Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Terpaksa Berpindah Sebanyak 11 Kali, Diana Danielle Kongsi Cerita Dilahirkan Daripada Keluarga Bawahan

by Puteri Alia
July 22, 2024
Share on Facebook

Pelakon popular Diana Danielle, 33, baru-baru ini berkongsi pengalaman hidupnya yang penuh dengan kesusahan semasa zaman kanak-kanak. Melalui perbualan dalam ‘podcast’ di YouTube Debonair Podcast kendalian Deborah Henry, Diana mendedahkan bahawa dia pernah melalui kehidupan yang sangat mencabar bersama ibunya yang merupakan ibu tunggal.

“Saya datang dari latar belakang yang sangat bawah. Kami pernah tiada rumah dan terpaksa menumpang di rumah keluarga dan kawan-kawan. Ibu pula tidak bekerja selama dua tahun,” kata Diana.

Menurut Diana, mereka terpaksa berpindah sebanyak 11 kali dalam tempoh yang singkat.

“Pernah berlaku kami terpaksa berpindah sebanyak 11 kali dalam tempoh yang singkat. Saya cuma bawa beg sandang dan ketika itu berusia sekitar 10 ke 12 tahun. Ibu saya jatuh sakit dan dia kehilangan perniagaannya,” tambahnya.

Kesempitan hidup yang dialami oleh Diana dan ibunya menyebabkan mereka kekurangan wang dan makanan.

“Kami memang tak ada duit langsung. Nak beli nasi lemak sebungkus RM1 pun tak mampu. Itulah sebabnya saya mula berlakon lebih dengan serius,” katanya.

Pengalaman hidup yang sukar ini telah membentuk sikap dan pandangan hidup Diana, menjadikannya lebih mensyukuri apa yang dimiliki tanpa mengejar kebendaan semata-mata.

“Saya sedar kebendaan cuma kebendaan, duit cuma duit. Semua nak jadi jutawan. Saya menentang itu kerana menjadi gangguan,” jelas pelakon filem Imaginur itu.

Diana turut menyatakan bahawa tekanan untuk mencapai jangkauan yang ditetapkan oleh masyarakat boleh memberi kesan negatif terhadap individu.

“Disebabkan itulah saya rasa orang jadi tertekan kerana tidak dapat mencapai jangkauan yang masyarakat ada terhadap kita,” katanya.

Diana Danielle Dedah Sejarah Hitam, Diganggu Sejak Usia 6 Tahun Hingga Dewasa
diana daniellefarid kamil
https://lomp.at/5pdjm
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Gambar sekadar hiasan, dihasilkan oleh AI
Lokal

Tak Boleh Ditarik Balik, Peguam Syarie Jelaskan Hak Mutaah- “Kalau Ada Perintah Mahkamah…”

by Nurul A.
January 8, 2026

Isu mutaah menjadi perbualan hangat selepas pempengaruh media sosial, Chazynash memaklumkan bahawa dia bakal menarik semula kemudahan (termasuklah mutaah, kereta...

Read moreDetails
Berita

Amyza Aznan Kongsi Keadaan Anak Kedua Disahkan Hidap Kanser Tulang

by Naddy Joe
February 19, 2026

Ujian menimpa pelakon, Amyza Aznan apabila anak keduanya, Adrian Adam disahkan menghidap kanser tulang. Kongsi Amyza di Instagram, dia mendapat...

Read moreDetails
Foto - @princeandprincessofwales (IG)
Hollywood

Putera Andrew Terpalit Skandal Epstein, Putera William Larang 2 Puteri Ini Dekati Keluarga

by Nurul A.
March 2, 2026

Dua anak perempuan Putera Andrew, Puteri Beatrice dan Puteri Eugenie, dilaporkan telah dilarang daripada menghadiri acara perlumbaan kuda Royal Ascot...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Adi Putra Terjebak Buat Trend TikTok, Peminat Tak Keruan!

by Naddy Joe
February 24, 2026

Nama aktor kacak, Datuk Adi Putra mencuri perhatian netizen selepas berkongsi satu video di media sosial, baru-baru ini. Menerusi video...

Read moreDetails
Lokal

Ezzanie Jasny Kongsi Keadaan Terkini Selepas Terlibat Kemalangan Dengan Ibu Bapanya-“Saya Alami Pendarahan..”

by Naddy Joe
January 15, 2026

Pelakon, Ezzanie Jasny tampil menceritakan keadaannya yang sebelum ini mengalami kemalangan jalan raya bersama ibu bapanya pada Ahad. Dirawat Di...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore