Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Trend Skincare Yang Bakal Jadi Hit Pada 2023, Salah Satunya…

by Soph Azz
January 4, 2023
Foto - Lifestyle Asia HK

Foto - Lifestyle Asia HK

Share on Facebook

Psst… Beauty junkies mesti tak sabar kan nak tahu apa trend skincare pada tahun 2023 ini kan? Selepas selidik dan lakukan sedikit ‘homework’; Miss Murai dapati banyak produk skincare dengan inovasi baru serta hebat akan dikeluarkan tak lama lagi!

Sama seperti sebelum ini, akan ada lebih ramai wanita mula menitikberatkan penjagaan kulit mereka memandangkan ramai yang gemar mengenakan produk mekap yang minimal.

Dan seperti apa yang diramalkan, Miss Murai ada beberapa trend dan bahan skincare yang akan menjadi hit pada tahun ini. Nak tahu, baca di bawah…

Trend skin barrier 

Foto – Demure Dermatology

Ramai yang tahu untuk mendapatkan kulit yang flawless, bersih dan sihat mestilah bermula dengan merawat skin barrier. Skin barrier adalah penting dan kalau ianya terganggu atau rosak, keadaan kulit akan boleh jadi lebih teruk seperti ekzema, psoriasis, rosacea dan jerawat.

Dan bahan yang paling sesuai untuk merawat skin barrier adalah ceramide dan juga hyaluronic acid.

Skincare mircobiome 

Berdasarkan sumber, inovasi skincare yang terbaik dan sedang popular kini adalah microbiome, yang berfokuskan pada bakteria baik pada kulit. Kalau kamu nak tahu, microbiome ini sangat penting kerana kesimbangannya dalam kulit boleh menyokong kesihatan dan menguatkan skin barrier dengan lebih berkesan.

Niacinamide & retinol

Kalau rasa belum jumpa produk terbaik untuk rutin skincare kamu, boleh bermula dengan niacinamide. Bahan ini adalah bahan serba boleh iaitu mencerahkan, mengawal pengeluaran minyak dan menghalang kemerahan di wajah.

Foto – Pure Wow / Kiehl’s

Ramai yang tahu bahawa retinol (Vitamin A) ini memiliki banyak kebaikan untuk kulit. Bermula daripada anti-aging, penggantian sel kulit hingga ke penampilan kulit yang cerah dan sihat. Psst… Akan ada juga orang mencari pengganti retinol iaitu bakuchiol, memandangkan bahan ini lebih kurang risiko kerengsaannya.

Fenomena skin-minimalism 

Foto – Pop Sugar

Disebabkan adanya trend skincare Korea yang melibatkan 9-12 langkah, trend skin-minimalism bakal muncul pada tahun 2023. Menurut sumber, trend ini menggunakan teknik skincare yang sedikit sekitar 4 teknik sahaja. Bermula daripada pengelupasan, retinol, pemulihan dan ulang semula.

Sebelum ikuti trend di atas, pastikan kamu lakukan homework untuk pastikan ia sesuai atau tidak dengan kulit kamu okay?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
produk penjagaan wajah bestskincare 2023trend skincare 2023
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  4. 4

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  5. 5

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara