimi, dia telah terkena serangan jantung ketika berada di Pantai Bondi, Australia. Dia yang berada di kawasan ‘hot spot’ untuk pelancong yang mengunjungi Australia itu, secara tiba-tiba rebah dan kemudiannya diberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) sebelum dibawa ke St. Vincent’s Hospital.

Keadaan yang sangat kritikal ketika itu telah menyebabkan dia terpaksa ditahan. Aimi terpaksa bergantung kepada mesin bantuan pernafasan dan situasi itu membuatkan tiada siapa yang dapat jangkakan bila lelaki ini akan sedarkan diri.

View this post on Instagram

A post shared by Aimi Nasruddin (@aimimiloma)

Buat yang tertanya, keluarga Aimi tidak dapat pergi ke Australia dan rakannya mengambil alih tugas untuk menjaganya secara bergilir-gilir di hospital. Sepanjang terlantar koma, Aimi tidak memberikan sebarang respons dan ini membuatkan keluarganya menjadi risau.

Ayahnya, Nasruddin, telah berusaha untuk memberi semangat kepada Aimi dengan berkongsikan voice note daripada penyanyi kegemaran lelaki itu iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

“Ayah saya punya usaha cuba mencari kawan-kawan saya yang boleh dapatkan voice note daripada Dato’ Sri Siti Nurhaliza dengan harapan saya dapat memberikan respons yang positif sebab masa ni saya memang tak sedar langsung.”

Foto – @aimimiloma (IG)

Disebabkan oleh kasih dan usaha ayahnya, Aimi diberi ‘semangat’ oleh Siti Nurhaliza melalui voice note tersebut. Syukur kepada Tuhan, suara Biduanita Negara itu berjaya membuatkan Aimi memberi respons yang positif.

“Assalamualaikum, Aimi. Aimi dengarkan suara ni, ni Kak Siti ni. Kak Siti nak Aimi jangan sedih, kena kuatkan semangat. Ingat Allah, selawat banyak-banyak dalam hati. Kak Siti doakan Aimi cepat sembuh, Allah angkat segala sakit Aimi. InsyaAllah ada rezeki kita jumpa. Aimi be strong okay, Allah ada bersama Aimi, jangan risau.”

Perkongsian yang cukup menyentuh hati ini sememangnya telah membuatkan ramai orang memberikan respons yang berbeza. Bagaimana pula dengan kamu?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Biduanita Siti NurhalizaDato Seri Siti Nurhalizadatuk seri siti nurhalizasiti nurhaliza
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  2. 2

    Ramai Tak Sangka, Chef Kecik Boulangerie Di Kajang Hidang Pastri Premium Bertaraf Kafe Eropah!

  3. 3

    ‘The East Palace’ Netflix Bawa Penonton Rentas Alam Roh, Pada 17 Julai Ini!

  4. 4

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara