Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

TMJ & Keluarga Tunai Umrah, Sempat Bertemu Legenda Ragbi Sonny Bill Williams di Masjidil Haram, Makkah

by Phic ARMAN
January 30, 2026
39
KONGSIAN
Share on Facebook

Suasana penuh ketenangan dan keinsafan menyelubungi Tanah Suci apabila beberapa foto yang dikongsikan di Facebook memperlihatkan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, bersama Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor, serta paduka anakanda, selamat menunaikan ibadah umrah.

Rangkaian gambar tersebut nyata menyentuh hati ramai. Jauh daripada suasana protokol dan kemewahan, keluarga diraja Johor dilihat sederhana, tenang dan fokus beribadah. Antara momen yang paling mencuri perhatian adalah detik peribadi apabila baginda sekeluarga berpeluang mencium Hajar Aswad, satu pengalaman yang amat  bermakna bagi setiap umat Islam. Dalam foto baginda berjalan sambil diiringi pegawai keselematan di sana menuju ke kaabah.

Lebih indah, beberapa foto turut merakamkan suasana ibadah yang penuh khusyuk, wajah-wajah yang tenang, langkah perlahan mengelilingi Kaabah, serta kebersamaan keluarga yang jelas terpancar. Aura di Tanah Suci itu seakan dapat dirasai hanya melalui visual, cukup untuk membuatkan hati terasa sebak.

Menariknya, dalam perkongsian sama itu, DYAM Tunku Mahkota Ismail turut memuat naik satu momen santai namun signifikan apabila baginda berselfie bersama legenda ragbi dunia, Sonny Bill Williams, bekas pemain terkenal pasukan All Blacks dari New Zealand. Pertemuan tersebut berlaku secara tidak formal di Tanah Suci, jauh daripada sorotan dunia sukan mahupun istana, namun tetap sarat dengan makna tersendiri.

Untuk rekod, Sonny Bill Williams bukan sekadar ikon ragbi dunia, malah beliau juga seorang mualaf yang sering berkongsi perjalanan spiritualnya secara terbuka. Justeru, pertemuan dua figura berprofil tinggi ini di bumi suci Makkah dilihat bukan sekadar kebetulan, tetapi satu pertemuan yang menyatukan latar belakang berbeza atas nilai yang sama, keimanan, kerendahan diri dan pencarian makna hidup.

Raja Zarith Sofiah Dedah TMJ Pernah Tak Mahu Pergi Tadika, Ketagih FIFA & Playstation Sejak Kecil

Kebanyakan komen menzahirkan rasa syukur, kagum dengan kerendahan hati baginda sekeluarga, dan mendoakan kesejahteraan mereka. Sesungguhnya, momen ini bukan sahaja menyentuh hati rakyat Johor, tetapi juga mengingatkan semua tentang nilai keinsafan, kekeluargaan dan kepentingan menunaikan ibadah dengan penuh keikhlasan. Alhamdulilah.

KhaleedaTmj
https://lomp.at/rczk3
Share16Tweet10SendShare

KINI TRENDING

Insentif

SARA Bulanan Kini Sudah Mula Dikreditkan Ke Dalam Mykad

by Ayu Kamaruddin
March 2, 2026

Berita yang dinanti akhirnya tiba, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan kini sudah mula dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima yang...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Isu KLSCM Haram, Tapi Ramai Tetap Join. Apa Cerita Sebenarnya?

by Phic ARMAN
March 3, 2026

Kalau scroll laman threads sekarang, isu tentang hukum penyertaan KLSCM atau  Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon memang tengah panas dibincangkan....

Read moreDetails
via Imagefx
Sosial Buzz

Lampu Berkelip & Bau Hangit Tengah Malam, Rupanya Fius Terbakar – Tindakan Pantas Selamatkan Keadaan

by Naja Nix
February 25, 2026

Satu perkongsian di Thread baru-baru ini mengundang perhatian ramai apabila seorang wanita berkongsi detik cemas yang berlaku di rumahnya sekitar...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Hospital Sultanah Aminah Jadi ‘Sasaran’ Mercun, Tunku Idris Bersuara Di Threads

by Phic ARMAN
March 9, 2026

MURAI perasan sejak kebelakangan ini, ada satu isu yang buat ramai warganet menggeleng kepala. Mana tidaknya, kawasan hospital yang sepatutnya...

Read moreDetails
Insentif

Cadangan Umur Baru Pra Sekolah & Tahun 1: Apa Implikasinya Kepada Ibu Bapa?

by Ayu Kamaruddin
January 21, 2026

Sistem pendidikan negara bakal memasuki fasa baharu apabila pendidikan prasekolah akan bermula seawal usia lima tahun, manakala kemasukan ke Tahun...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara