Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

UNIQLO Perkenal Koleksi Summer 2025 ANYA HINDMARCH

by Naddy Joe
May 16, 2025
Share on Facebook

Jenama peruncit pakaian global, UNIQLO hari ini mengumumkan sekali lagi kolaborasi bersama pereka British, Anya Hindmarch untuk melancarkan Koleksi Musim Panas UNIQLO x ANYA HINDMARCH 2025 ‘T-Shirt Shop’.

Koleksi musim ini menampilkan motif mata dan deconstructed stitching pada T-Shirt. Diperbaharui dengan ringkas dan bergaya, koleksi ini sesuai untuk musim panas.

Pereka, Anya Hindmarch meluahkan rasa teruja apabila dapat melancarkan koleksi yang diolh semula dengan gaya Anya serta menggabungkan kepakaran UNIQLO dengan pendekatannya yang penuh ceria.

“Saya sangat teruja untuk melancarkan UNIQLO x Anya Hindmarch T-SHIRT SHOP, satu sistem bentuk t-shirt yang anda perlukan di dalam almari pakaian untuk harian, diolah dengan gaya Anya.

T-SHIRT SHOP ini merangkumi kesemua berat, bentuk, dan tujuan yang anda perlukan, menggabungkan kepakaran UNIQLO dengan pendekatan Anya yang penuh keceriaan.”-kata Anya Hindmarch

Koleksi, Atau ‘Sistem’ Lima T-Shirt Berkod Nama

Barisan pakaian untuk wanita terdiri daripada empat gaya, masing-masing dihasilkan dengan teliti untuk mendapat tempat di dalam almari pakaian, dengan penghasilan yang dilakukan dengan baik, dari fabrik hingga ke panjang lengan dan garis leher, membantu memenuhi tujuan khususnya.

Jahitan zigzag yang unik pada T1BOXY (Boxy T) sangat menarik perhatian. T2CLASSIC (Slub T) menampilkan butiran jahitan yang menyeronokkan. T3SLEEVELESS (Sleeveless T) mempunyai butiran unik di bahu kanan dan motif mata di belakang,

manakala T4TANK (Ribbed Tank Top) menampilkan jahitan buatan tangan dengan kelim terbalik yang menonjol. Item kanak-kanak pula KT1EASY (Crew Neck T) mempunyai jahitan dan motif mata yang lucu untuk menggembirakan dan menghiburkan si pemakai.

View this post on Instagram

A post shared by UNIQLO Malaysia (@uniqlomyofficial)

Kesemua koleksi ini akan dilancarkan pada 30 Mei 2025 dan mula tersedia di kesemua UNIQLO Store di Malaysia, dan secara atas talian.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Summer 2025 UNIQLO x ANYA HINDMARCH
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

2AM
Fesyen

Pertama Di Malaysia, 2AM Takrif Semula Dunia Kasut

by Nurul A.
September 1, 2026

Jenama kasut berteraskan teknologi dan fesyen, 2AM membuat debut di Malaysia dengan pembukaan kedai standalone pertamanya di IOI City Mall...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  2. 2

    [REVIEW] Kudrat 1968: High Council, Ada Beberapa Perkara Yang Kurang Kena

  3. 3

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara