Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Tidak Dinafikan, Ini Antara 4 Penyanyi Malaysia No.1 Yang Hebat Di Setiap Era

by Jash Lee
April 21, 2023
Share on Facebook

Menjadi penyanyi di Malaysia bukanlah suatu perkara yang mudah kerana ia memerlukan usaha yang sangat tinggi untuk menuju hingga tahap yang dikenali serta dihormati oleh peminat. Pelbagai rintangan dan cabaran harus ditempuh demi berjaya menjadi penghibur yang diminati. Usaha akan membuahkan hasil apabila mendapat award penghargaan dan pencapaian yang banyak di dalam serta luar negara.

Malah pada setiap era pasti akan ada penyanyi yang digelar “penyanyi no satu di Malaysia” dan untuk mendapat gelaran tersebut haruslah memuaskan hati rakyat Malaysia dengan pencapaian yang diperolehi mereka itu. Oleh itu, Murai MY menyenaraikan 4 orang penyanyi dan penghibur no 1 Malaysia di era masing-masing

Dapat Penghargaan Dalam Serta Luar Negara

 1. P. Ramlee

VIA google

P. Ramlee atau nama penuhnya Tan Sri Datuk Amar (Dr.) Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh merupakan seorang penyanyi, penghibur, pelakon, pengarah dan penulis lagu Malaysia yang terkenal. Dianugerahkan “Seniman Agung Negara” kerana jasanya yang amat besar dalam industri filem dan muzik serta hasil karya sasteranya. Merangkul pelbagai anugerah dan menjadi antara artis yang terpenting serta terkenal semasa zamannya itu.

2. Sudirman

VIA google

Dato’ Sudirman bin Haji Arshad yang berasal dari Temerloh Pahang, merupakan salah seorang penyanyi yang terkenal di Malaysia. Beliau dinobatkan sebagai penghibur nombor 1 dan merupakan anak jati pahang yang pertama memenangi Anugerah penyanyi Asia Tahun 1989 di London.

Diberi jolokan sebagai penghibur milik masyarakat, seniman rakyat dan Elvis Malaysia. Selain menjadi penyanyi dan penghibur, beliau juga seorang penggubah lagu, peguam, penulis, pengarang buku kanak-kanak, pelukis kartun, usahawan dan pelakon.

3. Sharifah Aini

VIA google

Biduanita Negara Datuk Hajah Sharifah Aini binti Syed Jaafar merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia dan dikenali sebagai Biduanita Negara selepas Allahyarhamah Puan Sri Saloma. Beliau mempunyai banyak anugerah yang disandangnya di dalam serta luar negara. Bukan mudah untuk kekal relevan serta namanya masih diingati sehingga ke hari ini.

4. Siti Nurhaliza

VIA google

Dato’ Sri Siti Nurhaliza binti Tarudin  merupakan seorang penyanyi, pelakon, penulis lagu, penerbit rakaman, pengacara televisyen dan ahli perniagaan di Malaysia. Siti memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian apabila beliau memenangi pertandingan nyanyian bintang HMI pada 1995. Bermula dari situ, nama Siti terus mencanak naik sehingga ke hari ini dengan telah memenangi pelbagai anugerah di dalam serta luar negara.

apa kata anda, siapakah yang bakal menerusi tahta penyanyi serta penghibur no.1 Malaysia yang akan datang?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
penyanyi dan penghibur no 1 malaysia
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Di Sebalik Mahkota Taanusiya Chetty, Ada Kisah Yang Tak Ramai Tahu

by Phic ARMAN
September 6, 2026

Kalau selama ini pertandingan ratu cantik sering dikaitkan dengan wajah menawan dan penampilan anggun, Taanusiya Chetty membuktikan bahawa ‘pakej’ sebenar...

Read moreDetails
Yobe Crafted x ALPHA
Spotlight

Beraksi Di Cawangan Tuah 1895 BBC, Peminat Teruja ALPHA Jadi Duta Pertama Yobe Crafted

by Nurul A.
September 4, 2026

Yobe (Yoghurt Beku) Malaysia, jenama yogurt sejuk beku dan pencuci mulut tempatan baru-baru ini melancarkan Yobe Crafted, cawangan berkonsep baharu...

Read moreDetails
imzoo
Spotlight

Penyanyi imzoo Lancar Single Kolaborasi “waiting for u” Bersama will hyde

by Nurul A.
August 4, 2026

Penyanyi dan penulis lagu Korea, imzoo melancarkan kolaborasi antarabangsa pertamanya, "waiting for u" bersama penyanyi dan penulis lagu Australia, will...

Read moreDetails
Sailor Honeymoon
Spotlight

Sailor Honeymoon Tolak Kesempurnaan Dalam Album Debut “The Worst Of Sailor Honeymoon”

by Nurul A.
August 20, 2026

Diterbitkan oleh Luke Smith (Foals, Shura, Depeche Mode), diadun oleh Claudius Mittendorfer (Parquet Courts, Temples) dan dimaster oleh Katie Tavini,...

Read moreDetails
Spotlight

Nourul Depp Jawab Kekeliruan Kemenangan ‘Keliru’ Di AJL-17

by Phic ARMAN
August 18, 2026

Siapa sangka, lagu Keliru yang pernah mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat ketika Anugerah Juara Lagu (AJL), masih menjadi cerita...

Read moreDetails
Putera William
Spotlight

Putera William Berang Apabila Isteri Diminta Tukar Ejaan Nama Kerana Ibu Tiri

by Nurul A.
August 12, 2026

Putera Wales, Putera William dilaporkan berang apabila ayahandanya, Raja Charles III dan ibu tirinya, Raja Permaisuri Camilla meminta isterinya, Kate...

Read moreDetails
The Intern
Filem

Bakal Tayang Pada September Ini, ‘The Intern’ Versi Korea Dibintangi Han Soo Hee

by Nurul A.
August 7, 2026

Selepas lama menanti, peminat filem Korea bakal melihat kolaborasi lakonan antara pelakon veteran dan aktres terkenal dalam pembikinan semula filem...

Read moreDetails
Foto - @cinemashortsig (IG) / @suricruise_sc (iG)
Spotlight

Selepas Anak-Anak Brad Pitt, Kini Giliran Suri Cruise Pula ‘Buang’ Nama Keluarga

by Nurul A.
July 29, 2026

Nampaknya bukan anak-anak pelakon Brad Pitt sahaja, kini anak Tom Cruise iaitu Suri Cruise pula yang tekad untuk mengugurkan nama...

Read moreDetails
D'Masiv "Asia Home Run"
Spotlight

D’Masiv Kembali Ke KL Menerusi Jelajah “Asia Home Run” November Ini!

by Nurul A.
September 7, 2026

Selepas siri jelajah di Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun, kumpulan D'Masiv yang berasal dari Indonesia, kini sedia bertemu peminat di Asia...

Read moreDetails
Spotlight

‘Yang Bela Anjing Je Faham’- Stacy Kongsi Pengalaman Sendiri

by Phic ARMAN
August 5, 2026

Isu kematian seekor anjing ketika operasi tangkapan oleh Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) masih menjadi bualan hangat di media sosial....

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bella Astillah ‘Kerja’ Jadi Barista, Lebih 500 Orang Serbu Kedai

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Di Sebalik Mahkota Taanusiya Chetty, Ada Kisah Yang Tak Ramai Tahu

  4. 4

    Lelaki Ini Kongsi Detik Cemas Jam Tangan Pintar Fitbit Terbakar di Pergelangan Tangan

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara