Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

[ULASAN] Mirugasirisham: The Orion, Seram Komedi ‘Next Level’ Yang Patut Ditonton Semua Kaum

9/10 Rating Dari MURAI – Mirugasirisham: The Orion Serius Lain Dari Yang Lain!

by Phic ARMAN
June 19, 2025
Share on Facebook

MURAI baru saja keluar dari panggung lepas menonton Mirugasirisham: The Orion, dan jujurnya… kami masih belum habis ‘digest’ apa yang baru saja ditonton. Bukan sebab pening, tapi sebab kagum. Kagum dengan cara filem ini membawa kita menyelam dalam dunia seram komedi tanpa ikut acuan lama yang biasa-biasa. Filem ini akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 19 Jun 2025.

Selalunya bila dengar “seram komedi”, kita dah boleh agak jalan ceritanya. Ada hantu, ada lawak slapstick, habis cerita. Tapi Mirugasirisham: The Orion tak macam tu langsung. Dari awal, kami dah perasan vibe dia lain. Cerita dia unik, tak stereotype, dan yang paling best, langsung tak membosankan. Tiada babak draggy yang buat kita tengok jam, semua babak bergerak dengan lancar dan kena pada tempat.

Penamat dia pula… memang tak dijangka. Kami betul-betul tak sangka akan ke situ. Tapi inilah yang buat filem ini seronok,  plot twist yang logik, bukan twist semata-mata nak ‘wow’ penonton tapi tak masuk akal. Setiap kejutan dia ada sebab dan ada kaitan dengan keseluruhan cerita.

YouTube video

CGI pun bukan calang-calang. Serius, ada babak-babak yang kalau tak tahu ini filem tempatan, mesti ingat hasil luar negara. Memang ada beberapa bahagian nampak sikit macam animasi, tapi tak kacau langsung pengalaman menonton. Malah, kami rasa itu pun dah cukup membanggakan.

Lakonan pula, walaupun ada sedikit kekakuan dari beberapa pelakon, tapi watak-watak semua ada peranan masing-masing dan tak ada satu pun yang sekadar hiasan. Pelakon pembantu pun diberi ruang dan impak yang seimbang,  rare nak jumpa dalam filem tempatan. Tambah lagi dengan audio yang memang ‘on point’, naikkan lagi feel setiap babak.

Yang paling MURAI suka, Mirugasirisham: The Orion bukan filem yang terhad untuk komuniti Tamil saja. Kalau anda penonton Melayu, atau siapa saja yang minat cerita yang lain dari yang lain, ini filem yang patut anda tengok. Tak kenal pelakon pun tak apa, sebab dari awal sampai habis kita akan leka ikut perjalanan cerita dia. Serius, tak tipu.

MURAI bagi rating 9 daripada 10. Bukan sebab nak hype, tapi sebab filem ni betul-betul layak. Sebuah karya yang patut diangkat, patut diraikan. Kreativiti dia bukan biasa-biasa,  ini hasil kerja yang penuh usaha, idea segar dan rasa cinta pada penceritaan.

Kalau anda tercari-cari filem yang lain daripada yang biasa, Mirugasirisham: The Orion mungkin jawapan anda. Jangan tunggu sampai keluar dari panggung baru menyesal tak tengok awal-awal.

Vijay Ganesh

Diarahkan oleh Vijay Ganesh yang turut memegang watak utama, Mirugasirisham: The Orion menampilkan barisan pelakon tempatan seperti Joshua Shashi Kumar, Jegan Shanmugam, Nirmala Tharmarajan, Kumari dan Komalaa Naaidu. Skor muzik filem ini digubah oleh Shane Xtreme. Filem ini mengisahkan pasangan muda bersama adik si suami yang mula mengalami gangguan paranormal. Ketika gangguan tersebut menjadi semakin berbahaya, mereka mendapatkan bantuan seorang pengamal spiritual, lalu membawa penonton menyelusuri kisah penuh kejutan, emosi dan elemen seram psikologi.

Skrip asal filem ini telah ditulis pada tahun 2017 dan selepas beberapa tahun mencari peluang yang sesuai, Five Star Trading tampil memberi sokongan penuh terhadap pembangunan projek ini pada tahun 2024. Kini, dengan kerjasama tenaga produksi tempatan yang berdedikasi, filem ini bersedia untuk menemui penonton di layar utama.

Jegan ShanmugamJoshua Shashi KumarKumariMirugasirisham: The OrioNirmala Tharmarajan
https://lomp.at/c0rq4
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Filem

5 Info Menarik Tentang “Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?” Yang Buat Hati Penonton Tak Tenang

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Filem Indonesia memang terkenal dengan naskhah yang pandai main emosi. Yang terbaru, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? kini bersedia pula mengetuk...

Read moreDetails
Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
Filem

Di Sebalik Tabir Pak Su Ammara, Ummi Nazeera Kongsi Rahsia Que Haidar

by Phic ARMAN
January 5, 2026

Spotlight hari ini MURAI nak mulakan dengan kisah di sebalik tabir drama terbaru Pak Su Ammara. Ummi Nazeera berkongsi pengalaman...

Read moreDetails
Filem

‘Akad Yang Hilang’ Bongkar Realiti Nikah Fasid & Anak Haram

by Farah Fatihah
January 15, 2026

Siapa sangka isu perkahwinan tidak sah sebenarnya bukan sekadar masalah undang-undang, tetapi boleh memberi impak besar kepada masa depan keluarga?...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore