• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Tips

Tips Memilih Durian Yang Isi Banyak Dan Elok

by Jash Lee
June 13, 2020
178
KONGSIAN
Share on Facebook

Musim durian kembali lagi. Inilah masa yang dinanti-nanti oleh para penggemar raja buah ini. Akan ada banyak kedai tepi-tepi jalan yang akan menjualnya. Kalau musim durian masih baru dan permintaan semakin tinggi, biasanya harga raja buah ini pun akan lebih mahal. Tapi jangan pula ada yang terkena bila penjual mengambil kesempatan menjual buah yang belum masak sepenuhnya atau buah masak secara diperam. Sudah la harga mahal, kulit pula tebal jadi susah untuk lihat kondisi isinya macamana, Mesti rasa tak puas hati kan? Jadi disini kami ingin berkongsi dengan pembaca yang memang penggemar buah durian bagaimana cara nak pilih buah durian yang elok, isi yang banyak dan tak keras. Jom tengok!

1. Bentuk Buah Durian

via Pegipegi

Pastikan anda memilih buah durian yang bentuknya bulat. Ini kerana buah durian yang berbentuk bulat memiliki ulas yang tebal isinya berbanding dengan buah yang berbentuk lonjong dan senget. Isinya akan lebih kecil dan sedikit.

2. Tangkai Buah

via Maskulin

Pilih buah yang tangkainya pendek dan tebal, kerana ini menunjukkan buah durian tersebut mempunyai isi yang banyak dan tebal. Pastikan juga tangkainya kelihatan masih segar dan berwarna cerah dan itu menunjukkan buah itu masih baru. Elakkan buah yang bertangkai gelap dan kecut kerana besar kemungkinan buah itu telah lama gugur dan rasa buah juga sudah tidak segar. Ada juga yang mengatakan, buah durian yang baru jatuh diri pokok, mempunyai hujung tangkai yang sedikit bergerigi. Jika kelihatan seperti dipotong atau rata, itu bermakna buah tersebut dipetik sebelum gugur dan diperam sehingga masak.

3. Duri

via Rasa

Cara untuk memilih durian yang banyak isinya, manis dan masak sempurna ialah melalui durinya. Pilih buah durian yang mempunyai duri yang jarang, pendek dan agak tumpul.

4. Bau

via Soya Lemon Viral

Durian yang memiliki bau yang kuat menunjukkan isinya yang elok dan manis berbanding dengan durian yang tidak mempunyai bau. Durian yang tidak mempunyai bau ialah durian yang belum matang dan isinya akan berasa tawar.

5. Goncang Buah

Semasa memilih buah durian, angkat dahulu dan goncangkan sedikit. Jika ada bunyi seperti bergetar itu tandanya isi buah lebih elok dan banyak serta lebih manis. Jika sebaliknya atau berbunyi lebih kuat, itu bermakna buah masih belum cukup masak atau isinya keras kerana tidak melekat pada dinding kulit.

6. Pilih Durian 5 Pangsa

via alamcyber2020

Setiap buah durian mempunyai pangsa dan pangsa tersebut menunjukkan bahagian yang mempunyai isi. Sebaiknya pilihla durian yang mempunyai 5 pangsa kerana dipercayai isinya lebih banyak dan tebal berbanding durian yang mempunyai 6 pangsa atau lebih.

7. Elakkan Buah Yang Merekah

via Rasa

Buah durian yang merekah biasanya isinya kurang cantik kerana telah lama gugur. Berkemungkinan juga isinya akan menjadi masam. Durian yang merekah biasanya sesuai untuk dijadikan tempoyak. Seeloknya pilihlah durian yang belum merekah tapi jika merekah sikit-sikit dan masih tidak nampak isinya, itu menunjukkan buah tersebut masih elok.

8. Warna Dan Rasa Isi Durian 

via Maskulin

Minta penjual untuk belah durian yang dipilih supaya kita boleh tengok dan merasa isi durian tersebut. Kalau tak elok, boleh minta tukar yang baru.

9. Makan Di Kedai

Cara yang paling puas hati ialah dengan makan sahaj buah durian di kedai yang dibeli, memang puas hati. Kalau isinya tidak elok, anda boleh terus menukarnya dengan yang baru. Cara ini juga boleh mengelakkan dari ditipu penjual.

Harap perkongsian kali ini akan memberi manfaat dan berguna kepada anda. Bau durian dah menyusuk lubang hidung ni. Terliur pulak rasa. Jom beli durian dan jangan lupa tip yang kami kongsikan ini yang pastinya berbaloi buat kita.

musimdurian tipmemilihdurianyangelok isibanyaktebalmanis
https://lomp.at/ucti0
Share174Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Kesihatan

7 Petua Rawatan Untuk Luka Melecet Sembuh Dengan Cepat. Adakah Perlu Ditutup Atau Dibiar Terbuka?

by Jash Lee
December 19, 2020

Luka melecet biasanya tidak akan menyebabkan banyak pendarahan dan bersifat luka ringan sehingga ianya boleh sahaja dirawat sendiri di rumah....

Read moreDetails
Tips

5 Alasan Anda Tidak Perlu Ikut Semua Arahan Dari Senior atau Pegawai Atasan Di Pejabat

by Jash Lee
December 19, 2020

Ramai orang mengatakan bahawa untuk mencari pekerjaan yang baru bukanlah perkara yang mudah, apalagi dengan situasi yang melanda dunia sekarang...

Read moreDetails
Budaya

Petua Rahsia Daun Jambu Batu Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

by Jash Lee
July 18, 2020

Mungkin ramai yang sudah tahu akan manfaat daun jambu batu yang baik untuk kesihatan. Daun jambu batu biasanya digunakan sebagai...

Read moreDetails
Tips

12 Cara Mudah Dan Cepat Hilangkan Bau Kaki Dengan Bahan Semulajadi

by Jash Lee
November 28, 2020

Cara menghilangkan bau kaki boleh dilakukan dengan hanya menggunakan bahan semulajadi sahaja. Selain itu, anda juga dapat mengelakkan masalah bau...

Read moreDetails
Tips

2 Cara Mudah Dan Berkesan Untuk Bersihkan Kesan Darah Pada Pakaian

by Jash Lee
November 14, 2020

Terdapat beberapa jenis kesan kotoran yang biasanya akan terkena pada pakaian. Salah satunya adalah kesan darah yang kadang-kadang susah untuk...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    [VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore