Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Triumph Flex Smart SS2023: Raikan Wanita Melalui Versatiliti, Pilihan, Kebebasan

by Lisa Ghani
April 13, 2023
Foto - Triumph

Foto - Triumph

Share on Facebook

Triumph memperkenalkan Flex Smart, koleksi Musim Bunga/Panas 2023 yang baru. Kelainan koleksi ini, Flex Smart berkisar tentang diri kamu sebagai seorang wanita individu dengan fikiran, perasaan dan keperluan harian sendiri. Ia meraikan setiap individu wanita melalui versatiliti, pilihan serta kebebasan.

Flex Smart menonjolkan gaya hibrid yang serba boleh dan serasi dengan setiap keperluan unik kamu, seiring dengan perubahan bentuk badan dan kehidupan kamu.

Foto – Triumph

Keselesaan menjadi taruhan rangkaian ini menerusi bandeau top yang mengikut pergerakan badan. Ia sesuai dijadikan persalinan ‘inner’ mahupun ‘outer’ mengikut citarasa kamu. Malah, boleh dipakai dengan atau tanpa tali bra. Bra multi-fungsi ini diperbuat daripada fabrik regangan yang lembut supaya ia tidak mengekang pergerakan kamu dalam apa jua aktiviti harian.

Koleksi ini turut menampilkan seluar dalam High Leg Brief dengan reka bentuk ergonomik yang bukan saja lembut dan ringan malah menyerlahkan potongan badan semula jadi kamu.

Foto – Triumph

Apa jua yang kamu rasai, saat kamu bekas bertenaga atau ketika rasa terbeban sekalipun, Triumph menghasilkan rangkaian ini untuk sentiasa memberi kamu sokongan mengikut perubahan emosi mahupun tubuh.

Triumph juga mengumumkan kolaborasinya dengan WILDEHOUSE sempena kempen SS23. WILDEHOUSE memfokuskan pada keunikan siri individu wanita. Rekaannya menyerlahkan keunikan si pemakai membolehkan ia dipakai ke mana-mana saja, dalam rumah mahupun luar. Kamu boleh menggayakan koleksi yang berwarna-warni lagi ‘garang’ dengan senang hati.

Foto – Triumph
Foto – Triumph

Nak beli, Triumph Flex Smart SS23 dijual pada harga RM89.90. Lihat rangkaian penuh di www.my.triumph.com atau kunjungi butik Triumph berhampiran kamu.

pakaian dalam triumphtriumph flex smart
https://lomp.at/9shy8
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - PUMA x Pokémon
Fesyen

Teroka Ke Dunia Lain Dengan Kolaborasi PUMA X Pokémon

by Nurul A.
April 7, 2026

PUMA bekerjasama dengan Pokémon, untuk meraikan 30 tahun francais hiburan global. Meneroka "Into Another World," visual kempen ini menghubungkan dunia...

Read moreDetails
Foto - UNIQLO
Fesyen

Raya Bersama UNIQLO dengan Rekaan Sulaman Eksklusif Azreen Chan

by Nurul A.
March 8, 2026

Peruncit pakaian global UNIQLO memperkenalkan koleksi sulaman Raya edisi terhad dengan kerjasama ilustrator tempatan yang sedang meningkat naik, Azreen Chan....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

  4. 4

    Pesta Songkran Di Petaling Jaya Cetus Tanda Tanya, Kelakuan Pengunjung Tak Senonoh- “Bau Arak Bacin”

  5. 5

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara