• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

“Saya Yakin ‘Malam Graduasi’ Bakal Menyatukan Penonton”- Melly Goeslow Bakal Gegarkan Axiata Arena Pada 1 Jun

by Phic ARMAN
February 26, 2024
Share on Facebook

Melly Goeslow, penyanyi dan komposer disegani di Indonesia, kembali memperlihatkan keunikannya dengan merancang konsert terbaru yang mengusung konsep ‘Malam Graduasi’. Pemilihan konsep ini bukanlah tanpa sebab, kerana bagi Melly, konsert bukan sekadar pertunjukan, tetapi juga peluang untuk menyatukan dirinya dengan peminat yang setia.

Dalam satu kenyataan di sidang media, Melly Goeslow berkongsi rasa gembira dan keghairahan beliau dalam mewujudkan konsert yang berbeza dari sebelum-sebelumnya. Konsep ‘Malam Graduasi’ yang diusungnya bukan sekadar sekumpulan lagu yang dinyanyikan secara berurutan, tetapi lebih kepada perjalanan emosi dan pengalaman yang ingin dikongsi bersama peminat.

“Saya Yakin ‘Malam Graduasi’ Bakal Menyatukan Penonton”- Melly Goeslow

Elemen penting dalam konsep graduasi ini adalah keterlibatan penuh penonton. Melly berharap agar setiap peminat dapat merasai bahagia dan keceriaan sepanjang konsert. Beliau ingin mencipta suasana di mana semua orang merasa seperti berada di sebuah sekolah muzik ketika konsert.

“Melly sukakan konsert dengan konsep yang unik kerana ia akan menyatukan diri Melly dengan peminat. Penonton harus terlibat, saya ingin semua terlibat. Saya mahukan setiap individu di dalam auditorium merasai pengalaman bersama, seolah-olah kita berada dalam satu kelas graduasi yang penuh kegembiraan,” katanya lagi.

Mengenai senarai lagu, Melly Goeslow masih enggan untuk memberikan maklumat yang pasti pada masa ini, tetapi beliau memberi petanda bahawa akan melibatkan lebih dari tiga artis undangan untuk berkolaborasi dalam konsert tersebut. Ini menambahkan elemen kejutan dan kepelbagaian dalam persembahan, serta memberi peminat peluang untuk menikmati gabungan suara dan bakat yang berbeza.

‘Muzik Lebih Besar’- Anto Hoed

Suami Melly Goeslow, Anto Hoed memberikan gambaran menarik mengenai konsert terkini isterinya . Menurutnya, konsert kali ini akan memberikan pengalaman yang berbeza, dengan kehadiran penyanyi tambahan dan sentuhan muzik yang lebih besar. Dalam satu kenyataan eksklusif, Anto mendedahkan bahawa kali ini, mereka bercadang untuk memberikan sesuatu yang lebih spektakular kepada peminat.

“Kita ingin memberikan pengalaman yang lebih spektakular. Muzik akan lebih besar, jika dulu lebih intim namun kali muziknya lebih besar sesuai dengan loksainya” katanya.

Bagi penganjur Iman Tang dari Icon Entertainment pula, memberitahu setiap peminat yang hadir perlu mengikut tema pakaian graduasi yang ditetapkan. Pembelian tiket Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi) boleh dibeli menerusi www.ticket2u.com.my atau hubungi talian hotline di 012 6530 700 (WhatsApp).  Tiket akan mulai dijual pada 1 Mac 2024, Jumaat, 11 pagi.

Harga-harga tiket adalah seperti berikut:

  • SEJARAH RM228
  • PENDIDIKAN JASMANI RM288
  • SAINS RM328 SASTERA RM428
  • MATEMATIK RM588

Tiket akan mulai dijual pada 1 Mac 2024, Jumaat, 11 pagi.

Melly Goeslaw
https://lomp.at/f0xce
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

via AI Generated
LifeXplore

Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

by Farah Fatihah
January 18, 2026

Bila dengar nama negeri Selangor, ramai terus teringat "shopping mall" yang besar, jalan sesak dan suasana bandar yang sibuk. Tapi...

Read moreDetails
Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
Lokal

Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

by Naddy Joe
January 14, 2026

Pelakon, Adam Corrie membuat perkongsian di media sosial mengenai dirinya yang tidak menghantar anak lelakinya itu untuk belajar di sekolah...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

by Farah Fatihah
January 17, 2026

Kalau kalian nak tahu, untuk rasa suasana macam melihat "sakura Jepun", sebenarnya tak perlu pun pergi jauh sampai ke Jepun....

Read moreDetails
VIA X @PerlisPermai
LifeXplore

Masuk RM2 Jer! View Bukit Chabang Mari, Perlis Dah Macam Switzerland,

by Farah Fatihah
January 17, 2026

Bukit Chabang Mari merupakan salah satu tarikan pelancongan yang semakin mendapat perhatian di Perlis, terutamanya bagi mereka yang sukakan suasana...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

  2. 2

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  3. 3

    Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

  4. 4

    Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

  5. 5

    Masuk RM2 Jer! View Bukit Chabang Mari, Perlis Dah Macam Switzerland,

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore