Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Insentif

Cadangan Umur Baru Pra Sekolah & Tahun 1: Apa Implikasinya Kepada Ibu Bapa?

by Ayu Kamaruddin
January 21, 2026
15
KONGSIAN
Share on Facebook

Sistem pendidikan negara bakal memasuki fasa baharu apabila pendidikan prasekolah akan bermula seawal usia lima tahun, manakala kemasukan ke Tahun Satu pula pada usia enam tahun bermula tahun depan.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035, namun beliau menegaskan perubahan itu belum diwajibkan sepenuhnya.

Ini bermakna, ibu bapa masih diberi ruang membuat pilihan mengikut tahap kesediaan anak masing-masing.

Belum Wajib, Tapi Digalakkan

Menurut Anwar, walaupun kerajaan menetapkan hala tuju baharu sistem pendidikan, kemasukan Tahun Satu pada usia tujuh tahun masih dibenarkan buat masa ini.

“Maknanya mulai tahun depan, (biarpun) kita belum bersedia mewajibkan kerana mungkin ada ibu bapa yang rasa anak-anaknya belum bersedia, (maka) kita tetapkan masih boleh masuk Tahun Satu (pada usia) tujuh tahun.

“Tetapi kita galakkan ibu bapa yang bersedia daripada sekarang, supaya anak-anak umur lima tahun masuk prasekolah.”

Pendekatan ini dilihat lebih fleksibel dan mengambil kira perbezaan tahap perkembangan kanak-kanak.

Sistem Prasekolah Diselaraskan KPM

Dalam pada itu, Anwar memaklumkan keseluruhan sistem prasekolah negara kini berada di bawah penyelarasan Kementerian Pendidikan (KPM).

“Prasekolah sekarang ini kita beri tumpuan, seluruh sistem prasekolah itu kita sudah minta Kementerian Pendidikan (KPM) ambil alih dan selaraskan,” katanya.

Via Jurnal Laporan Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia/ penerbitan-jurnal-dan-laporan/rancangan-pendidikan-tinggi-malaysia

Langkah ini bertujuan memastikan kualiti, silibus dan persekitaran pembelajaran lebih seragam di seluruh negara.

Arahan ‘Fast Track’ Untuk Kementerian

Anwar turut menegaskan persiapan perlu dilakukan segera, termasuk dari segi kemudahan asas dan sokongan kewangan.

“Sebab itu saya arah mulai sekarang hal yang diumumkan itu (memerlukan) tindakan cepat dan segera oleh kementerian dan Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi untuk pastikan kemudahan asas itu ditambah.

“Semua ‘fast track’ kerana negara ini mampu menjadi negara yang berjaya,” katanya.

Bila pendidikan awal mula diberi perhatian serius, ini bukan sekadar soal umur masuk sekolah tapi tentang asas pembentukan minda anak-anak Malaysia. Fleksibel, tak memaksa, tapi jelas hala tuju. Yang penting, ibu bapa ada masa untuk bersedia.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035Pra sekolah 5 tahuntahun 1 bermula 6 tahun
Share6Tweet4SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Ramai Tak Tahu, Waris Boleh Tuntut Khairat Kematian RM1,000 Jika Penerima STR Meninggal Dunia

by Phic ARMAN
August 27, 2026

Bila bercakap tentang bantuan kerajaan, ramai mungkin lebih familiar dengan STR atau SARA. Tapi tahukah anda, ada satu lagi bantuan...

Read moreDetails
Insentif

Modal Seawal 12 Hari, PUNB Sedia Dana RM80 Juta Untuk PKS Bumiputera

by Phic ARMAN
July 30, 2026

Kalau ada satu perkara yang sering menjadi cabaran usahawan, mestilah soal modal. Faham perkara itu, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)...

Read moreDetails
Insentif

Cari Kerja Sambil Berhibur? Khai Bahar Bakal Gegarkan Kuantan & Lebih 500 Peluang Kerja Menanti

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Kalau anda ingat Karnival Kerjaya cuma tempat berjalan dari satu booth ke satu booth sambil pegang resume, kali ini lain...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lebih 300,000 Tonton Aksi Shila Amzah Di China, Tapi Kisah Di Sebaliknya Lagi Menarik

  2. 2

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  3. 3

    Dari Nasi Lemak Ke Sambal Petai, Village Park Buka ‘Chapter’ Baharu Selepas 24 Tahun

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara