Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Tuah Adzmi Luah Rasa Kecewa Kerana COVID-19

by Khai Azfar
April 9, 2020
Share on Facebook

Harapan penyanyi dan komposer muda, Tuah Adzmi untuk melancarkan single terbaru bersama muzik video secara serentak kini hanya tinggal impian.

Pelancaran Lagu Ditangguhkan 

Ini berikutan penularan wabak COVID-19 yang melanda negara membuatkan impiannya itu terpaksa ditangguhkan sekaligus membuatkan penyanyi berusia 22 tahun ini berasa kecewa. Difahamkan, Tuah atau nama sebenarnya Arumi Nafis Bin Mohd Adzmi selesai merakamkan single keduanya bersama FMC Music pada Februari lalu. Malah pihak pengurusan telah bercadang untuk menyiapkan muzik video pada bulan Mac agar dapat dilancarkan serentak di laman YouTube FMC Music yang dijadualkan pada hari ini ( 09 April 2020).

Anggap Ada Hikmah 

Namun takdir telah menetapkan sebaliknya, single yang berjudul “KECEWA” ciptaan sepenuhnya oleh Tuah ini hanya dapat dilancarkan di YouTube dalam bentuk lirik video sahaja. Bagaimanapun, Tuah tidak menyalahkan situasi dan masih bersyukur kerana beranggapan ada hikmah yang besar buat single terbarunya ini.

Namun, akui penyanyi kelahiran Kuala Lumpur ini dia berdebar dan bimbang mengenai penerimaan single ‘Kecewa’ oleh peminat dan menandingi single popularnya sebelum ini, ‘Insan Kau Cinta’ yang telah berjaya mencatatkan 6.8 juta penonton di laman YouTube sekaligus membuat nama Tuah semakin dikenali.

Masih mengekalkan genre muzik balada, Tuah telah mengekspresikan segala rasa di dalam lagu ini bagi memastikan single kali ini lebih mempunyai “soul” dan dapat melekap dihati pendengar.

“Sebagai penyanyi dan pencipta lagu ini, Pastinya saya meletakkan harapan yang luar biasa. Kerana ini merupakan cabaran besar bagi pencipta muda seperti saya. Adakah lagu ciptaan saya diterima? Dan dimana arah tuju dan kedudukan saya dalam industri hiburan di masa akan datang” katanya

Sebagai info, single pertama bersama FMC Music, ‘Insan Kau Cinta’ juga merupakan ciptaan Tuah sepenuhnya. Sebelum menyertai FMC Music, Tuah pernah tular dengan lagu ciptaanya Air Mata Rindu yang mendapat 9.8 juta tontonan di YouTube sekitar tahun 2018.Penyanyi ini mula mencipta lagu sendiri sedari umur 16 tahun dan berjinak sebagai seorang Youtuber semenjak usia 15 tahun.

YouTube video

Bercakap tentang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Tuah berharap agar semua peminat dan masyarakat Malaysia mematuhi arahan yang ditetapkan kerana kesannya mengingkari arahan tersebut akan membuatkan tempoh PKP ini berlanjutan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Tuah Adzmi
Share7Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara