• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Tips

Tips Tampil Bergaya Dengan Outfit Motif Plaid Yang Tidak Pernah Lapuk Ditelan Zaman

by Jash Lee
December 5, 2020
Share on Facebook

Salah satu style outfit yang paling popular dan digemari oleh semua lapisan umur ialah plaid design atau motif kotak-kotak. Memberi kesan effortless, corak seperti ini sesuai dikenakan sama ada oleh wanita ataupun lelaki. Motif kotak-kotak ini akan membuatkan penampilan anda kelihatan lebih segar, tidak membosankan dan tidak pernah lapuk ditelan zaman.

Untuk menjadikan outfit ini kelihatan lebih menarik dan pelbagai, disini kami akan memberi anda beberapa tip yang boleh anda mix & match dengan motif kotak-kotak yang dapat anda jadikan rujukan. Jom kita tengok!

Tampil Lebih Bergaya Dengan Kombinasi Plaid Shirt Bersama Skinny Jeans Dan High Boots

via outfitideashq.com

Kemeja kotak-kotak sangat sesuai dipadankan bersama skinny jeans. Untuk kelihatan lebih menarik dengan gaya yang lebih terserlah, anda boleh sarungkan bersama high boots.

Gabungan Plaid Blazer Bersama Curduroy Pant

via Pinterest

Gabungan ini yang menjadikan penampilan OOTD anda kelihatan lebih klasik dan sangat bergaya.

Plaid Long Outerwear Bersama Seluar Jeans Dan Turtleneck Shirt

via Pinterest

Kelihatan ringkas tetapi tampil lebih bergaya. Anda hanya perlu memasukkan baju ke dalam dan untuk kelihatan lebih menarik, gayakan dengan aksesori seperti tali pinggang atau rantai leher yang panjang.

Plaid Dress Bersama Topi

via albumip.com

Gaya ini membuatkan penampilan anda kelihatan lebih eksklusif dan cantik. Ia juga sesuai jika dipadankan bersama topi dan beg tangan hitam bagi melengkapkan OOTD anda. Sangat menarik!

Kemaja Kotak-Kotak Bersama Seluar Kargo

via instagram

Gabungan kemeja kotak-kotak bersama seluar kargo boleh menjadi alternatif yang sangat menarik. Dalam sekelip mata, anda akan kelihatan sangat bergaya dan gagah!

Plaid Skirt Bersama Baju Lengan Panjang

via fashiontasty.com

Gaya monokrom dengan plaid skirt yang sesuai dipadankan dengan baju lengan panjang yang kosong boleh menjadi satu padanan yang sangat menarik. Gabungan ini sangat sesuai lebih-lebih lagi untuk anda yang masih remaja, jadi tiada salahnya untuk lari daripada kebiasaan. Untuk kelihatan lebih menarik lagi, anda boleh tambahkan beg silang bersama jaket kulit.

Plaid Outerwear Warna Baby Blue Bersama Seluar Palazzo

via instagram

Jika mahu keluar bersantai, anda boleh padankan plaid outerwear dengan baju-T berwarna putih atau polos di bahagian dalam. Anda tidak perlu mengancing butang sebaliknya biarkan ia terbuka untuk kelihatan lebih ringkas dan kasual tetapi masih kelihatan menarik.

Plaid Jumpsuit Bersama Sniker

via ROMWE

Padanan overall atau jumpsuit ini sangat sesuai digayakan tidak kira untuk wanita ataupun lelaki. Malah gaya seperti ini cukup sesuai digayakan oleh golongan muda remaja dan lebih menarik lagi jika ia dipadankan bersama sniker putih atau but paras buku lali.

style tipfesyen plaiddesign outfitplid
https://lomp.at/3zr4g
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

LifeXplore

Travel Tempat Sejuk? Outfit Bundle Pun Boleh Nampak Macam Mahal

by Aisy
December 13, 2025

Musim cuti makin dekat, ramai sudah mula merancang percutian ke destinasi sejuk memandangkan negara yang mempunya empat musim bakal dilanda...

Read more
Tips

Tips Tampil Bergaya Dengan Outfit Motif Plaid Yang Tidak Pernah Lapuk Ditelan Zaman

Read more
by Jash Lee
December 5, 2020
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  2. 2

    KA Perkenal Sistem Tempahan Rembayung, Pemuda Beri Cadangan Supaya Tidak Ditipu Reseller

  3. 3

    5 Perkara Yang Kita Semua Boleh Belajar Dari Restoran Baharu Khairul Aming, Rembayung

  4. 4

    “Aku Syak Bapak Dia Letak Nama Ex-Ex Dia Sekali”- Nama Panjang Sampai Penuh Borang Cetus Spekulasi

  5. 5

    Tiga Beranak Slay Bawa Lagu ‘What’s Going On’, Di Putrajaya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore