Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Terlepas Kapal Terbang? Jangan Panik, Ikut ‘Trik’ Dari Pramugari Ini

by Jash Lee
October 16, 2021
Share on Facebook

Semua orang sudah mula merancang perjalanan untuk bercuti bersama keluarga setelah sekian lama kita menjalani Perintah Kawalan Pergerakan. Pasti ramai yang tidak sabar dan mula melepaskan geram kerana sekatan merentas negeri juga sudah dibenarkan. Mula memilih lokasi destinasi percutian dan merancang untuk menggunakan kenderaan sendiri atau juga penerbangan.

Bagi anda yang memilih untuk bercuti dengan menaiki kapal terbang, perkara penting yang harus dititik beratkan ialah tentang ketepatan masa penerbangan. Kalau anda terlepas penerbangan, mesti hancur harapan percutian yang sudah lama diidamkan. Sebenarnya, terdapat pelbagai faktor mengapa seseorang boleh terlepas kapal terbang.

via Naka

Bermula dari kesesakan lalu lintas semasa dalam perjalanan ke lapangan terbang atau waktu berlepas terlalu dekat dengan waktu ‘take-off’. Namun, jangan panik kerana seorang pramugari, Kat Kamalani yang berpengalaman dan juga merupakan seorang tiktoker telah memberikan ‘trik’ apakah yang harus anda lakukan sekiranya anda terlepas kapal terbang.

Sebenarnya, ‘trik’ atau muslihat ini akan membolehkan anda masih dapat menaiki kapal terbang semula.

“Ramai yang mengalami perkara sebegini, terlambat ke pintu berlepas dan terus panik!. kata Kat Kamalani menerusi videonya.

Berikut adalah langkah-langkah yang dikongsikannya sekiranya anda berada di situasi tersebut. Jom kita tengok!

1. Jangan Panik

via MP

Perkara pertama yang harus anda lakukan adalah jangan panik dan tetap tenang. Terus sahaja pergi ke pintu masuk jika kapal terbang belum berlepas walaupun anda sudah terlambat beberapa minit. “Sebabnya mungkin ada penundaan jadual dan anda juga mungkin berhasil untuk kembali dalam penerbangan yang sepatutnya”. 

2. Dapatkan Bantuan 

via Vocket.Com

Menurutnya, setiap syarikat penerbangan mempunyai pegawai yang akan menangani masalah penumpang yang terlambat ke pesawat. Pelancong boleh meminta pertolongan pegawai tersebut dengan langkah seterusnya yang boleh diambil.

Tambah Kamalani lagi bahawa jika anda lebih tenang dan berkelakuan baik, mereka pasti akan berusaha untuk menempatkan anda kembali ke dalam pesawat sekiranya pesawat anda masih berada di lapangan. Namun jika anda datang dalam keadaan yang marah dan tidak terkawal, pegawai bertugas akan terus membawa anda ke penerbangan yang seterusnya.

Tetapi, jika sebaliknya yang berlaku dan pesawat telah berlepas, maklumkan kepada staff yang bertugas bahawa anda telah terlepas ‘flight’ dan ikut arahan seterusnya. Serahkan dokumen yang berkaitan untuk tujuan pemeriksaan.

Pegawai yang bertugas akan membantu anda untuk mendapatkan tiket yang baru dan anda harus membayar harga tiket seperti yang dinyatakan oleh petugas.

Akhir sekali tunggu ‘boarding time’ dan jangan terlepas lagi.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Apapun yang penting, pastikan anda sudah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin ya sebelum merancang perjalanan anda! Selamat bercuti dan jaga diri. #Sayangdirisayangsemua

terlepasflighttrikpramugari
https://lomp.at/i3cf7
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Rumah Idaman Bukan Lagi Angan! Ini Fakta Skim HDRAS Sarawak Yang Ramai Tak Tahu

by Ayu Kamaruddin
March 19, 2026

Impian nak ada rumah sendiri kadang-kadang terbantut sebab satu perkara iaitu deposit. Tapi berita baik untuk rakyat Sarawak, kini ada...

Read moreDetails
Berita

Aisar Khaled Sekeluarga Berbuka Puasa Dengan Ria Ricis, Curi Perhatian Netizen Malaysia & Indonesia!

by Naddy Joe
March 5, 2026

Perkongsian pempengaruh dan usahawan terkenal, Aisar Khaled mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik beberapa foto di media sosial, baru-baru ini. Menerusi...

Read moreDetails
Berita

Nedim Akan Lindungi Nora Danish Habis-Habisan, Nafi Dakwaan Belum ‘Move On’

by Naddy Joe
March 5, 2026

Bekas suami kepada pelakon, Nora Danish iaitu Nedim Nazri tampil bersuara selepas tindakannya mempertahankan Nora Danish yang dikecam di Threads...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Cik B Shopping Sakan Di Korea, Curi Perhatian Netizen!-“Orang Kaya Memang Lain Macam Kan…”

by Naddy Joe
March 5, 2026

Perkongsian anak perempuan kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B mencuri perhatian netizen selepas dilihat 'shopping sakan'...

Read moreDetails
Berita

Izara Aishah & Suami Kongsi Nama Bayi Ketiga

by Naddy Joe
April 15, 2026

Umum mengetahui pelakon, Izara Aishah telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga pada 9 April lalu. Terkini, suami kepada Izara iaitu...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  3. 3

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  4. 4

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  5. 5

    Pulai Trail KL: Hutan Tersembunyi Di Tengah Bandar Yang Ramai Tak Sedar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara