• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Tuah Datang Bertubi-Tubi Kepada Orang Yang Sabar Dan Berusaha, Bell Ngasri Terima Mini Cooper RM200,000

by Puteri Alia
July 31, 2023
Share on Facebook

Allah SWT tidak  akan  menutup  rezeki  bagi  umatnya  yang  telah bersungguh-sungguh  berusaha  serta  berdoa  demi  mendapatkan  rezeki  dari-Nya. Dan Allah  akan  memberikan yang  setimpal  dengan apa  yang  telah  diusahakan.

Sebanyak  mana  rezeki  yang  kita  peroleh,  hendaklah  kita sentiasa  mensyukurinya.  Ini  kerana  dengan banyak bersyukur, Allah  akan  menambahkan  nikmat  itu  berkali ganda  kepada kita.

Berbahas soal ini, memetik laporan berita, bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Paling Popular BH (ABPBH) Ke-35, Bell Ngasri, 43, menerima hadiah kereta jenis Mini Cooper Clubman S sumbangan pengedar kenderaan import milik Bumiputera, di Jalan Ampang hari ini.

Kereta bernilai kira-kira RM200,000 itu diserahkan kepada Bell oleh Penyampai Hot FM, Khairy Jamaluddin atau KJ dengan disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) DTC Motors, Afendy Wahid.

Yang turut hadir Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP), Datuk Ahmad Zaini Kamaruzaman dan Pengarah ABPBH 35 merangkap Pengarang Berita Hiburan BH, Shamshul Azree Samshir.

Mengulas hadiah yang diterimanya itu, Bell atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri berkata beliau tidak menyangka akan menerima hadiah sebesar itu.

“Saya langsung tidak sangka akan dapat kereta kerana hadiah yang saya terima iaitu Bintang Paling Popular itu sudah cukup besar buat saya.

“Walaupun ada yang mempersoalkan kenapa saya tak dapat hadiah kereta seperti yang pernah diterima pemenang terdahulu, saya tak pernah ambil peduli pun kata-kata seperti itu.

“Apabila saya diberitahu ada pihak hendak hadiahkan kereta, saya terima sahaja kereta apa yang mereka nak beri. Kereta kancil pun saya terima.

“Alhamdulillah, saya sangat suka dengan kereta ini kerana menepati cita rasa, selain menjadi kereta idaman saya dan isteri,” katanya ketika pada sidang media selepas acara penyerahan kereta itu di sini, hari ini.

Pada 24 Julai lalu, melalui segmen Bekpes Hot dikendalikan penyampai stesen radio Hot FM iaitu KJ, Johan, Fara Fauzana dan AG, Afendy menyatakan kesudian menghadiahkan Bell sebuah kenderaan sebagai sumbangan peribadi atas kejayaan beliau merangkul trofi Bintang Paling Popular.

Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup: Legenda Klasik Kembali Menggamit Nostalgia

Pada malam kemuncak ABPBH 35 bertemakan Ekspresi Legasi Seni pada 21 Julai lalu, Bell diumum Bintang Paling Popular menewaskan pemenang daripada 11 kategori utama lain.

Terdahulu, pada acara berprestij yang disiarkan secara langsung dari Panggung Sari, Istana Budaya (IB) oleh TV3 dan strim ‘live’ di Tonton, Bell atau nama sebenar, Nasrizal Ngasri diumum Artis Komedi Popular.

Bell yang mula berlakon sejak 1986, menewaskan Zizan Razak, Johan, Jaa Suzuran dan Syahmi Sazli dalam kategori itu.

bell ngasri
https://lomp.at/59kxx
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Netizen Puji Lihat Tok Ram Bawa Anak Perempuannya Ke Pantai

by Noah Ab
October 1, 2025

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Tok Ram yang membawa anak perempuannya iaitu Izzara bercuti di salah satu pantai...

Read more
Lokal

Ardell Trauma Lepas Ditumbuk Tentera Israel, Nadzmi Adhwa Mohon Isterinya Jangan Diganggu Buat Masa Ini

Masih dalam fasa pemulihan selepas pulang daripada misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), pelakon Nadzmi Adhwa memohon agar orang ramai...

Read more
by Puteri Alia
October 13, 2025
Lokal

[VIDEO] Salama Menari Lagu ‘KPop Demon Hunters’, Netizen Terhibur!-“Akai Jenuh..”

Baru-baru ini tular satu video yang memaparkan telatah comel anak pasangan selebriti, Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam yang mencuri perhatian...

Read more
by Naddy Joe
September 25, 2025
Screenshot
Lokal

Nadzmi Adhwa Dedah Kekejaman ‘Israhell’ Terhadap Ardell-“Bahu Dia Koyak!..”

Pelakon dan suami kepada salah seorang aktivis GSF, Ardell Aryana iaitu Nadzmi Adhwa meluahkan rasa berang terhadap tindakan kejam Israhell...

Read more
by Naddy Joe
October 6, 2025
Lokal

Shukri Yahaya Tenang Isteri Dikecam, Anggap Hanya 10 Peratus Pertikai Pakaian Sukan Muslimah

Pelakon popular, Shukri Yahaya memilih untuk tidak melayan kutukan segelintir netizen yang mempertikai pakaian sukan Muslimah rekaan isterinya, Tya Adnan....

Read more
by Puteri Alia
September 29, 2025
Lokal

[VIDEO] Ayah Amira Othman Hadiahkan Alunan Piano Di Majlis Resepsi Perkahwinannya..

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan bapa kepada Amira Othman yang bermain piano semasa di majlis resepsi perkahwinan Amira...

Read more
by Noah Ab
October 13, 2025
Lokal

Mahkamah Tolak Permohonan Saman RM1 Juta Terhadap Syarikat Fazura, Kes Tudung Akan Dibicarakan Penuh

Mahkamah Tinggi semalam menolak permohonan penghakiman terus dalam kes saman bernilai RM1 juta yang difailkan oleh syarikat pengeluar tudung, Obor...

Read more
by Puteri Alia
November 13, 2025
Berita

“Sakit Gila Nak Mati..”-Daiyan Trisha Kongsi Pengalaman Terkena Jangkitan Virus Influenza

Pelakon, Daiyan Trisha berkongsi keadaannya bersama peminat di media sosial apabila dijangkiti Virus Influenza, baru-baru ini. Daiyan Trisha atau nama...

Read more
by Naddy Joe
October 28, 2025
Lokal

Datin Shahida Kongsi Momen Ammar Ahyan Jadi Wakil Di Majlis Penyerahan Zakat, Curi Perhatian Netizen!

Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida menitipkan rasa syukur terhadap anak sulung mereka,...

Read more
by Naddy Joe
September 25, 2025
Lokal

Dr Say & Isteri Kongsi Tips Untuk Kekal Nampak Muda-“Sebenarnya Apa Yang Kiteorang Amalkan..”

Pasangan pempengaruh media sosial, Dr Say Shazril dan Dr Azura Abas tampil menjawab persoalan netizen yang bertanyakan bagaimanakah mereka berdua...

Read more
by Naddy Joe
September 25, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  2. 2

    Video Almarhum Tunku Abdul Jalil Buatkan Agong, Permaisuri & Tunku Aminah Menitiskan Airmata

  3. 3

    5 Perkara Yang Kita Semua Boleh Belajar Dari Restoran Baharu Khairul Aming, Rembayung

  4. 4

    KA Perkenal Sistem Tempahan Rembayung, Pemuda Beri Cadangan Supaya Tidak Ditipu Reseller

  5. 5

    “Aku Syak Bapak Dia Letak Nama Ex-Ex Dia Sekali”- Nama Panjang Sampai Penuh Borang Cetus Spekulasi

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore