• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Tom Sebak, Terus Berjuang Demi Anak-Anak

Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9), Tom akui tidak sekuat seperti yang dilihat oleh ramai peminatnya.

by Khai Azfar
October 4, 2022
Share on Facebook

Menurut Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram, hatinya mudah tersentuh terutama mengenang perjalanan kehidupannya sebelum ini dalam membesarkan anak-anak sebagai seorang ibu tunggal.

“Sebenarnya ada masa saya tidak kuat dan menangis menyembah bumi. Bila saya dah buat kemunculan semulq kadangkala pengalaman pahit terdahulu muncul kembali dan benda itu kita tidak boleh lari.

Kehidupan saya kini gembira bersama anak-anak,” kata Tom

Mengulas kedudukannya pada minggu yang berada di kedudukan kedua tercorot, jelas Tom dia telah hilang fokus dan tidak menolak ia sebagai salah satu punca gagal memberikan persembahannya yang terbaik.

Namun begitu, pelantun Lagu Untuk Kuala Lumpur ini enggan menyerah kalah dan akan redha sekiranya ditakdirnya tidak mempunyai rezeki di dalam program realiti itu. Jelasnya, dia akan sentiasa mencari peluang yang terbaik demi membesarkan anak-anak yang tercinta.

“Setakat ini saya tak rancang lagi sebab minggu ini pun saya dah kedudukan bawah.

“Saya buat semua ini demi anak dan saya tak pasti sama ada minggu depan saya masih terselamat atau tidak.

“Mungkin sebelum ini saya hilang fokus dan minggu depan saya kena buat betul-betul tiada lagi ruang untuk buat kesilapan.

“Kalau tiada rezeki saya disini mungkin akan ada rezeki lain menanti di luar sana. Jika tidak, saya akan kembali menyanyi di kelab. Saya memang enggan lagi menyanyi di kelab tetapi kita tidak tahu lagi bagaimana hari yang akan datang,” katanya lagi

Tambah Tom, dia sangat bersyukur kerana penyertaannya di dalam GV9 membuka banyak peluang selain berpeluang untuk mengubat rindu peminat-peminatnya terdahulu.

Menyimpan hasrat untuk bertemu dengan anak sulungnya suatu hari nanti yang kini berada di bawah jagaan bekas suami, menurut Tom dia juga ingin menemukan dua lagi anaknya itu dengan abang mereka.

“Jika diizinkan dan mempunyai rezeki saya ingin bawa anak-anak saya bertemu dengan seorang lagi anak saya, Adam.

“Mama sayang sangat dekat Adam. Mama buat ini bukan untuk sahaja untuk Adlers dan Evans tetapi untuk Adam juga. Harap kita dapat jumpa suatu hari nanti dan dapat cium sayang sikit.

Mama tak nak rampas Adam daripada sesiapa pun, nak peluk dan sayang saja dan nak bagi jumpa adik-adik.” luah Tom sebak

Untuk rekod, Tom memperoleh markah kedua terendah sebanyak 55.50 di belakang Pat Candy dengan jumlah 56.70.

Manakala, Haida Hasnan menjadi peserta kedua yang tersingkir dari program realiti itu apabila hanya mendapat markah sebanyak 53.40.

Raja Farah Afzal Raja IkramTom Gegar Vaganza
https://lomp.at/j7s4d
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

via AI Generated
LifeXplore

Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

by Farah Fatihah
January 17, 2026

Kalau kalian nak tahu, untuk rasa suasana macam melihat "sakura Jepun", sebenarnya tak perlu pun pergi jauh sampai ke Jepun....

Read moreDetails
Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

by Farah Fatihah
January 18, 2026

Bila dengar nama negeri Selangor, ramai terus teringat "shopping mall" yang besar, jalan sesak dan suasana bandar yang sibuk. Tapi...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

by Iffah Najwa
January 14, 2026

Satu perkongsian di Reddit baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila seorang pengguna mendakwa menemui serpihan seperti logam di dalam makanan...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Taman Botani Shah Alam: Ini 9 Aktiviti & Spot Unik Yang Anda Wajib Singgah

by Farah Fatihah
January 11, 2026

Taman Botani Shah Alam merupakan salah satu destinasi rekreasi yang popular di Selangor. Terletak di tengah bandar, taman ini menawarkan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

  2. 2

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

  3. 3

    “Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

  4. 4

    Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

  5. 5

    Taman Botani Shah Alam: Ini 9 Aktiviti & Spot Unik Yang Anda Wajib Singgah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore