Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes

Traveloka Malaysia Melancarkan Pesta Percutian Antarabangsa di Sunway Pyramid & One Utama

by Phic ARMAN
March 16, 2023
Share on Facebook

Kebanyakan sempadan negara di seluruh dunia sudah dibuka, pasti ramai rakyat Malaysia kini sudah tidak sabar lagi untuk melancong ke luar negara!

Mengambil peluang keemasan ini dan bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat, Traveloka Malaysia telah melancarkan Pesta Percutian Antarabangsa juga dikenali sebagai International Travel Fiesta (ITF) yang akan berlangsung dari 15 Mac – 26 Mac 2023.

View this post on Instagram

A post shared by Traveloka Malaysia (@traveloka.my)

Bagi menghangatkan lagi suasana pesta yang dilangsungkan, Traveloka Malaysia bakal membawakan tawaran hebat kepada pelanggan bagi meningkatkan jualan di pesta percutian ini. Malahan, selain pelbagai tawaran menarik, pelanggan juga boleh mendapatkan pilihan tambang istimewa daripada pelbagai syarikat penerbangan terutamanya bagi destinasi antarabangsa yang tersedia di Traveloka.

“Kami melihat peningkatan dalam bilangan pelanggan sebagai satu yang amat menggalakkan dan Traveloka tidak sabar untuk memenuhi permintaan mereka dalam mendapatkan tawaran terbaik untuk percutian atau pelancongan masa akan datang daripada syarikat penerbangan yang mengambil bahagian dalam ITF,” ujar Iko Putera, Ketua Pegawai Eksekutif Pengangkutan, Traveloka. Tambah beliau, “Buat masa ini kami telah menerima permintaan tinggi daripada rakyat Malaysia yang tidak sabar untuk mendapatkan tawaran terbaik bagi kedua-dua perjalanan domestik dan antarabangsa.”

Traveloka akan terus mengukuhkan kedudukannya sebagai platform pelancongan terkemuka di Asia Tenggara yang menyediakan tawaran terbaik dan pengalaman pelanggan yang luar biasa melalui rangkaian perkhidmatan yang menyeluruh. Pelanggan boleh melawati tapak gerai Traveloka di Pusat Beli-belah One Utama dari 15 hingga 19 Mac 2023 dan Pusat Beli-belah Sunway Pyramid pada 24 hingga 26 Mac untuk berpeluang memenangi hadiah menarik serta cabutan bertuah. Tambahan, mulai 17 Mac 2023, lawati laman web Traveloka untuk menemukan tawaran perjalanan yang tiada tandingannya!

“Sebagai rakan kongsi syarikat penerbangan Traveloka sepanjang Pesta Percutian Antarabangsa 2023, kami menawarkan pelanggan peluang untuk meneroka destinasi yang hebat, mengembara ke tempat menarik dan melancong ke lebih banyak destinasi bersama keluarga dan orang tersayang. Apa sahaja destinasi yang dipilih, kami ingin memberi jaminan kepada penumpang bahawa kami komited ke arah menyediakan pengalaman perjalanan yang selamat, lancar dan selesa,” ulas Ahmad Luqman Mohd Azmi, Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan, Malaysia Aviation Group.

Meskipun tawaran syarikat penerbangan akan menjadi tumpuan utama, terdapat juga tawaran untuk hotel dan pelbagai aktiviti pengalaman tempatan menarik. Pengembara tegar boleh mendapatkan kupon harian yang bakal ditawarkan oleh Traveloka yang hadir dengan diskaun lumayan bagi destinasi antarabangsa individu yang popular dalam kalangan pelancong seperti Jepun, Korea Selatan, Indonesia, Australia, Taiwan dan Thailand.

Seperti ITF pada tahun sebelumnya, ganjaran individu dalam bentuk lebih penjimatan dan promosi lumayan akan diberikan menerusi cabaran media sosial yang akan diumumkan menerusi akaun Facebook dan Instagram rasmi Traveloka Malaysia, bagi peluang memenangi hadiah yang menarik.

Menerusi jumlah carian pelancongan bagi destinasi luar negara, keadaan kini kembali menjadi normal dengan aktiviti pelancongan menjadi sesuatu yang amat dinanti-nantikan. Percutian kini menjadi lebih mudah – kemas sahaja barang keperluan, beli tiket percutian dan nikmatilah percutian anda – oleh itu Traveloka ingin menjadi yang pertama untuk menyokong pelanggan kami bagi memastikan setiap rancangan pelancongan anda tercapai. Nikmatilah hidup anda dengan cara anda!

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.traveloka.com/en-my/

travelokatraveloka malaysia
https://lomp.at/imqzf
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Korporat

Ramai Terkejut! ShopeePay Kini Miliki Limit Tertinggi RM30,000

by Phic ARMAN
January 25, 2026

MURAI baru sahaja menerima satu berita yang cukup menggembirakan buat geng pengguna tegar ShopeePay. Platform dompet digital itu kini meningkatkan...

Read moreDetails
Bisnes

Aleeya Avenys Buka Cerita Mengapa Kini Fokus Jadi Tauke Berlian

by Phic ARMAN
February 23, 2026

Kalau dilihat hari ini, nama Aleeya Avenys bukan sekadar dikenali sebagai usahawan kosmetik dan pempengaruh media sosial. Kini, ibu kepada...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Vietjet Hidupkan Semula SkyBoss, 3 Sebab Kaki Travel Akan Rasa “Ini Berbaloi”

by Phic ARMAN
January 6, 2026

Bagi mereka yang kerap terbang, pengalaman perjalanan lama-kelamaan mengajar satu perkara penting.  Bukan semua penerbangan tentang sampai cepat. Ada masanya,...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

“Hometown Jungkook BTS”- AirAsia Terbang Semula Ke Busan & Ini Sebab Kenapa Laluan Ini Penting

by Phic ARMAN
January 12, 2026

Kalau sebut Busan, ramai yang terbayang pantai cantik, udara segar dan vibe bandar pesisir yang sentiasa hidup. Dan kini, berita...

Read moreDetails
Hotel

Tak Payah Terbang! Rasa Yogyakarta Datang Terus Ke Penang Marriott Hotel

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Ada satu benda MURAI percaya… kalau bau rempah dah sampai dulu sebelum kita nampak makanan, confirm malam itu tak akan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore