• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Turun 10kg Sebulan, Park Shin Hye Dedah Hanya Makan Ini…

by Soph Azz
January 30, 2023
Foto - @ssinz7 (IG)

Foto - @ssinz7 (IG)

Share on Facebook

Siapa perasan dengan perubahan badan Park Shin Hye sekarang? Bila scroll dan tengok gambar serta videonya di Instagram, memang tak nafikan aktres ini nampak sangat langsing badannya. Sudah seperti bentuk asal badannya semasa anak dara.

Park Shin Hye yang bakal membuat kemunculan semula dengan menerusi drama “Doctor Slump”, rupanya sangat menitikberatkan penampilannya ketika berada di kaca televisyen. Demi kemunculan semula selepas bersalin dan nampak cantik sempurna di kaca televisyen, ada sumber mengatakan Park Shin Hye menjalani diet yang agak ketat. Dan hasil daripada diet yang dilakukannya itu berjaya menurunkan berat sebanyak 10kg sebulan. Hebat kan?

Kamu nak tahu tak diet apa yang dilakukannya?

Foto – @ssinz7 (IG)

Dipetik daripada beberapa sumber seperti KPop Herald, Daily Vanity, IG  News; aktres ini mengaku bahawa dia melakukan diet yang strict dan senaman untuk mendapatkan bentuk badannya yang sekarang. Dan katanya setiap hari, dia akan hanya makan dua kali sehari (ada masanya 3 hari sekali jika kekurangan tenaga), dan sebaiknya berhenti makan selepas 6 jam.

Untuk makanan hariannya, Park Shin Hye akan makan…

  • Sarapan Pagi 

Foto – KPop Herald

Untuk sarapan pagi, Park Shin Hye akan mengambil sarapan pagi yang terdiri daripada sebiji timun dan segelas susu rendah lemak. Katanya timun boleh memberikan rasa kenyang kerana kandungan airnya yang tinggi. Manakala susu rendah lemak pula dilengkapi dengan beberapa nutrien penting yang diperlukan oleh badan seperti kalsium, protein, Vitamin B, phosphorus, potassium dan Vitamin D.

  • Makan Tengah Hari 

Sekitar makan tengah hari, aktres ini akan makan makanan yang memberikan tenaga padanya untuk kekal cergas sepanjang hari. Dan menu pilihannya adalah separuh nasi dan dua helai kubis Cina sahaja.

Foto – KPop Herald

Kebaikan nasi dan kubis Cina:

  1. Nasi mempunyai karbohidrat yang boleh ditukar menjadi sumber tenaga yang bagus, dan ia juga dipenuhi dengan mineral serta vitamin yang boleh kekalkan badan bertenaga sepanjang hari.
  2. Manakala kubis Cina pula mengandungi kalori yang rendah dan serat yang tinggi. Bukan itu saja, kubis Cina juga ada mikronutrien lain yang badan kita perlukan termasuklah Vitamin A, zat besi dan riboflavin.
  • Makan Malam 

Foto – KPop Herald

Sekiranya Park Shin Hye berasa tidak bertenaga dan memerlukan makanan, dia akan makan sebiji timun dan hanya dua kubis Cina untuk mengalas perut serta elak daripada makan di tengah malam.

  • Minuman

Selain minum air kosong dengan cukup dan elak daripada minum air manis, Park Shin Hye kebiasaannya akan minum air sari kacang merah. Dedahnya air sari ini akan membantu meredakan kembung perutnya.

Foto – Pinterest

Secara tak langsung, kacang merah juga boleh menurunkan dan mencegah berat badan serta melancarkan proses pencernaan.

Kalau diet seperti ini, memang tak hairanlah kalau boleh hilang 10kg sebulan kan?

diet park shin hyePark Shin Hyetips kurus park shin hye
https://lomp.at/72yrv
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - The Star
Insentif

MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

by Nurul A.
January 6, 2026

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad. Untuk...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Dr Fie ‘First Time’ Cuba Jering Masakan Umie Aida, Reaksi Comel Undang Gelak Peminat

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Dr Fie, bekas isteri penyanyi Nubhan, baru-baru ini mencuri tumpuan ramai apabila mencuba jering masakan pelakon era 90an,  Datin Paduka...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Salah Faham Koc KTM Cetus Perdebatan, Niat Pakcik Ini Buat Ramai Tersentuh

by Iffah Najwa
January 6, 2026

Satu perkongsian di Thread baru-baru ini mengundang perhatian ramai apabila memaparkan insiden salah faham melibatkan penggunaan mixed coach dan women...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Misteri Kepala Medusa Mengiring ‘Disembunyikan’ Di Bawah Hagia Sophia Selama 1,500 Tahun

by Phic ARMAN
January 6, 2026

Bulan November 2025 lalu, Istanbul menyambut rombongan media Malaysia dengan tangan terbuka… dan sedikit kabus misteri. Kami tiba dengan penerbangan...

Read moreDetails
Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

  2. 2

    Dr Fie ‘First Time’ Cuba Jering Masakan Umie Aida, Reaksi Comel Undang Gelak Peminat

  3. 3

    Salah Faham Koc KTM Cetus Perdebatan, Niat Pakcik Ini Buat Ramai Tersentuh

  4. 4

    Misteri Kepala Medusa Mengiring ‘Disembunyikan’ Di Bawah Hagia Sophia Selama 1,500 Tahun

  5. 5

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore