Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

[UNBOXING] HUAWEI Watch Fit & FreeLace Pro, Pelengkap Gaya Anda Bersukan

by Phic ARMAN
September 14, 2020
Share on Facebook

Kini HUAWEI kembali muncul dengan jam tangan pintar terbaru di Malaysia iaitu HUAWEI Watch Fit. Uniknya, jam tangan pintar terbaru yang dibuat oleh Huawei ini hadir dengan layar segi empat dan menjanjikan jangka hayat bateri yang panjang, dan disokong oleh pelbagai ciri yang lebih banyak.

HUAWEI Watch Fit ini mempunyai paparan AMOLED berukuran 1.64 inci dengan resolusi 456 x 280 piksel, dan tepi layar sedikit melengkung di semua sisi. Jam tangan pintar ini terbuat dari “fiber polimer” yang dikatakan mempunyai daya tahan yang kuat.

Sebenarnya serat polimer adalah nama mewah untuk plastik, dan ia mempunyai satu butang di sebelahnya.

HUAWEI Watch Fit menyokong Android 5.0 dan iOS 9.0. Semua ciri yang diharapkan dari smartwatch ada di sini. Watch face boleh disesuaikan oleh pengguna. Di samping itu, terdapat video latihan dan banyak mod latihan termasuk pengesanan pintar tentang apa yang sebenarnya berlaku, sensor GPS terbina dalam, SpO2 dan sensor denyut jantung 24 jam.

Satu lagi ciri yang disertakan oleh HUAWEI dalam Watch Fit adalah kemampuannya untuk memantau kitaran tidur dan kitaran haid. Terdapat juga sokongan untuk melakukan latihan menghilangkan tekanan, menampilkan semua notifikasi dari telefon pintar, mengendalikan muzik dan juga dapat digunakan sebagai remote shutter.

Bercakap mengenai hayat bateri, Huawei menjanjikan 10 hari dengan penggunaan biasa dan 7 hari dengan penggunaan berat. Menggunakan GPS secara berterusan akan memakan masa bateri sehingga 12 jam.

Topik Berkaitan Pelajar, Pekerja & Content Creator... Wajib Tengok Tablet HUAWEI Terbaharu Ini

Huawei Watch Fit ditawarkan dalam Graphite Black dan Sakura Pink. Baiklah! Bagi anda yang berminat membeli jam tangan pintar terbaru dari Huawei, harganya RM499 di HUAWEI Store.

FreeLace Pro

Kalau nak lagi cool, HUAWEI WATCH FIT sesuai dipasangkan dengan HUAWEI FreeLace Pro. Semestinya anda kan merasakan gandingan kedua-dua peranti ini melengkapkan aktiviti sukan anda.

Bagi HUAWEI FreeLace Pro, ia dilengkapi teknologi pembatalan hingar (ANC) dwimikrofon, mod ketelusan dan hayat bateri main balik sehingga 24 jam. Peranti ini akan memberikan pengalaman latihan yang luar biasa bagi pengguna ketika digunakan bersama.

Bagi anda yang berminat membeli HUAWEI FreeLace Pro, harganya RM399 di HUAWEI Store.

Peluang Menang RM10,000

Bagi setiap pembelian HUAWEI Watch Fit, anda berpeluang memenangi RM10,000 dengan menyertai peraduan HUAWEI WATCH FIT Badminton Championship yang bermula dari 9 hingga 20 September 2020.

Malah anda juga berpeluang untuk mengadakan perlawanan persahabatan bersama pemain badminton terkenal negara iaitu Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying. Menarik bukan? Jom dapatkan seunit dan daftar sekarang!

Nak tahu apa yang anda akan dapat jika membeli setiap unit peranti hebat ini? Jom tonton  video Unboxing HUAWEI Watch Fit dan HUAWEI FreeLace Pro di bawah.

YouTube video
What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
huaweiHUAWEI FreeLace ProHUAWEI Watch FitReview Huawei Watch Fit
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  3. 3

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  4. 4

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  5. 5

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara