• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

[UNBOXING] Pandang Pertama Samsung Galaxy A53 5G. Tiada Lagi Bicu Audio?

by Phic ARMAN
April 22, 2022
Share on Facebook

Samsung Galaxy A53 5G diumumkan bulan lepas, yang merupakan pengganti Galaxy A52. Kali ini, Samsung hanya mempunyai model 5G dan ia kini boleh didapati di Malaysia pada harga RM1,849. Saya baru sahaja menerima telefon dan sudah tiba masanya untuk membuka kotak dan inilah pandang pertama!

Sebelum itu, mari semak spesifikasi Samsung Galaxy A53 5G

  • Skrin 6.5-inci HD Penuh + Super AMOLED Infinity-O 120Hz
  • Pemproses Exynos 1280
  • 8GB RAM
  • 256GB storan boleh dikembangkan
  • Kamera
    Belakang: 64MP utama dengan OIS + 12MP ultra lebar + 5MP makro + 5MP kedalaman
    Depan: 32MP
  • Bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 25W
  • IP67
  • Warna: Hitam, Putih, Biru, Peach

Apa Yang Anda Temukan Di Dalam Kotak Pembelian

YouTube video

Sama seperti Galaxy S22+ yang kami pernah keluarkan artikel sebelum ini, Galaxy A53 datang dalam kotak yang agak nipis, tetapi dalam warna putih. Membuka kotak, anda akan melihat Galaxy A53 terletak di bahagian atas, dan terdapat ruangan kecil di atas untuk ditarik bagi mengangkat telefon. Balutan plastik telefon menunjukkan tiga ciri utama — Paparan Infinity-O, Quad Camera dengan OIS dan IP67 Water & Dust Resistant.

Selepas mengeluarkan telefon, anda akan melihat kotak lain, yang mempunyai alat pengeluar SIM, kabel USB-C ke USB-C dan dokumen.

Ya, Samsung telah mengeluarkan pengecas daripada Galaxy A53, sama seperti siri Galaxy S22. Ia tidak lah mengejutkan, kerana unit sebelum ini pun mengambil langkah yang sama.

Samsung Galaxy A53 5G tersedia dalam empat warna — Hitam, Putih, Biru dan Peach. Unit review saya ialah varian Hitam, yang sebenarnya kelihatan agak hampir sama dengan Galaxy Z Flip3 5G yang saya review tahun lepas.

Pandang Pertama

Dari segi bentuk, Galaxy A53 hampir sama dengan Galaxy S22+, tetapi tidak selebar S22+ memandangkan A53 mempunyai skrin yang lebih kecil.

Ia mempunyai paparan 6.5-inci Full HD+ Super AMOLED Infinity-O 120Hz dan bezelnya lebih tebal daripada Galaxy S22+, itulah sebabnya ia mempunyai faktor bentuk yang hampir sama dengan S22+.

Galaxy A53 mempunyai empat kamera di bahagian belakang — 64MP utama dengan OIS + 12MP ultra-lebar + 5MP makro + 5MP depth sensor. Benjolan kamera kini melengkung ke atas dari badan, menjadikan telefon kelihatan lebih estetik.

Sesuatu yang perlu diingatkan, bahawa Samsung juga telah menghilangkan bicu audio 3.5mm daripada Galaxy A53. Sambungan aksesori audio kini adalah menerusi bluetooth atau aksesori audio yang berkepala USB-C sahaja.

Samsung Galaxy A53 5G kini boleh didapati di Samsung Online Store, Shopee, dan Lazada, dijual pada harga RM1,849. Nantikan ulasan penuh kerana kami kini sedang menguji telefon.

Galaxy A53 5GSamsung A53
https://lomp.at/7yryy
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

by Iffah Najwa
January 14, 2026

Satu perkongsian di Reddit baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila seorang pengguna mendakwa menemui serpihan seperti logam di dalam makanan...

Read moreDetails
Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
via AI Generated
VMY2026

Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Siapa sangka, sebuah tasik yang sebelum ini hanya dikenali oleh penduduk tempatan kini menyimpan keindahan luar biasa? Lubuk Mandi, atau...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

  2. 2

    Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

  3. 3

    “Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

  4. 4

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

  5. 5

    Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore