Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Timbang Seni, Hasil Eksperimen Terbaru Benzooloo Ft. Sabbala

by Arsiqin Yusof
November 9, 2022
Share on Facebook

Selepas tampil dengan single SOLID bersama dua orang lagi rakan industri iaitu Areen dan Dan.El pada Jun lalu, Rapper Benzooloo terus merancakkan dunia muzik tanah air menerusi single terbarunya berjudul ‘Timbang Seni’. Bagi setiap penyanyi, sesuatu lagu yang dinyanyikan ataupun dicipta tentunya mempunyai keistimewaan
dan penceritaan tersendiri.

Ditulis Sendiri Bersama Sabbala

Menurut Benzooloo, 29, kali ini lagu Timbang Seni ditulis olehnya sendiri bersama Sabbala. Gambaran ketika mereka menulis lagu ini adalah ketika dalam keadaan mereka bersantai dan seronok dalam menghasilkan karya yang terbaik untuk industri muzik. Benzooloo juga menghargai dan sangat suka setiap momen yang di lalui bersama Sabbala.

Secara tidak langsung, lagu Timbang Seni ini juga mengambarkan perasaan yang seronok dan bahagia buat pendengar kerana bait liriknya mempunyai makna menarik dan tersendiri. Tambahan pula, lagu ini ditulis dengan Sabbala setelah sekian lama mereka tidak menulis lagu bersama, ia menambah makna dalam lagu terbaru itu.

“Setiap saat sepanjang penghasilan lagu ini adalah sangat istimewa bagi saya kerana saya sukakan rentaknya. Selain itu, lagu ini juga dihasilkan bersama Sabbala yang setelah sekian lama tidak menulis lagu bersama saya. Sample lagu pula, mempunyai unsur-unsur yang ‘gelap’ namun ada kerancakkan terutama pada rentaknya. Jadi, ia dapat mengambarkan perasaan kami dalam keadaan gembira pada ketika itu” katanya.

Lirik Lebih Pendek Dari Kebiasaan

Dalam pada itu, ramai yang mengenali anak kelahiran negeri di bawah bayu ini dengan penulisan lagu dengan lirik yang panjang. Namun single kali ini agak mencabar bagi Benzooloo kerana liriknya pendek dan bukan kebiasaan dirinya. Namun, itulah suatu kelainan, ringkas dan istimewa pada lagu ini.

“Antara cabaran saya lalui adalah dalam aspek penulisan. Selama ini saya terbiasa menulis lirik yang panjang. Kali ini, saya belajar untuk jadikannya lebih ringkas dan berseronok saja ketika menulis,” jelasnya.

Selain itu, antara fakta yang menarik untuk dikongsikan adalah tempoh penghasilan lagu. Walaupun Benzooloo dan Sabbala sudah lama tidak menulis lagu bersama, namun mereka berjaya menghasilkan lagu ini hanya dalam tempoh sebulan. Sudah pasti Benzooloo mengharapkan single Timbang Seni ini akan mendapat sambutan dari pendengar.

“Untuk tempoh penghasilan pula, kami mengambil masa selama sebulan untuk menyiapkan lagu ini daripada permulaan hinggalah proses terakhir.

“Saya sebenarnya sedang bereksperimen dengan aliran dan bunyian baru untuk dibawakan ke halwa telinga pendengar. Justeru, saya berharap agar orang ramai boleh menikmati dan menerima baik taruhan terbaru saya ini,” katanya menutup bicara.

Timbang Seni boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, JOOX Music, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

YouTube video
BenzoolooSabbalaTimbang Senu
https://lomp.at/ic8p4
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

via Instagram @zarazya
Lokal

Zara Zya Dedah Wajah Netizen Beri Komen Biadab-“Kesian Pada Diri Kamu..”

by Naddy Joe
January 7, 2026

Pelakon, Zara Zya tampil mendedahkan wajah salah seorang netizen yang memberikan komen biadab terhadapnya di media sosial, baru-baru ini. Dedah...

Read moreDetails
Lokal

Fazura Umum Bersara Dari Berlakon Drama-“Tapi Kalau Dari Segi Filem..”

by Naddy Joe
January 23, 2026

Pelakon, Fazura membuat pengumuman rasmi apabila dia membuat keputusan untuk mengundur diri daripada bidang lakonan khususnya penggambaran drama televisyen di...

Read moreDetails
Lokal

Chef Selebriti Tegur Netizen Menggeletis Mahu Pulang Awal Di Bulan Ramadhan, Undang Kritikan Netizen!

by Naddy Joe
February 20, 2026

Perkongsian salah seorang chef selebriti mengundang kecaman netizen selepas memuatnaik satu hantaran di media sosial, baru-baru ini. Menerusi hantaran chef...

Read moreDetails
Foto - @zendaya (IG)
Hollywood

Kenapa Zendaya Minta Aktres Seksi Ini Jaga Jarak Daripada Tom Holland?

by Nurul A.
January 30, 2026

Spekulasi mengenai kehidupan peribadi pasangan selebriti, Zendaya dan Tom Holland kembali mencuri perhatian ramai. Kali ini, khabar angin tersebut mengaitkan...

Read moreDetails
Spotlight

Islamik & Mendidik Jiwa, Jom Lihat 4 Drama Bersiri Sepanjang Ramadan Ini Di RTM

by Naddy Joe
February 21, 2026

RTM konsisten dalam memilih drama- drama berunsur Islamik dan kekeluargaan yang mendidik jiwa, terutamanya dalam menjalani ibadah puasa yang dituntut...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore