Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

Ungu Kembali Gegar KL Julai Ini! Pasha & Makki Ungkap Rahsia Mereka Kekal Hampir 3 Dekad

by Phic ARMAN
May 17, 2025
Share on Facebook

Kumpulan muzik popular dari Indonesia, Ungu, bakal turun ke Kuala Lumpur untuk buat konsert istimewa sempena ulang tahun ke-29 mereka, “29th Anniversary – Symphony of Ungu”. Konsert ni akan berlangsung pada 12 Julai nanti di Plenary Hall, KLCC.

Apa yang buat konsert kali ni lain daripada biasa? Ungu bawakan konsep orkestra! Jadi peminat boleh jangka vibe muzik yang lebih emosional, powerful dan classy. Susunan muzik pula akan dipimpin oleh pengarah muzik terkenal, J.P Denny, jadi memang confirm meletup.

Tapi yang lebih mengagumkan, Ungu dah bertahan hampir tiga dekad sebagai satu kumpulan. Bukan senang nak kekal lama dalam industri, lebih-lebih lagi dalam satu band. Menurut Pasha, dalam tempoh tu memang tak lari dari perselisihan faham antara ahli kumpulan.

“Benda tu normal. Tapi kami anggap Ungu ni macam keluarga. Kalau ada salah faham, biasanya yang jadi pendamai adalah Rowman, pemain dram kami. Dia lah yang jadi pendamai,” katanya sambil ketawa.

Makki, pemain bass, pula kongsi yang komunikasi adalah kunci utama mereka boleh kekal lama.

“Kita selalu cari masa untuk sembang, luah apa yang terbuku. Jangan simpan dalam hati. Kita ni dah macam adik-beradik, kalau tak jujur atau tak berkomunikasi dengan baik, memang susah nak selesai” jelasnya.

Selain komunikasi, mereka juga saling hormat-menghormati, beri ruang untuk masing-masing berkembang, dan sentiasa ingat tujuan asal mereka bermuzik untuk peminat. Faktor inilah yang buat Ungu bukan sekadar sebuah band, tapi satu pasukan yang matang dan kuat semangat.

Topik Berkaitan "Bestnya Kalau Dapat Duet..."- Impian Marsha Dengan Ungu Kini Jadi Nyata

Konsert dua jam ni dijangka menarik lebih 2,800 penonton, dan tiket boleh dibeli di www.ticket2u.com.my. Info lanjut pasal jualan tiket akan diumumkan tak lama lagi.

Dengan lagu-lagu hits macam Cinta Dalam Hati, Percaya Padaku, Andai Ku Tahu, dan banyak lagi, Ungu terus jadi antara band paling berpengaruh dari Indonesia dan kini, bersedia untuk cipta satu lagi malam penuh memori bersama peminat Malaysia.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Ungu
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Ultra Kalcer Malaysia 2026
Spotlight

Ultra Kalcer Malaysia 2026 Kumpulkan 19 Artis, Ada Hindia, Fugo, Naykilla Hingga Kris Dayanti!

by Nurul A.
September 19, 2026

Festival muzik, Ultra Kalcer Malaysia 2026 bakal menggabungkan sembilan belas penyanyi terkenal dari Indonesia dan Malaysia berkongsi pentas menggegarkan KL...

Read moreDetails
Eddie G & Chubb-E, Serangan Radikal
Spotlight

Eddie G & Chubb-E Bergabung, Lancar “Serangan Radikal”

by Nurul A.
September 22, 2026

Industri muzik hip-hop tempatan dimeriahkan dengan pelancaran single terbaharu berjudul “Serangan Radikal”, yang menampilkan gabungan dua artis hiphop iaitu Eddie...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  2. 2

    Lebih 300,000 Tonton Aksi Shila Amzah Di China, Tapi Kisah Di Sebaliknya Lagi Menarik

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara