Monday, August 18, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Kecantikan

5 Tips Kecantikan Daripada Wanita Turki, Rahsia Untuk Kekal Awet Muda!

by Soph Azz
July 17, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

70
KONGSIAN
Share on Facebook

Perasan tak kita selalu sangat mendengar tentang kecantikan wanita Korea, Rusia dan Thailand. Tetapi jarang pula kita dengar tentang kecantikan wanita Turki.

Secara peribadi, Miss Murai suka melihat wanita Turki kerana kecantikan mereka tidak boleh dipersoalkan. Sekali pandang memang boleh buat kita jatuh cinta!

Memiliki kulit wajah yang halus, hidung mancung, rambut ikal mayang serta mata yang galak; rupanya wanita Turki ini ada rahsia kecantikan mereka sendiri. Untuk dapatkan kulit wajah dan tubuh badan yang cantik, kebanyakan wanita Turki ini sering amalkan penggunaan bahan-bahan semula jadi seperti:

#1 Yogurt 

Di Turki, yogurt bukan sahaja digunakan sebagai campuran dalam makanan tetapi secara topikal juga.

Foto – The Herbal Spoon

Ada yang sapu terus ke kulit untuk dijadikan masker. Dan ada juga yang campurkan dengan jus lemon untuk haluskan kulit secara semula jadi.

#2 Air lavender

Sama seperti air mawar, air lavender ini sangat popular dan digunakan secara meluas untuk wanita Turki merawat kulit sensitif mereka. Kebiasaannya mereka akan sapu air lavender ini pada muka dan leher.

Foto – Melvita / Young Living

Selain boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka dan melecur, air lavender ini juga boleh disembur di tempat tidur untuk membuatkan kamu berasa lebih tenang dan tidur dengan lena.

#3 Turkish Hammam

Ritual dalam kalangan masyarakat Turki terutamanya wanita; Turkish Hamman atau mandian Turki ini adalah mandian yang membersihkan badan secara menyeluruh.

Foto – Travel Atelier

Mandian ini akan dilakukan di marmar tradisional yang menggunakan wap bagi melembutkan kulit. Kemudian badan akan digosok menggunakan tuala atau sarung tangan mandian untuk buang kulit mati di badan. Selepas badan digosok, diurut dan dibilas, kamu akan dipakaian losyen bagi mengekalkan kelembapan dan kelembutan kulit badan.

#4 Sabun semula jadi 

Percaya tak kalau Miss Murai katakan dari dulu sehingga sekarang, masih ada wanita Turki yang hasilkan dan menggunakan sabun yang dibuat secara semula jadi?

Foto – Swirlster

Kebanyakan wanita Turki akan hasilkan sabun semula jadi; diperbuat daripada ekstrak minyak zaitun dan minyak kelapa. Kemudian dicampurkan sama ada dengan lavender, sage, argan, susu kambing atau ros ikut ‘selera’ masing-masing.

#5 Prickly pear seed oil 

Mungkin ada yang tak pernah dengar tentang minyak ini, tetapi di Turki hampir setiap wanita menggunakannya kerana sifat anti penuaannya; menjadikan kulit lebih tegang dan awet muda.

Foto – Suki Suki Naturals / Pinterest

Kamu juga boleh gantikan prickly pear seed oil dengan minyak argan yang terkenal dengan kandungan Vitamin E dan fatty acid; melembapkan dan melembutkan kulit.

Mahu tak kamu cuba rahsia-rahsia kecantikan wanita Turki di atas?

rahsia kecantikan wanita turkitips kecantikan wanita turkiwanita turki
https://lomp.at/7bypf
Share28Tweet18SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!

  2. 2

    Anak Bongsu Rosyam Nor Curi Perhatian Netizen-“Bapak Mentua Ku”

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Rina Petah Nyanyi Lagu Melayu, Netizen Terhibur!-“Sumpah Ni Je Yang Tak Cringe..”

  4. 4

    MyLesen B2 JPJ Fasa 2: Rebut Peluang Ambil Lesen Motor Tanpa Bayar Satu Sen

  5. 5

    [VIDEO] Kekasih Ameera Khan Dikecam, Jefri Nichol Akui Makan Bab* Untuk Lawan Tinju

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem