Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

The Last TRIO Standing, Tampilkan Kolaborasi Nama-Nama Gah & Baru Dalam Industri Muzik

by Arsiqin Yusof
December 13, 2022
Share on Facebook

Bila muzik rentasi jurang generasi dan genre, bayangkan betapa hebatnya lagu-lagu yang bakal dihasilkan! Perkenalkan rancangan muzik realiti terbaharu Astro, ’The Last TRIO Standing’ yang bakal memaparkan gabungan trio yang terdiri daripada nama-nama tersohor industri muzik bersama nama-nama yang sedang meniti dunia populariti.

Antara 30 nama-nama yang bakal bertanding menerusi ‘TLTS’ adalah Lah Ahmad, Cat Farish dan Azan dari kumpulan Ruffedge, Masdo, Tomok, Tam Spider, Altimet, Ag Coco, Amir Jahari, Ara Johari, serta nama-nama baharu seperti Malik Abdullah, Fidi, Syahmi Irfan dan Manzack.

Selain memaparkan barisan peserta-peserta yang hebat, ‘TLTS’ turut akan menampilkan panel juri terkemuka yang diketuai Ajai dan Jennifer Thompson sebagai juri tetap serta juri-juri undangan seperti Dato’ M.Nasir, Dato’ Siti Nurhaliza, Dato’ Hattan dan Dato’ Acis. Manakala pengacara tersohor, Awal Ashaari dan penyanyi popular, Zizi Kirana akan mengemudi ‘TLTS’ sebagai pengacara.

Ketua Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh mengatakan pihak Astro sentiasa menjana idea baharu untuk industri hiburan di Malaysia dan kini taruhan terbaru mereka adalah program The Last TRIO Standing.

“Astro merupakan perintis kepada rancangan-rancangan hiburan terbaik di Malaysia. Memegang reputasi sebagai penggerak industri kreatif, kami sentiasa menjana idea-idea baharu untuk menyemarakkan industri hiburan tempatan. Lantas ‘The Last TRIO Standing’ dilahirkan dengan kepercayaan bahawa muzik mampu merapatkan jurang di antara generasi-generasi pemuzik yang ada di negara kita. ‘TLTS’ memaparkan kombinasi komposer, pemuzik dan penyanyi yang terdiri daripada mereka yang sudah gah dalam industri ini bersama-sama dengan mereka yang baru mencari ruang untuk mengembang bakat-bakat mereka dalam pesada ini.

“Astro merupakan medium yang ideal dalam membawa dan melunaskan idea menggabungkan mereka yang sudah menempa nama dengan mereka yang baharu mengorak langkah ke dalam industri ini. Dengan menggabungkan mereka dalam sebuah trio, bakat yang baharu boleh mempelajari pelbagai ilmu daripada mereka yang sudah kecapisuksesserta mengambil peluang untuk mendapatkan komen- komen konstruktif daripada juri-juri profesional kami.

“Konsep ‘TLTS’ turut melihat gabungan ini bekerjasama untuk mengolah semula lagu serta menggubah lagu baharu bersama-sama. Bayangkan hasil karya daripaada mereka yang pengalaman bertahun-tahun lamanya disulami dengan idea-idea fresh dan youthful yang disuntik oleh muka-muka baharu,” katanya.

Saksikan ‘The Last TRIO Standing’ yang bersiaran secara eksklusif selama 8 minggu pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam mulai 17 Disember 2022 di saluran Astro Ria serta boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.

The Last TRIO Standing
https://lomp.at/f3dbs
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @therealmiasara (IG)
Lokal

Niat Baik Disalah Tafsir, Mia Sara Hadapi Anxiety Sehingga Cederakan Diri

by Nurul A.
January 30, 2026

Nampaknya konflik antara pelakon Mia Sara Nasuha dan Puteri Balqis Ashikin tak berpenghujung. Dan kali ini, MIa menjadi tumpuan ramai...

Read moreDetails
Filem

‘Akad Yang Hilang’ Bongkar Realiti Nikah Fasid & Anak Haram

by Farah Fatihah
January 15, 2026

Siapa sangka isu perkahwinan tidak sah sebenarnya bukan sekadar masalah undang-undang, tetapi boleh memberi impak besar kepada masa depan keluarga?...

Read moreDetails
Spotlight

“Nampak Macam Abang Muda, Rupanya 59 Tahun”- Rahsia ‘Atuk’ Ini Buat Ramai Terkejut

by Phic ARMAN
February 24, 2026

Kalau MURAI tak tengok sendiri, memang susah nak percaya. Siapa sangka lelaki berusia 59 tahun ini masih nampak seperti model...

Read moreDetails
Foto - @loritayoung_mua (IG)
Indonesia

Manohara ‘Curhat’, Dedah Ibu Sering Jumpa Bomoh & Amal Ilmu Hitam

by Nurul A.
January 21, 2026

Model Indonesia, Manohara menjadi tular selepas mendedahkan kisah gelap masa lalunya bersama ibunya, Daisy Fajarina. Menerusi Instagram Strories, Manohara turut...

Read moreDetails
Lokal

Mimi Lana Pilu Tonton ‘Podcast’ Puteri Balqis & Ibunya-“Maruah Seorang Wanita & Ibu Telah Dipijak-Pijak..”

by Naddy Joe
February 9, 2026

Pelakon, Mimi Lana tampil bersuara terhadap pengalaman hitam yang terpaksa dilalui oleh ibu kepada pelakon Puteri Balqis iaitu Norashikin Mohd...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore